Pengalaman Dalam Keselamatan

Sepanjang kerjaya sebagai Pengawal Keselamatan jika tiada panggilan berlakon Drama atau Filem, berbagai cerita nak aku kongsikan. Macam-macam benda ghaib aku jumpa sama ada jaga di Sekolah, Bangunan dan lain-lain tempat lagi. Nampak hantu dan jin tu perkara biasa, tapi nak cerita semuanya terpaksa kena babak ke babak atau ada kesinambungannya. Selain dengar suara pontianak mengilai, nampak langsuir terbang, bebola api di langit ( tuju-tuju ), kubur berasap, pintu di tendang, bunyi baling pasir dan sebagainya... yang nak aku ceritakan ketika aku dirikan solat dalam bank. Waktu tu nak solat Isyak yang agak lewat sedikit sebab kena tunggu pekerja terakhir overtime selesaikan tugasan mereka. Jam di dinding lebih kurang 10 malam, dan baru nak dirikan solat. Ketika rukuk, aku perasan ada kelibat makhluk yang ikut aku berjemaah. Aku perasan sebab ekor mataku saat rukuk nampak sebelah kanan ada lembaga berjubah putih kedut seribu dengan rambut panjang mengurai berkerinting. Aku sedikit cemas tapi tetap meneruskan ibadah sehingga tamat. Semasa bagi salam ke kanan, aku masih nampak kelibatnya. Sebaik aku beri salam keliru, aku terus menoleh belakang tapi dah menghilang. Walaupun banyak kali dapat lihat benda ghaib tak bermakna aku berani. Tak juga takut sangat kecuali jika makhluk halus itu terlampau dekat. Setakat tiga depa kat depan aku, aku pandang dia dan dia pandang aku. Tapi bila tiba-tiba ada kat sebelah aku, boleh terperanjat gila dibuatnya. Antara sebab aku melatah kerana lahabau setan gondol ni alih-alih terpacak kat sebelah aku. Jangan cakapkan hantu! manusia sekalipun kalau tiba-tiba kat sebelah kita pun boleh terkejut beruk. Apa yang boleh aku katakan, macam mana makhluk halus tu ikut aku solat sampai habis?. Apakah dia menganjing aku, berolok-olok atau ada benda yang aku tak tahu. Sebab kalau setan tidak akan ikut perbuatan dirikan solat hingga tamat. Itu pendapat bodoh aku lah. Tapi firasat aku mengatakan lembaga yang ikut aku solat dengan jubah putih kedut seribu, rambut kerinting panjang mengurai. Aku rasa dia cerminan diriku. Sebab! jubah putih kedut seribu maknanya dalam aku mencari jalan lurus tapi masih berada di jalan yang bengkang bengkok. Manakala rambut kerinting panjang mengurai bererti otak aku berserabut tak dapat membezakan ilmu yang datang dari Allah atau bidaah serta ilmu sesat yang bukan Nabi ajarkan. Sehingga kini aku tak dapat kepastian kerana akal logik kita jauh dari perkara-perkara ghaib. Namun kejadian itu sedikit sebanyak membuat aku lebih berhati-hati dalam menimba ilmu Agama dari Berbagai Guru yang bermacam-macam fahaman. Yang baik aku amal kan dan yang buruk aku tinggalkan. Cuma Guru-guruku tetap aku doakan yang baik-baik sebab kita bermula dari mereka memahami basic Keagamaan. Selebihnya berserah pada Allah tanpa menghukum Guru Agama ku yang sentiasa aku Kasihi. Hidayah milik Allah dan PengetahuanNya buat segelintir hamba-hambaNya yang terpilih dengan pandangan mata hati.

