🚫Tolong Elakkan Perkara Nie Ketika Masak Telur🥚🍳
Assalamualaikum, hi lemon8🍋..
Ha, #PernahTak ada tersalah cara masa memasak telur?!
#RamadanBerkat nie sis nak share petua dan tips sedikit untuk korang..
Biasanya bulan puasa menu yg paling simple adalah menu telur kan?!🤔
Telur mengandungi protien yang tinggi dan cukup mudah disediakan. Boleh dikatakan telur merupakan bahan wajib yang mesti ada di dapur. Macam-macam menu boleh disediakan dengan telur ni.Rupanya walaupun mak-mak sekadar nak menyediakan telur goreng mahupun telur rebus, ada caranya yang tersendiri barulah hasilnya telur jadi sempurna.#RutinIbuBijak jangan pula tersalah cara masa memasak telur tau..
Inilah 10 kesilapan ini mak-mak perlu elakkan ketika masak telur.
1. Tak Guna Non-Stick Pan
📌 Non-Stick Pan atau kuali tak lekat ini merupakan peralatan yang mak-mak perlu guna untuk masak telur. Ia memudahkan kerja menggoreng telur, sama ada nak buat telur goreng atau telur dadar, terutama ketika mahu menterbalikkan atau mengangkatnya. Malah tidak perlu menggunakan minyak atau sedikit sahaja minyak yang diperlukan. Belilah non-stick pan yang berkualiti dan jaga dengan baik. Jangan pakai senduk atau sudip besi tau! Tercalar pula nanti.
2. Pecahkan Telur Terus Dalam Kuali
📌 Untuk membuat telur dadar atau telur hancur yang terbaik, telur putih dan kuning perlu dihancurkan dan dikacau sebati.Jangan pecahkan telur terus ke dalam kuali dan lepas tu baru kacau. Salah tu! Jadi pecahkan dulu dalam mangkuk, kacau sebati dan barulah dimasukkan ke dalam kuali.
3. Tak Guna Mentega
📌 Kalau nak dapatkan telur hancur atau telur dadar yang sedap, cantik dan berkrim, mak-mak perlu gunakan mentega. Ini kerana rasanya lagi sedap dari menggunakan minyak biasa. Tapi janganlah pakai sebuku pula. Berpada-padalah.
4. Kuali Terlalu Panas
📌 Nak hasilkan telur yang sempurna kena tahu gunakan kepanasan yang sesuai. Jangan gunakan api yang besar dan menyebabkan kuali jadi terlalu panas sehingga berasap-asap. Untuk memasak telur hancur atau telur dadar yang sempurna memadai gunakan api yang perlahan. Jangan tergesa-gesa menggunakan api yang besar. Ia mungkin akan mengambil masa lebih lama, tapi hasilnya gerenti jadi lebih baik.
5. Tak Kacau Telur Dalam Kuali
📌 Untuk hasilkan telur hancur yang cantik dan sempurna, telur perlulah selalu dikacau sambil goyang kuali tersebut. Barulah telur tidak hangit dan berkerak.
6. Masak Terlalu Lama
📌 Ini juga antara kesilapan yang ramai selalu buat. Telur hancur yang paling sedap dan dimakan jika ia masih lembut dan lembik. Jika terlalu masak ia jadi kering dan keras.Jadi bila telur hancur macam dah hampir masak, tutup api. Nanti haba yang tertinggal akan memasak telur tersebut dengan sendirinya.
7. Pecahkan Telur Terus Dalam Air
📌 Untuk buat telur carak (poached egg) pula, caranya pastikan telur dipecahkan didalam mangkuk dahulu baru lah dimasukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. Ia bukan apa bagi memastikan telur masih dalam keadaan baik dan kuning telurnya tidak pecah. Barulah dapat poached egg yang sempurna!
8. Kuali Tidak Cukup Panas
📌 Ini jugak satu kesilapan ketika menggoreng telur. Bila kuali tidak cukup panas, ia akan menyebabkan telur tersebut menyerap minyak dengan lebih banyak. Sekaligus membuatkan telur jadi berminyak-minyak dan tak sedap dimakan.
9. Guna Telur Segar Untuk Telur Rebus
📌 Mungkin ramai yang fikir, lagi segar telur itu, lagi elok. Sebenarnya ia bergantung kepada teknik masakannya. Untuk memasak telur carak (poached egg) , memang perlukan telur yang sesegar mungkin tapi untuk telur rebus pula, telur yang lama lebih senang untuk dikupas.
10. Tak Letakkan Telur Rebus Dalam Air Sejuk Sebaik Siap Direbus
📌 Bagi memudahkan telur senang dikupas kulitnya, jangan biarkan telur yang telah dimasak terendam dalam air panas sebaliknya buang air didihan tersebut dan rendamkan dalam air sejuk. Setelah itu kupas telur dengan segera, hasilnya telur lebih mudah dikupas dan permukaannya juga licin dan cantik.
Sumber: infosihat2uu.com
Selain daripada tips asas yang disenaraikan, saya nak berkongsi juga pengalaman cara saya pilih bahan dan teknik tambahan dalam memasak telur yang pernah saya praktikan. Pertama sekali, saya biasanya akan guna telur yang tidak terlalu segar untuk telur rebus kerana ia lebih mudah dikupas kulitnya, seperti disebutkan dalam artikel. Tapi untuk telur carak (poached egg), saya pastikan guna telur yang benar-benar segar untuk mendapatkan kuning telur yang cantik dan tekstur yang baik. Seterusnya, saya suka tambahkan sedikit garam atau sedikit susu ketika mengacau telur dadar supaya rasa lebih lemak dan teksturnya jadi lebih gebu. Ini juga dapat membantu telur tidak mudah hangit ataupun cepat kering. Dalam memilih peralatan pula, saya berpegang pada pentingnya non-stick pan berkualiti yang tidak mudah tercalar agar telur mudah diangkat dan tidak melekat. Saya elakkan menggunakan senduk logam dan lebih gemar guna senduk silikon atau kayu supaya permukaan kuali tahan lama. Ketika memasak, saya pastikan api dikawal pada tahap sederhana rendah supaya telur masak sekata dan teksturnya lembut. Kalau guna api tinggi, telur cepat hangit dan keras. Akhir sekali, saya suka rendam telur rebus dalam air sejuk selepas masak untuk mudahkan proses kupas kulit dan memastikan tekstur telur tetap cantik serta tidak berkerak. Dengan amalkan tips dan petua ini, pengalaman memasak telur saya menjadi lebih mudah dan hasilnya selalu memuaskan. Cobalah dan rasai perbezaannya sendiri!
