what not to missed in istanbul
Kumpir is a famous Istanbul street food made from a big baked potato that’s mashed with butter + cheese until super creamy. Then you add your own toppings like corn, olives, sausage, pickles, mayo, ketchup, salads , and makan macam bowl but inside a potato.
Senang cerita: It’s a customizable, overloaded baked potato that’s warm, cheesy, and very filling . perfect for cold weather walking around Istanbul.
Kalau korang pertama kali dengar pasal Kumpir, bayangkan kentang bakar gergasi yang dibelah, isinya dikeluarkan dan digaul balik dengan butter dan cheese sampai jadi super creamy, lepas tu penuhkan dengan macam-macam topping. Dekat Istanbul, especially area street food yang popular, korang akan nampak gerai Kumpir dengan timbunan kentang besar-besar tersusun tinggi depan kedai – memang eye-catching. Selalunya aku akan cari gerai yang tulis lebih kurang macam "TÜRKIYE'NİN İLK KUMPİRCİSİ SINCE 1990" atau yang nampak ramai orang local beratur. Lagi ramai orang tempatan beli, lagi yakin rasa sedap. Ada juga kedai-kedai yang buat konsep "Istanbul Edition street food" dengan display topping yang berwarna-warni – semua tersusun dalam tray panjang: jagung, sosej, zaitun, acar, salad macam-macam warna, cendawan, sos tomato, mayo dan banyak lagi. Cara order Kumpir senang je walaupun korang tak fasih bahasa Turki. Biasanya: 1. Pilih kentang – staf akan belah dan lenyek dengan butter + cheese depan korang. 2. Lepas isi jadi lembut dan cheesy, dia akan tanya topping. Korang boleh tunjuk je guna jari: jagung, sosej, kacang peas, olive, acar timun, salad, coleslaw, cendawan dan macam-macam. 3. Akhir sekali pilih sos – kebanyakan orang akan campur mayo dan ketchup, ada juga sos pedas. Untuk aku, kombinasi topping paling menjadi untuk Kumpir Istanbul street food ialah jagung, sosej, olive hitam, acar, coleslaw, cendawan dan sikit salad. Bila makan, rasa dia campur antara creamy kentang panas, masin dari cheese, masam dari acar dan segar dari salad. Makan dalam mangkuk atau dalam kulit kentang tu sendiri, selalunya dihidang dengan dua garpu plastik kuning – senang share dengan kawan. Portion Kumpir ni besar dan sangat mengenyangkan, memang sesuai kalau korang tengah jalan dalam cuaca sejuk. Kadang-kadang aku share satu mangkuk dengan travel buddy sebab satu pun dah cukup berat. Harga biasanya lebih murah berbanding makan di restoran pelancong, jadi elok untuk jimat bila travel. Kalau korang jenis suka explore street food Istanbul, boleh cuba beberapa kedai berbeza – rasa dia tak sama sebab setiap gerai guna butter, cheese dan topping style masing-masing. Ada yang fokus topping simple, ada yang bagi pilihan lebih unik. Untuk Muslim travellers, tanya je "no sausage" atau "no meat" kalau ragu-ragu, atau pilih topping sayur saja. Tip kecil: pergi waktu malam atau lewat petang bila suasana street food meriah, lampu kedai menyala, dan banyak orang lokal makan. Ambil gambar dulu (sebab warna topping memang cantik gila), lepas tu baru enjoy Kumpir korang pelan-pelan sambil people-watching. Lepas cuba sendiri baru faham kenapa Kumpir antara street food Istanbul yang paling ramai orang cari.




