AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH
BAHAN A
🔥 Campur semua bahan dan masak sehingga mendidih.
• 1100ml Air
• 200gm Gula merah
• 50gm gula putih
• 10gm serbuk agar-agar (1 peket)
• 3 helai daun pandan
BAHAN B
🔥 pukul telur, tambahkan santan & garam
• 200ml santan (1 santan kotak KARA)
• 2 biji telur
• sedikit garam
🔥 Setelah bahan A mendidih, keluarkan daun pandan, masukkan bahan B.
🔥 Jangan kacau adunan. Biarkan sahaja sehingga mendidih. Jika dikacau adunan telur akan hancur dan lumutnya jadi kecil-kecil.
🔥 Tunggu sehingga mendidih berbuih2, barulah di kacau perlahan-lahan. Akan nampak lapisan air & adunan telur terpisah.
🔥 Tutup api & tuangkan ke dalam bekas.
🔥 Tunggu betul-betul sejuk barulah masukkan dalam peti.
#agaragarlumutgulamerah #MyJourney #MakanDiary #MasakanRumah #Lemon8Resepi
















gula merah tu nise kan org Kelantan sebut?