3/16 Diedit kepada

... Baca lagiSepanjang pengalaman saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, sering kali saya terdorong untuk berkongsi kisah-kisah misteri yang saya alami sendiri. Memang benar, apabila kita bekerja di tempat-tempat sepi atau pada waktu malam, pelbagai fenomena yang sukar dipercayai boleh berlaku. Saya sendiri pernah melihat penampakan yang sukar untuk diterangkan dengan logik fikiran, dari kelibat makhluk berjubah putih hingga bunyi-bunyi ganjil yang tidak pernah saya dengar pada siang hari. Salah satu pengalaman yang paling meninggalkan kesan adalah ketika saya sedang solat Isyak di bank selepas waktu kerja. Ketika rukuk, saya merasakan ada sesuatu yang mengikuti saya, iaitu kelibat berjubah putih dengan rambut kerinting panjang berwarna kusut, yang saya anggap sebagai cerminan diri saya sendiri. Hal ini membuatkan saya berfikir tentang betapa kompleksnya perjalanan mencari ilmu dan hidayah dalam agama, ketika kita kadang-kadang keliru membezakan antara kebenaran dan mitos. Sebagai pengawal keselamatan, bekerja di malam hari memerlukan kita sentiasa berwaspada bukan sahaja dari segi keselamatan fizikal malah dari sudut spiritual. Saya percaya Allah sentiasa mengawasi hambaNya, dan kejadian-kejadian sebegini menjadi peringatan tentang keikhlasan hati dalam menjalani kehidupan beragama. Saya juga sedar bahawa ilmu yang dipelajari dari guru pelbagai latar belakang tidak semuanya seragam, jadi pemilihan ilmu yang baik dan bermanfaat menjadi penting bagi membimbing diri ke jalan yang benar. Amanah dan ketulusan dalam beragama adalah perkara utama yang saya pegang. Sesungguhnya, tidak mudah untuk menipu diri sendiri dan Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Pengalaman yang saya hadapi juga menguatkan azam saya untuk sentiasa mengambil pengajaran dari setiap kejadian dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang keselamatan, terutama ketika malam, saya nasihatkan agar sentiasa memelihara solat dan hati dari pengaruh negatif. Percayalah bahawa doa dan ibadat kita mempunyai kekuatan yang luar biasa. Ini bukan sahaja melindungi diri kita dari bahaya fizikal, malah juga dari gangguan makhluk halus atau unsur negatif lain. Pengalaman peribadi saya ini bukan sekadar cerita seram, tetapi lebih kepada renungan dan pembelajaran sepanjang perjalanan hidup sebagai pengawal keselamatan. Jadi, marilah kita sama-sama menjaga keimanan, sentiasa memilih ilmu yang benar, dan sentiasa berdoa supaya diberikan hidayah dan perlindungan oleh Allah dalam menghadapi liku dan cabaran hidup.

Siaran berkaitan

Imej menunjukkan tangan memegang fail merah jambu dengan teks "FIRST TIME INTERVIEW AS A LECTURER", menandakan pengalaman pertama temuduga sebagai pensyarah.
Imej menyenaraikan soalan-soalan temuduga pensyarah seperti "Introduce Yourself", "Pernah ada pengalaman mengajar?", dan "Presentation Mockup Teaching", beserta tips ringkas untuk setiap soalan.
Imej memaparkan tips terbaik untuk temuduga pensyarah, termasuk persediaan mock teaching, kod pakaian earth tone, solekan natural, membawa laptop, dan latihan bercakap.
Pengalaman & Tips Interview as a Lecturer
#RezekiTalk kalini min min nak share pengalaman min dipanggil iv untuk kali pertama sebagai Lecturer di sebuah kolej swasta. Alhamdulillah, sepanjang iv so far, kali pertama min rasa anxiety min hilang! Sampai2 ja min punya confidence level tu naik and rasa xsabar2 nak iv maybe sbb ni satu2ny
nuryasminsalleh

