EP 08: Benchik Abe...😡
DUSHHH 🤕
Setepek kata-kata daripada Kak Dinda terkena muka Bang Bey. Senja yang indah itu tatkala keduanya sedang santai memancing ikan ternoda dek ungkapan maut tersebut.
'But why Dinda?",tanya Bang Bey tak puas ati. Tapi nada suaranya tetap cool walaupun temponya agak bergetar.
"Bang Bey tengoklah apa yang kita buat sekarang ni. Tiap-tiap petang asyik gi mancing je. Asal petang je...mancing, asal mancing je...petang", bebel Kak Dinda.
"Dulu sebelum kawen, kan main lagi orang cakap abang kaya, banyak harta. Tak perlu idup susah. Tapi sekarang ni, dapat makan pucuk buluh pun...harap ehsan orang bagi time gi zoo. Kalau orang tak bagi, jangan harap dapat makan sedap", gomel Kak Dinda lagi.
"Bila masa abang kaya dinda? Memang dari dulu lagi camni. Hidup dengan menangkap ikan je untuk cari makan", balas Bang Bey dengan lembut.
"Abis tu, yang orang cakap Bang Bey berduit,berwang tu camne pulak? Mana pegi semua tu?“, bentak Kak Dinda lagi.
Dengan tak semena-mena Bang Bey ketawa terbahak-bahak bila mendengar statement itu. Ini membuatkan reaksi Kak Dinda semakin tak keruan akibat api amarah yang makin membara.
"Dinda...Nama abang BERUANG...BERUANG...bunyinya seakan bunyi BERWANG...Sebab tu dinda salah dengar dan salah tafsir kot", Bang Bey terus memberi ulasan yang munasabah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan lagi.
"Oh...yeke??? Bang...ikan ni nanti, nak masak gulai madu tak?", tanya Kak Dinda penuh lembut. Walhal, dalam hati penuh malu.😅
-TAMAT-
#MisteriAbeNyet #CeritaHaiwan #CerpenLawak #satira #humorsantai
Mancing bukan sahaja aktiviti mencari rezeki atau hobi, tapi juga sering menjadi suasana untuk berkongsi cerita dan melepas tekanan harian. Dari pengalaman saya sendiri, menghabiskan petang di tepi sungai sambil memancing memberi peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan keluarga, menjadikan aktiviti ini lebih bermakna. Sering kali, kata-kata yang muncul semasa memancing membawa maksud lebih dalam, seperti kritik membina atau sekadar gurauan yang mengeratkan hubungan. Contohnya dalam cerita Bang Bey dan Kak Dinda, kita lihat bagaimana satu ungkapan boleh menjadi punca perselisihan kecil tetapi akhirnya diselesaikan dengan gelak tawa dan pengertian. Selain itu, memilih tempat mancing yang sesuai dan alat pancing yang betul adalah penting untuk memastikan aktiviti ini menyeronokkan. Malah, menu masakan hasil tangkapan seperti gulai madu memberikan kenikmatan tersendiri selepas seharian berpeluh di tepi air. Mengikut kata-kata mancing yang popular, kesabaran, ketekunan dan sikap positif adalah kunci utama kejayaan dalam memancing. Jadi, jangan cepat melatah jika gagal, kerana setiap percubaan membawa pengajaran baru yang boleh dikongsi bersama. Jangan lupa juga untuk menghormati alam sekitar dan menjaga kebersihan lokasi memancing supaya aktiviti ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
