Akujeke, umur 20an baru tahu pasal nie!!😱
Assalamualaikum, hi lemon8🍋...
Ha korang, dah tau ke pasal nie?! Serius baru tahu!!😱
Jom baca penjelasan nie⬇️
📌Hukum memakan tapai
SOALAN
Ustaz apakah hukum memakan tapai?
Jawapan :
Proses penapaian sudah pasti akan menghasilkan kandungan alkohol. Namun, jika tapai dibuat
bukan dengan tujuan untuk dijadikan minuman yang memabukkan dan semasa dimakan ia tidak
memabukkan, maka tapai itu halal dimakan. Namun, jika peraman sudah terlalu lama dan
memakannya boleh menyebabkan mabuk, maka hukumnya ketika itu adalah haram dimakan.
Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 yang telah telah membincangkan
berkaitan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol
dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui
proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit
alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
3) Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya
dengan proses arak adalah halal.
4) Tapai halal dimakan.
5) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
6) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Wallahu a’lam
Proses penapaian sudah pasti akan menghasilkan kandungan alkohol. Namun, jika tapai dibuat
bukan dengan tujuan untuk dijadikan minuman yang memabukkan, dan semasa dimakan ia tidak
memabukkan, maka tapai itu halal dimakan. Namun, jika peraman sudah terlalu lama dan
memakannya boleh menyebabkan mabuk, maka hukumnya ketika itu haram dimakan.
#ApaUsiaAjarkan #FlashbackDulu #ViralKini #religious #AskLemon8





































Betapa susah n payah para petani menunggu hasil ubi kayu Dr serang 2 binatang dan lelain makhluk perosak start Dr atas n bwh.. Time nk jual berlambak ubi2 ini di pasaran.. Terpaksa mereka memikir mcm mn hendak simpan lama so timbul karya utk buat tapai n lelain. Mungkin kerana mereka melihat cara lama sebegitu.. So dpt mereka jual dgn harga lebih tinggi dan letak di byk warung, gerai dan mereka jaja sendiri.. Pada saya sy suka tgk trafik test peminum arak.. Selagi x tinggi mereka x saman.. Sama jugalah dlm bidang pemakanan walau mereka menggunakan kandungan utk buat arak.. Tp badan berwajib sure lihat had mn kandungannya.. Memudaratkan kpd penguna atau x.. Kalo gitu salah rasa berlambak list2 menu makanan dan kuih muih kita di kategori kan haram atau apa... Kesian org di barisan hadapan(para petani)..