NASI MINYAK ANTI GAGAL
Selamat hari raya Aidiladha pada semua!!
Menu simple untuk raya kali ini kita masak Nasi minyak.
Kita guna pressure cooker brand dessini.
Untuk menumis setkan pada ‘FRIED’.
📌 Bahan tumis
• Butter + minyak ( nk guna minyak sapi pun boleh)
•Bawang merah
• Bawang putih
• Halia
• Bunga cengkih
• Bunga lawang
• Buah pelaga
• Kulit kayu manis
• Daun pandan
• Kismis
• Kacang gajus
• Daun bay
🔥 tumis hingga garing
📌Tambahkan
• Air
• Susu Cair
• Gula batu
• Kiub pati ayam
• Kordial sunquick
🔥 Biarkan sehingga mendidih & perasakan dengan gula, garam, secukup rasa.
📌 Air sudah mendidih
• Beras Basmathi yang telah direndam & ditoskan airnya
🔥Terus tutup periuk & setkan pada ‘RICE’.
📌Setelah masak, gemburkan nasi & taburkan dengan
• Kacang gajus
• kismis
🔥 Digoreng kilas dengan butter
• Bawang goreng.
📌 Tutup semula & biarkan dalam 15minit sebelum dihidangkan.
❤️ Tip sukatan masak nasi berperisa anti gagal (untuk beras basmathi sahaja)
• 500gm beras basmathi
• 100gm minyak/butter
• 950ml cecair. (Air+susu cair)
• Pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan beras.
#nasiminyak #menuhariraya #MyJourney #MasakanRumah #GrowWithLemon8





































mohon share resepinya sis