Tempeyek Kacang Bilis

2025/8/15 Diedit kepada

... Baca lagiTempeyek kacang bilis adalah snek tradisional yang sangat digemari di Malaysia, terutamanya ketika minum petang. Selain cara goreng yang betul supaya rangup, pemilihan bahan juga penting untuk rasa yang lebih sedap dan aroma yang harum. Untuk hasil terbaik, gunakan kacang tanah yang telah digoreng garing terlebih dahulu dan bilis segar yang bersih supaya rasa dan tekstur tempeyek lebih enak. Adunan tepung juga boleh ditambah sedikit rempah seperti jintan manis atau lada putih untuk memberikan rasa unik. Saya biasanya guna campuran tepung beras dan tepung gandum supaya tempeyek tidak terlalu keras dan lebih ringan. Selain itu, suhu minyak ketika menggoreng perlu di kawal agar tempeyek tidak terlalu berminyak dan cepat masak dengan sekata. Goreng sehingga berwarna keemasan dan garing, kemudian tos kan minyak berlebihan supaya tempeyek tahan lama dan sedap dimakan. Tempeyek ini juga sesuai dijual kerana bahan asasnya murah dan mudah diperolehi, selain cara penyediaannya yang mudah dan menjimatkan masa. Cubalah buat sendiri di rumah dan rasai keenakan snek tradisional yang menggamit kenangan zaman kecil.

1 komen

Imej Lemon8 Fam 🍋
Lemon8 Fam 🍋

🍋 Welcome to Lemon8! 🍋 Sangat gembira lihat post anda! 🎉 Ikutlah @lemon8community untuk tips menjadikan kontent anda lebih popular! Marilah siarkan lebih kontent menarik! 🤩