Samsung Galaxy Z Fold 7 bantu korang untuk multitask, senang buat 2, 3 kerja lepas ni
Pengalaman menggunakan Samsung Galaxy Z Fold 7 benar-benar mengubah cara saya bekerja dan menjalankan pelbagai tugas harian. Dulu, saya perlu membawa tiga peranti berbeza — telefon, tablet, dan laptop untuk menyelesaikan kerja seperti buat design dan tulis caption. Ini agak menyusahkan kerana perlu tukar-tukar device dan kadang kala ruang kerja jadi sempit. Dengan Galaxy Z Fold 7, semua boleh dilakukan dengan satu peranti sahaja. Skrin AMOLED 8.0 inci yang besar membolehkan saya buka tiga aplikasi serentak dengan lancar tanpa masalah lag atau tersekat. Contohnya, sambil buat design, saya boleh buka aplikasi rujukan dan juga chat dengan klien tanpa perlu tekan-tekan tombol banyak kali. Teknologi "Invisible Tec" pada rekaan telefon ini juga menjadikan lipatan skrin hampir tidak kelihatan, menjadikan pengalaman skrin besar lebih memuaskan. Multitasking menggunakan Galaxy Z Fold 7 bukan sahaja menjimatkan ruang dan tenaga, tetapi juga memudahkan penggunaan Gemini AI untuk bantu tulis caption atau buat kerja lain tanpa perlu beralih ke device lain. Bagi mereka yang kerja dalam bidang kreatif atau memerlukan produktiviti tinggi, peranti ini memang sesuai kerana boleh buka beberapa aplikasi besar serentak dan proses kerja berjalan dengan efisien. Selain itu, Galaxy Z Fold 7 juga mempunyai jangka hayat bateri yang tahan lama walaupun digunakan untuk kerja berat. Ia sangat menguntungkan terutama bila berada di luar pejabat atau travelling kerana tidak perlu bawa charger besar-besar. Secara keseluruhan, Galaxy Z Fold 7 membantu saya untuk lebih fokus dan produktif tanpa gangguan. Kepelbagaian fungsi dan teknologi next-gen yang dipadukan menjadikannya alat yang wajib bagi sesiapa yang ingin buat multitasking dengan mudah dan bergaya.





























