Macam mana nak mula misi kurus sihat?

Sebagaimana yang ternukil dalam hadis pertama Hadis 40 Imam Nawawi, saya percaya niat ialah asas utama untuk apa-apa tindakan dan keputusan yang kita buat dan ambil.

Saya kena akui, niat asal saya taklah sebaik mana - saya sasarkan nak kurus sebab saya tak nak diri sendiri lagi berat berbanding calon taaruf saya.

Tapi, lama-kelamaan, niat asal tu makin diketepikan. Saya mula rasa seronok hidup tak dihambakan nafsu makan saya, saya rasa lebih tenang dengan disiplin, dan macam-macam lagi hikmah saya nampak. Alhamdulillah.

Sekarang, saya cuba sebaik mungkin luruskan hati jaga makan dan kesihatan lillahi taala, untuk masa depan saya sendiri (usia 30-an, masa mengandung jika Allah rezekikan dan usia tua), dan untuk saya wariskan gaya hidup sihat untuk bakal anak-anak saya.

Okey, itu tentang niat.

Sekarang, beralih pula pada tindakan.

Kuncinya ialah: mula dengan perkara paling kecil dan mudah untuk diri sendiri ubah.

Saya tak nafikan, bila dah timbul semangat nak kurus tu, otak kita memang cenderung nak ekstrim. 0-100 bak kata orang barat. Tapi, itu hakikatnya bukan tindakan yang bijak.

Kalau niat nak kurus semata-mata, ikutlah.

Tapi kalau niat nak sihat, mula dengan kecil dan perlahan. Sebab kita nak kekalkan perubahan sihat ni hingga akhir hayat!

Tindakan pertama saya dulu, saya sasarkan berhenti atau paling-paling tidak kurangkan minum air manis. Lepas dah biasakan diri hidup tanpa air manis, barulah saya ambil langkah lain pula.

Semoga catatan ni ada manfaat buat mereka yang membacanya.

Ganbatte untuk mereka yang sama ada misi kurus macam saya! 💪🏽🔥

Moga Allah mudahkan kita! 🤲🏽

#kurusdengansihat #misikurus #weightlossjourneyinprogress

2025/10/2 Diedit kepada

... Baca lagiMemulakan perjalanan untuk kurus dengan sihat memerlukan pendekatan yang realistik dan berterusan. Seperti yang dikongsikan, niat memainkan peranan utama dalam memastikan kita kekal fokus dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran. Pemahaman bahawa perubahan kecil seperti mengurangkan pengambilan air manis dapat memberi impak besar adalah sangat penting. Mengurangkan gula dalam diet bukan sahaja membantu dalam pengawalan berat badan, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, termasuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung. Dalam proses ini, kita harus memberikan ruang kepada diri sendiri untuk menyesuaikan diri secara perlahan-lahan dan tidak memaksa tubuh dengan langkah yang terlalu drastik. Selain perubahan pemakanan, aktiviti fizikal secara konsisten juga adalah kunci utama. Berjalan kaki 30 minit sehari atau melakukan senaman ringan boleh menjadi permulaan yang baik. Ini membantu meningkatkan metabolisme dan membina stamina secara bertahap. Untuk mengekalkan motivasi, mencatat perjalanan dan perkembangan juga sangat bermanfaat. Dengan cara ini, kita dapat mengesan perubahan positif, sekecil mana pun, yang membantu menjaga semangat. Mengelilingi diri dengan komuniti yang mempunyai misi yang sama, seperti #kurusdengansihat dan #misikurus, juga memberi sokongan moral dan perkongsian ilmu yang berguna. Akhir sekali, berdoa dan memohon kekuatan adalah penting terutama apabila kita menghadapi rintangan. Kesabaran dan ketekunan adalah kunci supaya perubahan gaya hidup yang sihat dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat. Semoga panduan ini dapat memberi semangat kepada sesiapa yang baru ingin mula atau sedang dalam misi kurus yang sihat.