Tentang makan untuk kurus sihat 🤔

Alhamdulillah untuk nikmat yang Tuhan kurniakan. 🤲🏽

Sepanjang tempoh hampir 2 bulan ni, sementara saya masih dalam fasa mencari kerja, saya manfaatkan masa yang ada untuk masak sendiri makanan.

Ada juga risau dalam diri nanti kalau dah kerja macam mana. Tapi tak apa, saya tak nak melebih-lebih cuak pasal tu selagi belum sampai masa tu.

Kebanyakan hidangan ni saya tak ada ikut resipi sangat pun. Kalau ada pun, saya jadikan inspirasi sahaja. Lepas tu, saya ubah suai ikut tekak dan kerajinan saya, bahan-bahan yang ada di rumah, dsb.

Persamaan kesemua hidangan ni ialah, saya lebihkan sayur dan sumber protein. Alhamdulillah, itu yang buat perut kenyang lama.

Hampir semua hidangan ni kalori sekitar 400-600kcal dan bersaiz besar, kenalah dengan selera makan saya yang boleh tahan besar ni. 🙈

Dalam bab makan ni, saya tak potong terus apa-apa makanan yang kurang bernutrisi atau tinggi kalori macam makanan segera, makanan adi proses, dll. Saya kurangkan makan, dan bila saya makan saya pastikan ada sayur atau buah sebagai pengiring.

Bab cara masak pula, saya cuba kurangkan bergoreng minyak banyak sebab saya nak bacaan kolesterol saya tekal cantik. Saya tengah biasakan masak cara rebus, kukus, atau bakar dalam air fryer.

Paling penting, kena cuba sebaik mungkin pastikan dalam lingkungan defisit kalori! 💪🏽🔥

Okey, itu je saya nak catat dan kongsikan dalam perkongsian ni.

🩷🩷

#kurusdengansihat #misikurus #weightlossjourneyinprogress

2025/10/15 Diedit kepada

... Baca lagiSelain mengutamakan makanan berkualiti dan seimbang, makan malam sihat penting untuk kawal berat badan tanpa rasa lapar di malam hari. Pengalaman saya, menyiapkan makan malam yang tinggi serat seperti sayur hijau dan sumber protein tanpa lemak dapat bantu rasa kenyang lama. Saya cuba elakkan makanan bergoreng berlebihan dan lebihkan masakan cara kukus, rebus, atau menggunakan air fryer yang kurang minyak. Saya juga tidak langsung menyekat makanan kurang sihat, cuma pastikan pengambilannya terkawal dan diiringi sayur atau buah segar untuk tambah nutrisi. Pemilihan saiz hidangan yang besar tapi kalori terkawal itu memang kena dengan selera saya. Ini juga bantu saya kekal bersemangat tanpa perlu rasa kekurangan. Untuk anda yang sibuk, memasak sendiri makan malam sihat secara mudah dan fleksibel ikut bahan yang ada di rumah juga memberi kepuasan tersendiri. Mulakan dulu dengan menambah sayur dalam hidangan dan kurangkan penggunaan minyak. Bila terbiasa, tubuh akan lebih sihat dan proses kurus pun jadi lebih lancar. Jangan lupa pentingkan konsisten, kawal stress, dan jangan terlalu obses dengan kalori. Semoga perkongsian ini membantu anda yang ingin mulakan gaya hidup makan malam sihat untuk kesihatan dan berat badan ideal.