First Impression: Teach You A Lesson (Netflix) - 10/10⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Baru habis Episod 1 dan serius… ini antara thriller Korea yang paling padu tahun ini!
Jalan cerita laju, ada misteri dan setiap watak ada rahsia tersendiri. Memang jenis drama yang buat kita kata, “satu episod lagi…” sampai tak sedar kita akan maraton.
Drama ini menampilkan aksi yang intens dan kasar, sambil mengupas tema-tema gelap dalam dunia pendidikan. Para pegawai penyiasat tidak teragak-agak menggunakan pendekatan yang luar biasa, termasuk tindakan fizikal, untuk berdepan dengan pelajar yang tidak terkawal serta sistem sekolah yang korup.
Ringkasnya: Jika anda sukakan drama bertemakan bvl! sekolah, keadilan, balas dendam dan aksi yang tegang seperti The Glory, Weak Hero Class atau Study Group, drama ini sangat sesuai untuk anda!
Drama ini diadaptasi daripada webkomik Chamkyoyook, hasil karya Chae Yong-Taek dan Han Ga-Ram, yang mula diterbitkan pada 1 November 2020 menerusi platform Naver.
Guru-guru sekolah semakin berdepan kesukaran untuk mendisiplinkan pelajar, malah ada yang sudah hilang semangat untuk berbuat demikian. Autoriti guru di dalam bilik darjah semakin terhakis, sekali gus mencetuskan pelbagai masalah sosial yang serius.
Bagi menangani isu tersebut, Perhimpunan Kebangsaan dan Menteri Pendidikan meluluskan pindaan kepada Akta Perlindungan Hak Guru. Susulan penguatkuasaan undang-undang baharu itu, sebuah agensi kerajaan khas yang dikenali sebagai Biro Perlindungan Hak Pendidikan ditubuhkan.
Na Hwa-Jin (Kim Moo-Yul) merupakan salah seorang pegawai di bawah biro tersebut. Dia ditugaskan ke sekolah-sekolah yang berdepan masalah disiplin yang serius sebagai penyelia khas (Nazir).
Di sekolah yang bermasalah itu, Na Hwa-Jin diberikan kuasa untuk mendidik dan membetulkan tingkah laku pelajar tanpa sebarang sekatan atau batasan. Dengan pendekatannya yang tegas dan luar biasa, dia berusaha memulihkan semula ketenteraman sekolah serta mengembalikan maruah dan autoriti para guru yang semakin terhakis.
Siapa dah mula tengok Teach You A Lesson? Dah boleh strim kesemua 10 episode sekarang kat #Netflix !
















dah tengok habis..best sgt,,,paling tak suka ep 5 tu,,yg mak budak tu pgi kacau cikgu anak dia sampai pgi rumah,,ee geram je ,,rasa nak lempang ,,tapi ada baca org post yg ep 5 tu sebenar nya kes betul2 berlaku kat korea. tapi cikgu dia meninggal ,,