EP 10: Tinggal Tanda Tanya...🐌
KURANG ASAM...!!!
Bukan main lagi sumpah seranah Nyet. Mukanya merah padam. Kelihatan dia jadi cukup tak keruan, melompat dari pokok ke pokok. Lepas geram.
"Janji nak nak jogging sama pukul 6.30 a.m. Sekarang jam dah pukul 11.30 a.m. Nak jogging apa lagi!!!", bentaknya dengan nada amarah yang cukup menggerunkan.
"Sabar Nyet, mungkin dia ada masalah. Mana tau dia sakit", pujuk Si Abe untuk mengawal keadaan.
"Hmm...huszuzon je la. Jom kita pergi rumah dia. Takut pula jadi apa-apa", dasar empati mula bermain di jiwa Nyet.
Mereka berdua pun berbasikal pergi menuju ke rumah sahabat baik mereka itu. Jaraknya tak la jauh sangat, dalam 5km saja. Cuma laluan agak mencabar dengan kawasan denai dan berbukit sekali-sekala.
Selang dalam masa 13 minit perjalanan, tiba-tiba...
"Eh! Nyet, tu bukan 'hewan' ka?", tanya Abe.
Kelihatan di hadapan mereka seekor 'hewan' sedang meniarap dan merangkak perlahan-lahan. Rupanya begitu menyakitkan, seolah-olah baru terlibat kemalangan. Dan...
" Eh...SiBi...Ko okay tak?", tanya Nyet secara tiba-tiba apabila tau 'hewan' itu adalah kawan yang mereka cari, Si Siput Babi.
"Aku ok..takda apa-apa.Cuma.....", kata-katanya terputus di situ.
"Maaf lambat, terpaksa korang tunggu lama dari pagi tadi", jawab SiBi menunjukkan rasa bersalahnya.
"Lain kali, kalau nak berjanji, booking la 2 minggu awal. Dapat la aku datang on time. tak la lambat seperti harini. Faham-faham la, aku ni siput babi, bergerak pun lambat", luah SiBi lagi.
"Maaf Bi...kitaorang dah salah anggap, fikir bukan-bukan tadi. Rupanya...hmm...by the way, memang payah la nak bergerak laju guna perut kan? Merangkak macam komando. Perghh...salute you Bi. Tapi disebabkan itu juga ko lambat sampai bergerakkan?", tanya Si Nyet.
"Eh...taklah...aku lambat bukan sebab fizikal. Don't judge me through my physical", dengan sinis SiBi menjawab. Rakan-rakannya pun tiba-tiba rasa bersalah mendengar luahan hatinya.
"Aku LAMBAT...SEBAB AKU DOK FIKIR...AKU NI...SIPUT ke BABI. Confuse pulak...", dengan penuh curious SiBi menjawab.🤔
Dan...mereka berdua pun terdiam 😅
-TAMAT-
Dalam kehidupan seharian, seringkali kita mengalami situasi di mana janji temu tidak jadi tepat pada waktunya, yang boleh menyebabkan rasa kecewa atau kemarahan. Kisah dalam cerita ini mengingatkan saya betapa pentingnya sifat empati dan memahami keadaan orang lain sebelum membuat andaian negatif. Nyet yang pada mulanya marah terhadap kawan yang lewat itu, akhirnya memahami sebab kelewatan itu setelah melihat sendiri keadaan SiBi. Pengalaman saya sendiri pernah melalui situasi yang hampir sama apabila janji dengan rakan bertukar menjadi situasi penuh tanda tanya kerana kelewatan mereka. Apa yang saya pelajari adalah, kadang-kadang orang mempunyai masalah peribadi atau halangan yang tidak diketahui oleh kita. Jadi, jangan cepat menghakimi sebelum kita benar-benar mengetahui cerita di sebaliknya. Selain itu, cerita ini juga memberi nilai tambah bahawa kadangkala kita perlu berfikir dan mengambil pendekatan kreatif untuk menyelesaikan masalah, sama seperti SiBi yang bercakap tentang ‘lambat kerana berfikir’. Dalam dunia kita yang serba pantas kini, melambatkan seketika untuk berfikir dengan mendalam kadang-kadang membantu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Melalui pengalaman ini, saya juga percaya bahawa sahabat yang sentiasa memahami dan memberi sokongan adalah kunci untuk hubungan kekal erat walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Melihat Nyet dan Abe yang sanggup berbasikal ke rumah SiBi walaupun keadaan laluan agak mencabar menunjukkan nilai kasih sayang dan tanggungjawab dalam persahabatan. Cerita ini mengingatkan kita untuk lebih sabar dan sentiasa mengamalkan sifat prihatin kepada orang sekeliling. Apabila kita menunjukkan sikap positif dan pemahaman, ia bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi juga membawa ketenangan jiwa dalam menghadapi cabaran hidup.


aereka berdua terdiam,maka saya yang tak de kena mengena dengan cerita ini pun tertawa...ketawa berguling-guling 😂😂😂❤️🥰🍋