suami type A+

kredit to penulis 🥰

saya jumpa ni masa tengah scroll TikTok dan saya sangat bersyukur sebab boleh buat dan dapat benda yang sama!

dan saya tahu ada antara kita yang tak dapat apa yang kita dapat, tapi terus terang saya bangga dengan anda sebab anda antara sosok wanita yang kuat dan sangat sabar untuk menjalani kehidupan yang seperti itu.

ada antara kenalan, yang suaminya kena makan lauk yang panas, yang baru di masak.

senang cerita nak makan kena masak baru.

tak boleh yang dah dipanaskan atau diperangat camtu.

ada yang suami tak pernah nak tolong isteri buat kerja rumah, sidai baju contohnya.

ada ada yang cuci tukar pampers anak pun tak pernah buat.

ada yang suami control everything, isteri langsung takde kuasa nak buat pilihan, nak buat keputusan.

sebenarnya macam-macam lagi perangai pelik pasangan yang kita akan jumpa lepas berkahwin, masa bercinta memang tak pernah tahu dan takkan tahu hinggalah kita sebumbung dengan dia.

betul tak?

sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ni, para suami kalau nak jadi type A+ ni senang je.

1. tolonglah bantu apa yang patut dibantu.

janganlah lepaskan semua tanggungjawab kerja rumah tu kepada isteri sepenuhnya, buat sama-sama secara kerjasama.

2. tolong dengar luahan hati, luahan perasaan isteri yang kadangkala tak didengar langsung, selalu pillow talk dengan isteri.

3. sama-sama jaga anak sebab anak tu anak bersama bukan anak isteri semata.

4. bila isteri buat salah, jangan terus melenting, tanya baik-baik dan selesaikan bersama, sebab perempuan ni buat sesuatu berdasarkan nafsu bukan guna akal dahulu.

5. paling penting doakan kesejahteraan isteri dan keluarga supaya keluarga yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah SWT sentiasa.

dan tahniah kerana anda suami yang sangat hebat sebab anda menjadikan isteri sebagai "permata berharga".

kalau ada lagi, sila tambah ye cara-cara nak jadi suami type A+ ni😊

#RamadanBermakna

#SimpanKenangan

#AdaYangSama

#PendapatKu

2/7 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman menjadi seorang isteri mengajar saya bahawa peranan suami dalam rumah tangga sangat penting untuk kesejahteraan keluarga. Bukan hanya sekadar menyediakan nafkah, tetapi keterlibatan suami dalam kerja rumah dan memberikan perhatian kepada emosi isteri sangat membantu membina hubungan yang lebih erat. Sebagai contoh, ada suami yang sangat memahami dan sentiasa memastikan lauk dihidang dalam keadaan panas atau baru dimasak, bukan sekadar dipanaskan semula. Ini walaupun nampak remeh, sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan perhatian terhadap keperluan isteri. Penting juga bagi suami untuk tidak membiarkan isteri memikul semua tanggungjawab kerja rumah secara bersendirian. Kerjasama dalam hal-hal seperti mencuci pakaian, mengemas rumah, dan menjaga anak akan meringankan beban isteri serta memperlihatkan sikap saling menghargai. Saya juga belajar bahawa berkomunikasi secara terbuka itu sangat penting. Suami yang rajin mendengar luahan hati isteri dan mengadakan pillow talk dapat membantu memahami perasaan pasangan dan mengelakkan salah faham. Kadangkala, perempuan memang bertindak berdasarkan emosi, jadi suami yang sabar boleh membantu isteri menguruskan perasaan tersebut dengan lebih baik. Selain itu, sama-sama menjaga anak membawa rasa tanggungjawab bersama. Anak bukan sahaja anak isteri, tetapi anak bersama yang perlu dijaga dengan kasih sayang dari kedua-dua pihak. Doa dan saling mendoakan kesejahteraan keluarga juga tak boleh dilupakan. Berkat doa dan sokongan, keluarga akan sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT. Bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk suami mula mengamalkan sikap-suami type A+. Melalui pengalaman saya dan rakan-rakan, suami yang dapat menunaikan tanggungjawab ini bukan sahaja membuat rumah tangga damai, malah isteri boleh merasa seperti permata yang sangat berharga.

7 komen

Imej AmDi
AmDi

Alhamdulillah sis, saya harap jodoh sampai ke jannah, Aamiin🤲, saya nak tanya sesuatu pada para wanita, saya ada tunang, saya ni takde laa cakap saya ni baik, tapi sentiasa melengkapi dan menerima kekurangan tunang saya, tapi saya pelik, sebelum ii ni pun begitu, pada awalnya, hubungan kami sangat ii bahagia, tapi entah kenapa, saya dah cuba semampu saya jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa dia pilih orang lain?, saya bagi dia perhatian saya, masa saya, everything i put her first, tapi kenapa orang lain?, dia bukan laa wanita yang tak baik, dia baik orangnya, tapi kenapa bila kita dah layan dia dengan baik, jaga dia dengan penuh kasih sayang, fokus 100% untuk dia, kita yang disisihkan, kita yang dipikirkan berbanding orang lain😅, saya pernah mengungkit atau cerita semua ni pada orang, pendam sendiri, tapi bila tengok sis punya post, saya jadi tertanya ii😅, tiba ii saya nak share

Lihat lagi(2)
Imej HoneySayang
HoneySayang

Betul…suamiku bestpriendku…❤️

Lihat lebih banyak komen