Pemalas Pun Ada Duit! ðŸ¤
Ni benda yang tak perlu effort banyak pun. But of course kalau effort lagi tinggi hasil pun tinggi jugakk ðŸ¤
#GoodBye2025 #AnonymousStory #sideincome #sidejob #careerhacks
Ramai DM tanya aku, "Betul ke boleh cari duit walaupun pemalas?" Jawapan aku: boleh, tapi kena pandai pilih cara. Bukan terus kaya beribu gambar pegang duit, tapi at least cukup la tampung minyak, makan, bil sikit-sikit. 1. Jual barang tak guna dengan cara bijak Aku start dengan jual barang dalam rumah je. Baju yang dah lama tapi masih elok, buku yang dah habis baca, gadget lama, kasut yang tak muat. Ambil gambar elok-elok, pastikan lighting okay dan nampak bersih. Lepas tu list dekat platform macam Carousell, Shopee, Mudah. Tips aku: - Tulis description jujur: ada defect ke, saiz betul, jenama apa. - Banding dulu harga dengan orang lain, jangan letak terlalu tinggi. - Reply chat cepat, orang lagi senang nak beli. Kadang-kadang sekali jual je dah boleh dapat duit RM50–RM100. Kalau rajin korek stor rumah, lagi banyak boleh dapat. 2. Affiliate: share link je, tak payah pegang stok Affiliate ni memang sesuai untuk pemalas sebab tak payah simpan stok, tak payah pergi pos barang. Korang cuma share link dan kalau orang beli melalui link tu, korang dapat komisen. Macam mana nak mula: - Join program affiliate Shopee, Lazada atau platform digital. - Kongsi link dekat WhatsApp Status, IG Story, Telegram atau TikTok. - Kongsi benda yang korang sendiri guna atau memang rasa berguna, jangan main hentam. Aku pernah dapat komisen kecil-kecil tapi bila campur sebulan, boleh capai juga RM50–RM200, bergantung berapa rajin share. 3. Kerja microtask online: kerja kecik, duit kecik tapi konsisten Kerja microtask ni macam jawab survey, baca review, bagi rating, tulis feedback pendek. Contoh dekat platform survey atau app luar negara. Bayaran mungkin sikit, tapi kalau buat waktu senggang sambil baring pun boleh. Tips aku: - Buat profile lengkap, biasanya lebih banyak job masuk. - Pilih survey yang masa singkat tapi bayaran ok. - Konsisten setiap hari, jangan sekali je. 4. Reuse skill senyap-senyap Kalau korang ada skill simple macam menaip laju, edit teks, atau terjemah BM–BI, cuba offer dekat platform macam Fiverr atau group Telegram/FB. Aku mula-mula buat kerja menaip assignment orang, lepas tu perlahan-lahan tambah servis lain. Cara nak mula: - Tulis servis dengan jelas: contoh "menaip nota", "edit ayat BM". - Letak contoh hasil kerja (tanpa tunjuk maklumat sensitif). - Mulakan dengan harga mampu milik, bila dah ada review, baru naikkan harga. 5. Jangan terpedaya gambar duit bertimbun Dekat internet memang ramai suka tunjuk gambar duit RM100 banyak, duit RM20 penuh tangan. Sebenarnya kebanyakan income ni datang dari usaha konsisten, bukan skim cepat kaya. So kalau nampak offer pelik-pelik, minta masuk group, minta modal besar, better lari. Aku pun bukan jenis rajin sangat, tapi bila nampak harga barang naik, aku terpaksa juga cari jalan. Yang penting, pilih cara cari duit yang halal, tak scam orang dan sesuai dengan tenaga korang. Pelan-pelan, lama-lama jadi bukit. Yang penting mula dulu, jangan tunggu perfect baru nak start.






Jual brg lama tu sy selalu buat. Jual brg suami paling laku keras hahaha. Brg2 suami mcm kasut, helmet😂😂