Emas Sesuai untuk Emergency Fund ke?
Emas Sesuai untuk Emergency Fund ke?
Pernah tak kita terfikir, kalau esok berlaku kecemasan, dari mana kita nak dapatkan wang?
Kereta rosak, bil perubatan meningkat atau pendapatan terhenti. Sebab itulah kita perlu menyediakan simpanan sebelum perkara tidak dijangka berlaku. did
1. Wang tunai untuk kecemasan segera
Wang tunai lebih mudah digunakan apabila kita perlu membayar bil, membeli ubat atau menampung perbelanjaan harian.
Mulakan dengan sasaran dana kecemasan sekitar 3–6 bulan perbelanjaan, mengikut kemampuan dan komitmen masing-masing.
2. Emas sebagai simpanan sokongan
Emas boleh menjadi salah satu aset untuk matlamat kewangan jangka panjang.
Namun, harga emas boleh turun naik. Jika mahu menjualnya, kita perlu mengambil kira harga jual balik berbanding harga belian.
3. Bolehkah emas dipajak ketika kecemasan?
Boleh, tertakluk pada syarat penyedia pajak gadai.
Pajakan emas boleh menjadi pilihan untuk mendapatkan pembiayaan apabila diperlukan, tetapi kita perlu memastikan kemampuan untuk menebus semula emas.
Sebelum memajak, semak:
Nilai emas dan jumlah pembiayaan.
Caj atau kos pajakan.
Tempoh dan syarat penebusan.
Kemampuan membayar semula.
Jangan sampai emas yang kita kumpul untuk membantu kewangan akhirnya terlepas kerana gagal menebusnya.
4. Apa yang patut kita lakukan?
✅ Bina dana kecemasan tunai terlebih dahulu.
✅ Kumpul emas mengikut kemampuan untuk matlamat jangka panjang.
✅ Konsisten menyimpan tanpa mengabaikan komitmen bulanan.
Sebagai seorang pesara, saya percaya persediaan kewangan perlu bermula sebelum kita benar-benar memerlukannya.
Jangan tunggu kecemasan baru nak bina simpanan.
Nak belajar asas simpanan emas melalui GAP Public Gold? Boleh DM saya perkataan EMAS.
— Sofiah Hamid
#SimpananEmas #DanaKecemasan #TipsKewangan #Lemon8Malaysia #RealitiDewasa
