EP 16: Misteri Tengah Malam
TING...TING...TING...TING...
TING...TING...TING...TING...
TING...TING...TING..TING...
Jam berdenting 12 kali. Kumarul tiba-tiba membuka matanya. Terbeliak ketakutan memandang siling rumah.
Inilah saat yang paling ditakutinya. Jam 12 malam di desa, yang memang sudah sinonim dengan kisah mistiknya.
Matanya melilau memandang siling. Memerhatikan celah-celah dinding. Mana tau ada mata yang mengintai. Begitulah apa yang bermain di kepanya sekarang.
Takut ada mata di celah lubang...!!!
.....
Kampung Lembah Hantu.
Dengar nama pun dah seram. Apatah lagi kalau bertandang terus ke sini.
Kampung ini jauh terperosok di perut hutan. Hanya dapat dihubungi melalui jalan air sahaja. Betul-betul terisolasi daripada orang lain.
Jalan akses balak hanya sampai di kawasan hilir sahaja. Tidak sampai di kampung mereka. Yang terletak 107 KM lagi ke hulu, masih jauh.
80 tahun sudah merdeka, penduduknya belum pernah merasai pengalaman mengisi petrol kereta. Sadis.
Dan, pengangkutan utama yang ada bagi penduduk setempat di kampung ini, hanyalah perahu. Itu sahaja yang mereka tahu.
Hal ini memyebabkan apa-apa program outreach dari mana-mana agensi kerajaan dan swasta langsung tidak pernah kedengaran membuat aktiviti di sini.
YB???
Memang jarang melihat para YB membuat ziarah cakna ke sini. Hinggakan penduduk kampung hampir tidak kenal siapakah YB yang mewakili kawasan mereka.
Memang jarang turun padang. Kalau ada pun, mungkin sedikit masa dahulu. YB hadir merasmikan pembukaan tandas gelanggang futsal di kampung mereka. Itupun YB menggunakan helikopter untuk sampai.
Tak adil...!!!
Gara-gara terpencil jauh dari dunia luarlah yang menyebabkan Kampung Lembah Hantu sunyi dan menyeramkan pada waktu malam.
Bunyi-bunyian seperti Kak Pon menangis, Mek Langsu mengilai, dan kadang-kadang Tok Raya batuk berdehem, seringkali kedengaran bersilih-ganti saban malam.
Ini membuatkan para penduduk Kampung Lembah Hantu tidur dalam ketakutan. Mereka menggunakan pelbagai inisiatif agar dapat tidur nyenyak daripada mendengar bunyi-bunyian seram setiap malam.
Ada yang mendengar muzik kuat-kuat.
Ada yang sengaja mengorek telinga sampai berdarah supaya jadi pekak.
Ada yang sanggup mengambil pil tidur dan bahan-bahan terlarang yang lain.
Semuanya demi mendapat tidur nyenyak sekurangnya 8 jam tanpa gangguan. Siapa yang masih berjaga, nescaya insomnia la jadinya.
Tapi...
Kenapa mereka takut???
Suara mistik itu bukan hanya mengganggu tidur. Tapi lebih teruk dari itu. Mereka yang masih berjaga selepas tengah malam, dikatakan akan hilang nyawa pada keesokan pagi.
Ramai percaya roh mereka disedut keluar. Ini berdasarkan kepada keadaan mayat dengan mata terbeliak, pipi cengkung dan tubuh mengecut. Ramai sudah menjadi mangsa.
.....
Maka hal inilah yang menghantui Kumarul sekarang.
Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa ranting pauh,
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Jangan mengenang orang jauh.
Itulah pantun yang diulang-ulangnya dari tadi. Moga-moga dapat tidur.
Tiba-tiba...
Krrrr....rrrpppp...
Wajah Kumarul menjadi pucat. Keringat terus mengalir membasahi dahinya. Bunyi yang menakutkan.
Kumarul bingkas bangun. Berlari laju ke arah sesuatu. Lagaknya seperi hendak mengambi sesuatu.
Namun, apabila sampai. Kumarul duduk berdiam diri. Seolah-olah bersembuyi sambil menunggu sesuatu.
Semuanya menjadi misteri. Dan, persoalannya sekarang...
Apakah Yang Ada Di Tengah-Tengah MALAM...???
.....
TAMAT...???
"Camtu je cerita ni abis?", bentak Nyet tak puas hati.
Langsung dia geram melihat ending buku ceritanya yang dibacanya habis tergantung begitu saja.
"Dah la tergantung, dia pula tanya kita apa yang ada di tengah-tengah malam. Binawe betul", tambahnya lagi.
Abe hanya berdiam diri. Namun dalam hati dia berfikir tentang persoalan cerita itu.
Apa Yang Ada Di Tengah-Tengah Malam?
-TAMAT-
Kisah "Misteri Tengah Malam" membawa kita menyelami suasana kampung yang terpencil dan penuh misteri, yang sering dikaitkan dengan pelbagai cerita seram penduduk tempatan. Sewaktu membaca cerita ini, saya teringat pengalaman sendiri semasa melawat sebuah kampung tradisional jauh di dalam hutan di Malaysia yang juga sangat sunyi dan terpencil. Di tempat yang serupa seperti Kampung Lembah Hantu, tiada kemudahan moden dan kebanyakan penduduk bergantung pada pengangkutan sungai seperti perahu untuk ke sana dan keluar kampung. Sanubari penduduk seperti Kumarul yang terjaga dari tidur pada tengah malam dengan rasa takut itu sangat difahami kerana suasana sunyi ditambah bunyi-bunyi aneh yang tidak dapat dijelaskan, membuatkan mereka terikat dalam ketakutan yang sukar dilupakan. Sewaktu berada di kampung, saya juga pernah mendengar legenda tempatan tentang roh yang keluar pada waktu malam, dan bagaimana penduduk biasanya berjaga bersama atau menghidupkan muzik supaya bunyi aneh itu tidak terlalu menakutkan. Ada juga yang mengamalkan petua dan pantun seperti dalam cerita untuk menenangkan diri dan berharap agar tidak diganggu. Salah satu perkara yang saya pelajari dari pengalaman itu ialah betapa pentingnya sokongan komuniti dalam menghadapi ketakutan seperti ini. Walaupun nampak menyeramkan, percayalah bahawa keakraban dan keberanian bersama membantu mereka melalui malam yang penuh dengan misteri. Cerita ini bukan sahaja mengajak kita menghayati suasana mistik tetapi juga membuka mata bahawa di Malaysia masih ada tempat-tempat yang sangat jauh dari pembangunan dan perhatian pihak luar, sehingga menimbulkan rasa terpinggir. Akhirnya, persoalan "Apakah Yang Ada Di Tengah-Tengah Malam?" bukan saja menjadi misteri tapi refleksi bagaimana kita menghargai ketenangan, keselamatan, dan hak untuk hidup tanpa ketakutan, apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terpencil. Saya rasa cerita ini berhasil memberi kita ruang untuk berfikir lebih dalam tentang kehidupan penduduk kampung-kampung tradisional dan cabaran yang mereka hadapi setiap hari.

