Kebersihan bermula dari rumah

Kebersihan bermula dari rumah dan ia melambangkan keperibadian diri sendiri. Orang yang mendalami Ilmu Agama yang benar pasti di ajar Guru Mursyid tentang kebersihan rohani. Kita di ajar cara buang air kecil duduk seperti kaum Hawa, dan ini perbuatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Istinjak yang benar berdehem ketika cangkung. Musuh-musuh Islam mengetahui perkara tersebut maka bagi merosakkan keimanan seseorang melalui ciptaan takungan buang air kecil berdiri. Tapi perlakuan kencing berdiri ramai dilakukan oleh Agamawan sebab malas. Istinjak yang benar setelah buang hadas besar adalah memastikan seluruh rongga lubang najis tidak ada saki baki tahi dan tidak berlendir. Itulah penyucian yang sebenar mengikut cara Golongan Tauhid dan Tasauf. Tapi tidak semua Golongan-golongan ini memiliki pengetahuan tersebut. Kalau di ajar pun kebanyakan dari mereka sukar melaksanakan kerana makan masa sedikit. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Sebab itulah kebanyakan Ahli Ibadah terseksa di Alam Barzakh kerana istinjak tidak bersih. Jika istinjak tidak bersih, wuduk tidak sempurna dan akhirnya amal ibadat tertolak. Sebab itulah makin banyak sembahyang makin banyak menyetan. Bukti berapa banyak Para Agamawan pecah amanah, makan duit derma, makan duit Tabung Haji, makan duit Anak Yatim dan berbagai lagi kesalahan. Kemudian saling memusuhi sesama sendiri jika tidak sefahaman. Masing-masing rasa merekalah yang benar dan inilah sifat Iblis yang telah diserap dalam jiwa mereka. Aku cuba memperhalusi bahasa ku dengan penyampaian yang baik-baik, tetapi aku sedar kenyataan ini tidak di sukai oleh mereka yang merasa pandai sebab ada sijil Tauliah dari Al- Azhar dan seangkatan dengannya. Orang pondok memang tak ada sijil tapi ilmu mereka sangat dalam pengetahuannya. Aku bukan pandai dan masih jauh jika di bandingkan dengan Para Ustaz. Dan aku tetap menghormati Guru-guru Agama ku yang berbagai fahaman dengan doa yang baik-baik walau tidak lagi mengikuti beberapa ajaran yang tidak seperjalanan seperti Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tunjukkan. Ilmu aku hanya setitis dari lautan yang luas. Aku pernah sesat dalam berAgama, pernah taksub pada Guru dan gila untuk bersama berbagai kumpulan Dakwah dan akhirnya aku menyedari sebaik-baik jalan adalah yang telah ditunjukkan Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Kekasih Allah. Fikir-fikirkanlah...

3/16 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang telah lama meneliti dan mengamalkan prinsip kebersihan dalam kehidupan harian, saya dapat membuktikan betapa pentingnya menjaga kesucian dari aspek rohani dan jasmani seperti yang diajarkan dalam Islam dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Amalan buang air kecil dengan duduk, seperti yang Rasulullah ajarkan, bukan hanya dari sudut kebersihan fizikal tetapi juga untuk menjaga kesucian diri daripada sisa najis yang mungkin menyentuh badan. Saya pernah melihat sendiri bagaimana orang yang mengabaikan amalan istinjak dengan betul akan menghadapi kesukaran dalam menjaga kebersihan diri. Ini boleh membawa kepada masalah wuduk yang tidak sempurna, dan akhirnya solat yang dilakukan tidak diterima dengan sempurna. Dalam pengalaman saya, disiplin menjaga kebersihan bukan perkara mudah, apatah lagi bila ramai yang memilih cara yang lebih mudah tanpa mengambil kira tuntutan syariat. Selain itu, saya juga pernah menghadiri beberapa kuliah dan mendengar ceramah dari ulama yang menekankan bahawa amalan istinjak yang betul adalah termasuk dehem ketika sedang cangkung, untuk memastikan tiada najis atau lendir tersisa dalam rongga. Ini adalah sunnah yang sebenarnya menjadi amalan golongan salaf dan para mursyid tauhid dan tasauf yang sering saya kagumi. Mereka menunjukkan bahawa walaupun sedikit masa diperlukan, hasilnya amat berbaloi dari segi kesejahteraan rohani. Apa yang lebih menyedihkan, saya perhatikan ramai agamawan yang tersilap dalam memahami ini sehingga lahir pelbagai kesalahan sosial seperti pengurusan kewangan yang tidak amanah dan perpecahan antara mereka sendiri. Hal ini menunjukkan pentingnya mengekalkan kesucian bukan hanya dalam amalan ritual tetapi juga dalam hubungan sosial dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Sebagai penutup, pengalaman saya mengajar bahawa kita semua harus praktikal dan ikhlas dalam mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW. Kebersihan yang bermula dari rumah bukan sahaja mendidik tentang disiplin diri tetapi juga menjadi benteng kekuatan iman dan akhlak. Semoga kita semua dapat merenungi dan memperbaiki diri agar sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah.

