Makeup Book Palette For Beginner ✅✨ Anti Gagal ❌
Kebanyakkan wanita tak pakai makeup bukan sebab tak suka makeup tapi sebab tak tau nak beli barang makeup mula dari mana. Setuju tak?
Mana-mana girls yg ingin cari makeup palette tu especially beginner, korang beli jak jenama IGOODCO ni. Confirm tak menyesal . Paling best anak pun tak mudah nak selak buku ni sebab dia ada kotak untuk extra protection 😍 pastu harga pun murah ✅
Apa yg takda dalam makeup book palette ni korang tambah jerr. Ni senarai yg wajib korang beli ;
1-Foundation (sebab ikut shade masing2 kalau tak bole jer guna contour dlm book palette tu senang jer nak blend pun)
2-Setting Spray
3-Lipstik
4-Mascara / penjepit bulu mata (lash curler)
Untuk prep muka macam biasa lah korang guna jer toner, moisturiser dan sunscreen macam biasa.
*Tips supaya makeup tak cackey tolong pastikan muka sudah kering baru apply another layer contohnya;
1-apply toner , dap2 dah kering baru letak mosturiser , pastu kipaskan muka bagi moisturiser kering barulah letak sunscreen.
2-untuk foundation bila based makeup dh kering baru letak! Pastikan foundation tu dh kering barulah korang letak setting powder dan setting spray. Tapi kalau sandra biasanya lepas letak foundation dah kering terus letak compact powder . Mana yg nak pakai contour tu pakai,mana yg tidak proceed dengan eyebrow dan eyeshadow
3-eyeshadow pula kalau taknak macam geisha opera tu silakan blend dlu eyelid dengan warna yg hampir sama dengan kulit contoh warna putih or warna coklat paling muda. Bila dah siap blend barulah korang letak warna yg gelap pula . barulah eyeshadow nampak sekata ✅
4-nak effect glowing? Serlah kan highlighter mu ✨ letak kat tulang pipi bahagian atas blusher tu . Hidung dan kat muncung bibir atas .
5-nak bibir seksi? Gunakan pencil ✏️ dan lukis kat garisan bahagian tepi bibir lepastu barulah letak gincu pilihan di atas bibir
6-kegunaan setting spray? last step ✅ agak2 jarak dari muka tu pastikan seluruh muka dia boleh cover. Biasanya sandra dua kali spray sahaja . Pastu jangan pegang kulit muka walau apapun berlaku . Pastikan muka kering baru sentuh (kalau boleh sediakan kipas kecik)
7-nak makeup outdoor tapi tahan lama? Sediakn kipas kecik utk keringkan peluh . Dan jangan dap tisu semasa muka masih basah!
Dapat sesuatu? Semoga membantu korang utk cantik di pagi rayaaaa ✨🩷🌙🤍









































Cantiknya palette ni 🤩 berapa RM ni sandra? Si azkiya tu geram bethol lah lebat gila rambut dia 😂