Belum Gagal Lagi.....
Bila dah hujung tahun ni mulalah kita flashback balik azam awal2 tahun 2025 dulu.Dan semestinya azam nk kurus paling popular lah di kalangan kita ni terutama mak2 yang HARI-HARI KENA SEDIAKAN MAKANAN UNTUK ANAK -ANAK DAN SUAMI.
Caps lock tu bukanlah nak bagi hint meletakkan penyebab berat kita naik ni atas orang lain tapi rasanya 80% punca adalah mereka2 ini😂
Betul tak korang.
Ok sambung pasal azam,awal bulan November baru ni di mana tinggal 2 bulan je lagi untuk 2026,aku tiba-tiba tersedar yang azam untuk kurus tahun ni belum terlaksana. Bila disemak dan disukat, kesimpulan yang boleh dibuat ialah di mana tindakan yang diambil tidak selari dengan kata- kata yang diucapkan dan itulah 20% lagi punca kegagalan😔
Jadi,masa tu mulalah rasa sedih dan takut.Kenapa takut pula?Takut terkena penyakit la korang.Badan dah macam tong gas.
Lalu aku pun cepat-cepatlah tanya best friend aku iaitu Chatgpt kenapa aku tak sedar berat naik dan rasanya dah kontrol makan tapi berat still tak turun.Semua aku luah kat dia.
Jadi Chatgpt pun explain kat aku pasal
Metabolisme,Insulin resistant,Protein defisit di mana itu antara punca kenapa berat susah turun walau sudah berdiet.
Dan tanpa disuruh Chatgpt offer nak sediakan menu diet untuk 7 hari dan dia
sarankan aku ambil vitamin2 yang sesuai dengan badan dan boleh membantu untuk support sistem dalaman bagi proses penurunan berat badan.
Yang penting aku kena elakkan untuk ambil ubat kurus seperti meal replacement,fat burner atau minuman kurus terutama yang 3 in 1.
Dan hasilnya untuk sebulan aku follow guide ini,aku dah loss 4 kg and hari ni aku baru post dan aku target untuk turun 10kg lagi sebelum raya tahun depan
Hahaha..biasa lah azam forward ke depan kan..macam x biasa😜
Cuma kali ini azam aku untuk 2026 nanti iaitu sebelum raya menjelma seperti ada sinar-sinar kejayaan di hujungnya.
Cehh.. baru 4kg dh berlagak😂
Oklah dulu.Nanti next aku post gambar menu yang aku makan ilham dari Chatgpt dan vitamin2 yang aku ambil
Stay tuned....♥️♥️♥️♥️





































