EP 17: Ikan Anugerah Dewa?

HABISLAH...

Abe berasa kalut. Dia kelihatan mundar-mandir di dalam bilik. Mulutnya terkumat-kamit seolah-olah mencarut sesuatu.

Turrrrrr....

Bunyi guntur di langit seakan membelah awan. Sekali-sekala kilat sabung-menyabung. Hujan turun begitu lebat membasahi bumi.

"Habislah... Tak dapat nak turun ke laut", bentaknya tiba-tiba.

Nyet yang sedari tadi bergantung di kipas, hanya diam membisu. Sesekali dia berpusing-pusing mengikut alunan kipas yang bergerak ditiup ribut.

"Macam ni saja Bey...".

Nyet pun terjun ke bawah. Sambil itu dia menghurungkan handphonenya kepada Abe dan menunjukkan sesuatu. Abe menatap penuh minat.

Tak lama kemudian, keduanya saling berpandangan. Tersenyum antara satu sama lain.

---

Petang itu langit kelihatan kelabu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan udara lembap seperti baru selesai hujan renyai.

Abe dan Nyet berjalan di kampung sambil memerhatikan penduduk tempatan. Mereka kelihatan sedang sibuk untuk melakukan satu upacara ritual mistik.

Semua peringkat umur, tak kira tua muda, miskin dan kaya; berpusu-pusu berjalan dan berkumpul di tengah jalan. Jumlahnya begitu ramai. Tak salah-salah seperti jumlah penonton yang hadir menyaksikan perlawanan akhir pertandingan bolasepak Piala Dunia.

Semuanya sudah bersedia dengan bakul masing-masing. Menunggu magis yang bakal berlaku tidak lama lagi. Lagak mereka seumpama pemain bolasepak yang menunggu wisel permulaan ditiup. Semua sudah menanam kuda-kuda.

"Bey... kau rasa ikan ni betul-betul jatuh dari langit ke?" Nyet menoleh sambil menutup kepala dengan jaketnya.

Abe tersenyum, plastik hitam sudah siap di tangan.

"Tunggu dan lihat", agak ringkas jawapannya. Dia sendiri pun tidak pasti kebenarannya.

Tiba-tiba, bunyi letupan kecil terdengar dari langit, diikuti beberapa ikan kecil jatuh tepat di depan mereka.

Jatuh yang bertalu-talu. Bagaikan Rudal mini membelah bumi. Suasana penuh hiruk-pikuk. Namun ironinya, semua berpesta melihat fenomena itu.

Nyet menjerit kecil sambil melompat ke belakang. Abe ketawa terbahak sambil merakam ikan yang jatuh, beberapa ekor melompat ke tanah seperti ingin menari.

Penduduk kampung, yang sudah biasa dengan fenomena ini, tersenyum melihat reaksi mereka berdua.

Seorang lelaki tua memberi mereka bakul kosong. Ini kerana plastik hitam mereka sudah penuh.

"Cepat, tangkap! Nanti habis," katanya sambil ketawa.

Nyet merengus malu, tetapi tak dapat menahan diri daripada tergelak melihat Abe cuba menangkap ikan yang

melompat-lompat itu.

Mereka duduk di tepi sungai, bakul penuh ikan di sebelah, sambil menikmati pemandangan pelik yang hanya berlaku beberapa kali dalam setahun.

Nyet menatap langit yang masih mendung.

"Bey... aku rasa macam dalam filem fantasi. Siapa sangka ikan boleh jatuh dari langit macam hujan?".

Tiba-tiba...

Tuppp...

Seekor ikan jatuh mengenai dahinya. Nyet mengaduh kesakitan. Dahinya mula membengkak.

Abe tersenyum sambil menyimpan sebahagian ikan ke bakul Nyet.

Kesian pula dia melihat dahi Nyet membenjol. Namun, sempat juga dia mengambil gambar momen itu sebagai kenangan.

Malam menjelang, hujan berhenti, dan langit perlahan-lahan cerah. Abe dan Nyet duduk di dek kapal, menikmati suasana yang tenang sambil memikirkan keajaiban dunia.

"Bey... kalau ada hujan ikan lagi, aku sanggup pindah Honduras jadi nelayan pantai," kata Nyet sambil tersenyum.

Abe ketawa, menutup kamera.

"Deal! Tapi aku rasa fenomena ni tak akan berlaku setiap hari, jadi terpaksalah kita jadi pelancong je". Seloroh Abe sambil ketawa.

Namun dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya ada bekalan ikan untuk dibawa pulang. Sudah pasti bisnes ikan masin mereka tidak menghadapi kesuntukan bekalan dalam tempoh yang lama di musim tengkujuh.

Abe tersenyum kembali.

Dia tak sabar meneruskan perlayaran pulang ke rimba asal. Membawa beratus tong metrik ikan.

-TAMAT-

*Inspirasi Dari Kisah Sebenar

Lokasi: Yoro, Honduras

Fenomena: Hujan Ikan

3/16 Diedit kepada

... Baca lagiFenomena hujan ikan yang berlaku di Yoro, Honduras, memang jarang ditemui dan sering dianggap sebagai keajaiban alam. Dari pengalaman peribadi, menyaksikan ikan jatuh dari langit secara tiba-tiba membangkitkan rasa kagum dan keterujaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya pernah membaca bahawa fenomena ini biasanya berlaku beberapa kali setahun dan melibatkan ikan kecil yang turun bersama hujan atau ribut lebat. Penduduk setempat menganggap peristiwa ini sebagai anugerah daripada dewa atau alam semesta, dan mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan serta ritual khusus. Pada waktu kejadian, suasana di kampung biasanya menjadi sangat meriah dengan warga yang bukan sahaja menunggu untuk menangkap ikan tetapi juga meraikan kemakmuran dan rezeki yang dibawa bersama hujan itu. Selain keunikan budaya, fenomena hujan ikan ini juga mempunyai sisi saintifik yang menarik untuk diketahui. Salah satu teori yang dikemukakan ialah ikan-ikan tersebut mungkin terhisap oleh angin kuat, misalnya tornado atau puting beliung, dari sungai atau tasik berdekatan dan kemudian jatuh kembali ke bumi di kawasan lain. Namun, bagi penduduk tempatan, ia lebih daripada sekadar fenomena meteorologi; ia adalah simbol keberkatan alam. Melalui pengalaman Abe dan Nyet, kita dapat merasai kehangatan suasana yang penuh dengan gelak tawa, kejutan serta keakraban komuniti tempatan. Melihat mereka berganding bahu dalam menangkap ikan yang seolah menari-nari di tanah juga memberi gambaran tentang keindahan interaksi manusia dengan alam sekitar secara tidak langsung. Pada waktu malam, selepas hujan berhenti dan langit cerah, suasana damai dan hening menjadi saat sempurna untuk merenung keajaiban alam. Kisah ini mengingatkan saya tentang kepentingan menghargai dan menjaga alam semula jadi kerana ia sering memberi kita keajaiban yang menakjubkan, yang mungkin tidak kita jangka. Jika suatu hari anda berkesempatan mengunjungi Yoro atau tempat yang mempunyai fenomena serupa, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa ini. Membawa bakul kosong dan bersiap sedia untuk aksi menangkap ikan boleh menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan, malah menyimpan cerita untuk diceritakan kepada generasi akan datang.