nuryasminsalleh

130 suka

Imej memaparkan doa memohon 'afiyah (keselamatan dan kesejahteraan) dalam tulisan Arab, transliterasi, dan terjemahan bahasa Melayu. Doa ini memohon perlindungan di dunia dan akhirat, serta keampunan dalam agama, dunia, keluarga, dan harta. Latar belakangnya adalah langit biru dengan awan.
DOA KESELAMATAN DALAM HIDUP
Dalam Islam : afiyah bermaksud perlindungan dan keselamatan daripada segala jenis penyakit, musibah, dan kesusahan, sama ada di dunia mahupun di akhirat.  Ia merangkumi kesejahteraan secara menyeluruh, sama ada dari segi kesihatan, keadaan hidup, dan kebaikan di kehidupan seterusnya.  Doa m
Anna Airis

Anna Airis

12 suka

KESELAMATAN
Mind to share Demi kebaikan bersama Bekas ni x sesuai ye utk isi barang makanan direct ke dlm bekas Kalau makanan yg "bersarung" cth mcm coklat ke gula² ke minuman 3in1 ke mungkin boleh Sbb label nombornya nombor 6 Sy pon baru perasan, dh balik rumah baru teringat nk check Sempat la j
NuYu Mat Rani

NuYu Mat Rani

389 suka

Imej menunjukkan seorang gadis muda berhijab putih dengan teks "ZARA TIDAK JATUH! ZARA DITOLAK. Tamatkan budaya tutup mulut demi pelaku. BUDAYA BULI BAGAI TIADA UBAT!". Siluet tangan gelap kelihatan di sebelahnya.
Teks mengenai budaya tutup mulut dalam institusi pendidikan dan kes adik Zara yang meninggal dunia akibat dibuli, dengan latar belakang kabur dua individu berhijab.
Teks menceritakan pengalaman anak dibuli secara mental di asrama, dengan latar belakang luar yang menunjukkan tumbuh-tumbuhan hijau dan beberapa beg.
Sikap Buli Barah Dalam Pendidikan !
#ViralKini Kisah kematian adik Zara akibat jatuh dari tingkat 3 membuka mata banyak pihak tentang barah di sekolah berasrama. Bukan je membuka mata, tetapi ia menjadi ketakutan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah berasrama hanya disebabkan kes sebegini. Selain pesanan itu ini begi
PnSyuhaida

PnSyuhaida

30 suka

Imej menunjukkan seorang wanita berhijab coklat di sebelah senarai 'TIPS KESELAMATAN DALAM RUMAH'. Senarai itu merangkumi 8 tips seperti mengunci pintu, memasang lampu luar, CCTV, menyimpan alat keselamatan asas, mengelak litar pintas, mengajar anak tentang keselamatan, tidak berkongsi lokasi, dan menggunakan loceng pintu serta haiwan penjaga.
Tips keselamatan dalam rumah sendiri
Tips keselamatan dalam rumah sendiri. Untuk lindungi diri, keluarga dan harta benda: 1. Kunci Semua Pintu & Tingkap •Sentiasa kunci walaupun keluar sekejap. •Guna kunci tambahan seperti mangga, bolt atau grill. 2. Pasang Lampu Luar Rumah •Pasang lampu sensor gerakan di pintu depan, bel
Az Hawa

Az Hawa

44 suka

Gambar ini menampilkan kode warna keselamatan universal di tempat kerja, menjelaskan arti warna seperti merah untuk bahaya/api, oranye untuk peringatan, kuning untuk kehati-hatian, hijau untuk aman/P3K, dan biru untuk instruksi wajib, serta putih dan garis hitam/kuning untuk informasi umum dan bahaya fisik.
KODE WARNA KESELAMATAN
Kode warna membantu saya menghindari kecelakaan di pabrik... Pengalaman ini mengajarkan saya betapa pentingnya memahami setiap detail keselamatan. Bagaimana pengalaman Anda? #safetyfirst #DigitalDiary #TipsKontenPemula
𝗛𝗥 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗿𝗲𝗻

𝗛𝗥 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗿𝗲𝗻

3 suka

Lihat lagi