Tentang kehidupan
Dalam menjalani kehidupan, saya percaya bahawa setiap daripada kita seperti seorang pelukis yang memegang kuas untuk melukis kanvas hidup sendiri. Sepertimana kata-kata dalam motivasi ini, "Hidup ibarat lukisan dan kamu adalah pelukisnya, buatlah lukisan yang indah dan bererti bagi dirimu," ia mengingatkan saya tentang betapa pentingnya untuk memberikan makna serta menjaga setiap detik yang kita lalui. Satu perkara yang sering saya renungkan ialah hubungan antara hakikat, martabat, dan tanggungjawab manusia. Sebagai contoh, memelihara martabat diri memerlukan kita menerima hakikat bahawa hidup ini sementara dan penuh dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, dengan memahami hakikat ini, kita dapat melukis kehidupan yang tidak hanya indah dari segi luaran, tetapi juga kaya dengan nilai dan keutamaan seperti kasih sayang, kejujuran, dan rasa hormat. Saya juga mengalami bagaimana kehidupan yang penuh warna baru membantu saya untuk menjadi lebih positif dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak membawa manfaat. Contohnya, saya cuba untuk menghindari kebiasaan menonton perkara yang kurang bermakna supaya dapat fokus pada keutamaan sifat yang boleh memperbaiki diri dan hubungan dengan Sang Pencipta. Melalui pengalaman ini, akhirnya saya sedar bahawa waktu adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak boleh diperoleh kembali. Oleh itu, setiap momen harus dimanfaatkan dengan bijaksana. Ambil masa untuk refleksi diri, hargai detik bersama keluarga, serta terus belajar dan memperbaiki diri supaya lukisan kehidupan kita penuh dengan makna dan mendekatkan diri dengan Tuhan.