Book Review | The power of Du’a 👨🏻🎓📿🤲🏻💝
✨📚 Book Review – Doa Untuk Aku by Bahruddin Bekri👨🏻🎓🤲🏻📿
📖 Genre: Fiksyen
📄 Page: 450 pages
⭐️ Rating: 4/5
Aku decide nak baca buku ni sebab aku nak explore lebih banyak novel dan penulis Melayu. Aku nak mula dengan yang ringan dulu, tak nak yang terlalu banyak drama atau konflik. So, aku pun decide nak beli buku ni. Tambah pula rating buku ni kat Goodreads pun tinggi, so aku fikir, why not kan? Lagi pun bila aku baca blurb dia, terus rasa macam akan suka buku ni.
Buku ni cerita pasal sorang student universiti nama dia Adly. Dia dibesarkan kat Sungai Baleh, kawasan pedalaman Sarawak. Disebab dia membesar dalam komuniti bukan Islam, pengetahuan agamanya taklah begitu kuat. Tapi satu benda yang dia selalu ingat dan percaya, doa mak dia.
Tapi semuanya mula berubah lepas mak dia meninggal. Dia mula rasa hilang arah sebab takde siapa lagi yang akan doakan dia macam mak dia dulu. Lagi-lagi masa tu minggu exam makin dekat, jadi dia pun cuba cari golongan orang yang doanya mustajab.
Aku enjoy baca buku ni, sangat ringan dan senang nak hadam. Banyak moment kelakar dan quirky yang buat aku senyum sorang-sorang masa baca. Tapi yang paling aku suka, buku ni banyak ingatkan kita pasal “The Power of Du’a”, bila waktu paling mustajab, siapa golongan yang doanya cepat dimakbulkan Allah, dan macam-macam lagi benda yang menyegarkan balik ingatan kita tentang Islam. Ceritanya heartwarming, cara dia sampaikan pun lembut ‘mengajar tanpa rasa menggurui’. Gituuuu…😆
Selain misi Adly nak cari orang-orang yang doanya mudah dimakbulkan, ada juga konflik lain yang selit dalam cerita ni. Semua tu buat jalan ceritanya terasa lebih penuh dan berlapis. Simple tapi bermakna, jenis buku yang bila tutup, hati rasa tenang.
Kalau korang tengah cari buku yang ringan, kelakar, quirky tapi dalam masa yang sama bagi pengajaran tentang agama dan kehidupan, buku ni memang untuk korang. 🤍✨
My fav quote:
“Kadangkala yang luar biasa itu bukannya sesuatu yang indah dan istimewa. Dan untuk kebanyakan waktu, yang biasalah itulah yang indah dan cukup istimewa.” 🌷
Dah pernah baca buku ni? Sila comment! 👀💬




































































