Credit Card Is NOT Bad – If You Use It Right
Most people think credit cards = debt, but that’s only true if you use it wrongly.
Here are the REAL benefits of a credit card when used smartly 👇
✅ Build CTOS & CCRIS credit profile
Banks look at your payment history. Pay on time = higher approval chance for loans & housing.
✅ Cashback, points & rewards
Why pay cash when you can earn cashback, miles, or vouchers?
✅ Emergency fund without touching savings
Sudden car repair or medical bill? Credit card gives short-term breathing space.
✅ Better cash flow management
Buy now, pay later — but only if you clear before interest kicks in.
✅ Online & overseas protection
Credit cards have dispute protection that debit cards don’t.
⚠️ BUT REMEMBER
❌ Never pay minimum only
❌ Don’t swipe for lifestyle you can’t afford
❌ Always pay on time
👉 Use it wisely, and the bank works for YOU — not the other way around.
Follow for more CTOS, CCRIS & financial tips 🇲🇾
Ramai orang takut kad kredit sebab selalu nampak contoh yang negatif – orang swipe sakan, lepas tu tersangkut dengan hutang bertahun-tahun. Tapi dalam banyak situasi, kad kredit sebenarnya boleh jadi alat kewangan yang sangat berguna kalau kita tahu apa yang kita buat. Contoh situasi biasa: gaji masuk hujung bulan, tapi awal bulan kereta pula rosak. Kalau guna tunai, habis licin simpanan. Dalam kes macam ni, kad kredit boleh jadi ‘buffer’ jangka pendek – bayar dulu guna kad, then bila gaji dah masuk, terus settle full payment sebelum tarikh akhir. Jadi simpanan kecemasan tak terus kosong, dan tak kena faedah. Untuk orang yang suka rancang kewangan, kad kredit juga boleh bantu kita "spend & save" pada masa yang sama. Saya sendiri guna kad cashback khas untuk bil tetap macam wifi, postpaid, dan insurans – semua saya set sebagai auto debit. Setiap bulan memang bayar juga, tapi dengan kad kredit saya dapat balik sedikit cashback. Kad rewards pula saya guna untuk perbelanjaan harian macam minyak, groceries dan online shopping. Mata terkumpul ni nanti boleh tebus barang, voucher, atau kadang‑kadang flight ticket. Dari segi "gambar kad kredit" atau jenis kad, setiap bank ada kad yang fokus pada kategori berbeza – ada yang lebih banyak cashback untuk petrol, ada yang untuk online, ada yang untuk overseas. Sebelum apply, saya akan banding dulu: kadar cashback, cap bulanan, dan syarat minimum spend. Jangan tengok design kad saja, tengok juga manfaat yang sesuai dengan situasi hidup kita. Kad kredit juga bantu bina rekod dalam CCRIS & CTOS. Bila tiap bulan kita bayar on time dan tak pernah miss payment, sistem akan rekod kita sebagai peminjam yang bertanggungjawab. Bila nanti nak apply loan kereta atau rumah, bank akan tengok sejarah ni. Saya sendiri perasan, lepas beberapa tahun guna kad kredit dengan disiplin, proses lulus loan jadi lebih mudah sebab rekod cantik. Cuma, sebelum apply kad kredit, pastikan kita memang memenuhi kriteria: umur 21 tahun ke atas, ada kerja tetap, slip gaji dan penyata KWSP, pendapatan minimum (contoh sekitar RM2,000 sebulan) dan akaun bank yang aktif. Jangan apply banyak kad sekaligus, cukup 1–2 kad yang betul‑betul kita boleh kawal. Paling penting, jangan gunakan kad kredit untuk gaya hidup yang kita sebenarnya tak mampu. Saya selalu pegang tiga rule: jangan swipe kalau tak boleh bayar full bulan depan, jangan bayar minimum sahaja, dan sentiasa pantau baki dalam apps bank. Kalau ikut disiplin ni, kad kredit boleh jadi kawan baik dalam perjalanan kewangan, bukan musuh yang tarik kita ke dalam hutang.




