5 Cara Tangani Gangguan Seksual
1. Tegas dan nyatakan sempadan
Beritahu dengan jelas:
“Berhenti.”
“Saya tak selesa.”
Jangan rasa bersalah untuk melindungi diri sendiri.
⸻
2. Catat dan simpan bukti
Simpan mesej, rakaman suara, gambar, tarikh, masa dan lokasi kejadian.
Bukti ini sangat penting jika laporan dibuat.
⸻
3. Jangan hadapi seorang diri
Beritahu orang dipercayai:
✔️ keluarga
✔️ rakan
✔️ penyelia / HR
Sokongan awal bantu elak trauma berpanjangan.
⸻
4. Laporkan melalui saluran rasmi
Gunakan saluran yang betul:
– HR syarikat
– pihak pengurusan
– polis / agensi berkaitan
Gangguan bukan isu kecil, ia kesalahan serius.
⸻
5. Utamakan keselamatan & kesihatan mental
Jika perlu, jauhkan diri dari pelaku.
Dapatkan bantuan kaunselor atau sokongan profesional.
Keselamatan dan maruah anda lebih penting dari segalanya.
Bila sebut pasal gangguan seksual, ramai yang sebenarnya keliru apa yang termasuk sebagai gangguan. Dari pengalaman aku dan cerita kawan-kawan, gangguan seksual bukan hanya sentuhan tak diingini. Ia juga boleh jadi dalam bentuk mesej lucah, gurauan berbaur seks, pandangan yang membuatkan kita rasa tak selesa, sampai lah ugutan atau tekanan di tempat kerja. Contohnya di pejabat, ada yang suka buat "joke" pasal tubuh badan orang, atau hantar meme lucah dalam group kerja. Kadang-kadang kita sendiri tertanya-tanya, ini kira gangguan seksual ke tidak? Cara aku nilai: kalau perbuatan atau kata-kata tu berunsur seksual dan buat kita rasa malu, takut atau tak selesa, itu sudah masuk kategori gangguan. Lagi-lagi kalau kita dah cakap tak suka, tapi dia ulang juga. Satu benda penting yang aku belajar, jangan cepat salahkan diri sendiri. Ramai mangsa rasa bersalah: "Mungkin aku yang terlebih layan", "Sebab baju aku kot" dan macam-macam lagi. Padahal, punca sebenar adalah pelaku yang tak hormat sempadan orang lain. Apa yang kita pakai atau macam mana kita layan orang tak pernah jadi lesen untuk sesiapa menggangu kita. Untuk yang alami gangguan seksual di tempat kerja, cuba tengok semula polisi syarikat. Kebanyakan syarikat ada polisi anti-gangguan yang jelas, cuma ramai staf tak baca. Simpan semua bukti seperti emel, mesej WhatsApp, screenshot, dan catat kronologi: tarikh, masa, lokasi, siapa saksi. Bila buat laporan rasmi kepada HR atau pengurusan, kronologi yang jelas akan mudahkan tindakan. Kalau gangguan berlaku di tempat awam – dalam LRT, bas, mall – aku biasanya akan cuba cari tempat yang lebih ramai orang, dan kalau berani, terus tegur dengan suara yang jelas. Lepas tu, kalau rasa perlukan, boleh buat laporan polis. Ramai ingat laporan tak akan ke mana, tapi aku percaya, lagi banyak laporan dibuat, lagi besar tekanan kepada pihak berkuasa dan tempat-tempat terlibat untuk tingkatkan keselamatan. Dari segi emosi, gangguan seksual boleh tinggalkan kesan lama. Aku sendiri pernah ambil masa lama untuk rasa selamat balik bila naik pengangkutan awam. Yang bantu aku ialah bercakap dengan orang yang aku percaya, dan kalau perlu, dapatkan kaunseling. Kaunselor boleh bantu kita proses perasaan marah, malu, takut dan salahkan diri yang selalu datang sekali. Paling penting, kalau kau nampak orang lain sedang diganggu, cuba bantu ikut kemampuan. Kadang-kadang cuma dengan berdiri dekat mangsa, buat-buat kenal dan tanya "Awak okey?" pun dah cukup buat pelaku berasa diperhatikan dan berhenti. Kita mungkin tak boleh hentikan semua gangguan seksual, tapi kita boleh jadikan ruang sekeliling sedikit lebih selamat – untuk diri kita, dan untuk orang lain.
