Tak akan lupa momen tuuu 🥰
Hi #lemon8 semua apa khabar ? sihat ? hopefully semua sihat tauuu. lama tak sharing cerita kat sini . so ada #MomenTakTerlupa ni nak cerita sikit kenangan manis dengan ayah dulu . Dan 11 tahun dah ayah tinggalkan kami 1 family tapi momen tu takkan pernah hilang dari ingatan walaupun hal tu kecil sangat . Tapi sampai harini teringat.
cerita nya
aku ni suka sangat minum air botol , dekat bilik wajib bawak botol air masak / plain water / air putih tu. sebab kadang sebelum tidur bangun tidur memang akan minum . kalau lepak kat bilik pun memang wajib air masak . Masa tu takda lagi air coway cuckoo sebagainya mmg guna water heater / kettle je masak air or cerek la senang cerita. Biasa habis mesti refill/tambah semula air hehe
dah jadi kebiasaan dah. Sampai arwah ayah perasan yang anak dia ni wajib bawa botol air masuk bilik . sejak pada tu arwah ayah akan tanya " AISYAH air dah habis ke ? kalau dah habis meh ayah refill kan baru " walaupun tu hal kecil je tapi hal tula selalu buat aku teringat je. yela kan takda lagi dah #momen tu 🥺 setiap kali habis ayah mesti isikan air botol bagi penuh sampai aku tak perlu isi sendiri dah . Hargailah walaupun hal yang kecil kerana #KenanganMasaLalu tu tak akan berulang lagi .
Tula kisah pendek #kenanganmanis dengan arwah ayah . banyak lagi actually nanti kita cerita lagi
saja cerita sebab nak #simpanbuatkenangan 🥰

