1 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Aku tak pernah taksub mana-mana Ustaz termasuk Guru Tauhid ku Ustaz Azhar. Aku sayang Ustaz Ahmad Rizam, Ustaz Muhaizat dan aku hormati Ustaz Adi Hidayat, Buya Yahya, Ustaz Zainul Asri dan Maza. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan namun Ilmu mereka jauh lebih baik dari aku yang kerdil ini. Doaku semoga Allah sentiasa melindungi Para Pendakwah dari dengki khianat manusia 🤲 Amin Amin Amin

Siaran berkaitan

Pelbagai komponen Laksam Putih dipaparkan, termasuk kuah putih berkrim, ulam-ulaman segar, laksam yang digulung, dan bahan sampingan seperti sambal dan belacan, sedia untuk dihidangkan.
Resepi Laksam Putih Bersih Dan Licin Walaupun Pert
Resepi Laksam Putih Bersih Dan Licin Walaupun Pertama Kali Buat Laksam dikenali juga sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu merupakan sejenis masakan dari Negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Bahan-bahan laksam (adunan ini boleh dapat da
Resepiantigagal

Resepiantigagal

12 suka

Gambar menunjukkan kabinet kayu dengan hiasan rotan dan pasu bunga kering di atasnya. Teks bertulis "Jangan abai tips ni kalau nak rumah bersih" sebagai tajuk utama.
Teks pada latar belakang merah jambu menerangkan tips membersihkan perabot agar tidak mudah berhabuk menggunakan pelembut fabrik dan air, menjadikannya harum.
Teks pada latar belakang hijau menerangkan tips mengilatkan lantai rumah menggunakan pencuci lantai, cuka, dan air panas untuk hasil yang bersih dan berkilat.
Jangan abai tips ni kalau nak rumah bersih !
Masa hujung minggu ni mesti ada yang nak membersihkan, mencantikkan dan mewangikan rumah kan. Sebab masa tu jer yang kita ada. Tapi jangan risau saya nak share korang tips untuk make sure rumah korang bersih and wangi 😍😍. Korang boleh ikut tips ni mesti menjadi punya 😍. Do follow me for more inte
fenbh

fenbh

1875 suka

Gambar lantai berjubin dengan alat pembersih lantai dan bola hijau, bertulis "Rezeki Lambat Masuk? Cuba Tengok Lantai Rumah Dulu!?" menekankan kebersihan rumah untuk rezeki.
Gambar bilik dengan ampaian baju dan tingkap, memaparkan teks tentang konsistensi dalam amalan agama berbanding konsistensi dalam membuat kandungan.
Gambar lantai berjubin dengan alat pembersih lantai, memaparkan teks "BERSIH ITU SEBAHAGIAN IMAN" dan penjelasan membersihkan rumah sebagai ibadah.
Jom bersih-bersih
Kalau rezeki rasa lambat, emosi cepat meletup, rumah tangga selalu tegang… ❗️Jangan terus salahkan pasangan. ❗️Jangan terus salahkan nasib. 👉 Cuba tengok rumah dulu. Kadang Allah tak minta kita buat benda besar, Dia cuma minta: kemas rumah + betulkan niat. menjemput rezeki lagi mudah
Ami Ghazali

Ami Ghazali

60 suka

DIY Bersihkan KAKI TUMIT di rumah✅ senang sahaja
Lupa tunjuk kaki nak rendam dlm air suam biar 10minit 😩# ✅ Langkah-langkahnya: 1. Rendam kaki dalam air suam + garam kaki (2 sudu) ➜ Biar 10-15 minit untuk lembutkan kulit keras 2. Spray callus remover di bahagian tumit ➜ Fokus pada kawasan kulit tebal dan kasar 3.&
Cikgu Kecantikan KUKU Vaniece

Cikgu Kecantikan KUKU Vaniece

315 suka

Gambar menunjukkan seorang wanita berhijab memegang telefon, dengan teks 'Skincare mahal Tak Guna Jangan lupa minta NUR DARI ALLAH' yang menekankan kepentingan cahaya dari Allah berbanding produk kecantikan.
Doa memohon cahaya dalam setiap aspek kehidupan, dipaparkan dalam tulisan Arab, transliterasi, dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan latar belakang seorang wanita memegang telefon.
Doa memohon perhiasan keimanan dan petunjuk, ditunjukkan dalam tulisan Arab, transliterasi, dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan latar belakang seorang wanita memegang telefon.
5 Doa Minta Nur dari Allah. Kecantikan bermula dari dalam hati bukan skincare
Skincare tu hanya method membantu penjagaan luaran sahaja. Tapi kecantikan tu bila hati kita bersih, dalaman kita cantik, insyaAllah terpancar cahaya di wajah dan akhlak kita. Bila berdoa jangan lupa 5 Amalan doa minta Nur dari Allah. Tak susah pun sebab doa ni semua pendek je. Senang nak amalkan b
ruma_mrsnisa

ruma_mrsnisa

13 suka

Gambar menunjukkan empat panel berisi cumi-cumi mentah dan proses pembersihannya, dengan judul 'Pantesan Cumi Bau Amis! 4 KESALAHAN Bersihin Cumi'.
Gambar menampilkan cumi-cumi mentah dalam wadah, disertai teks yang menceritakan pengalaman pertama seorang IRT baru yang gagal memasak cumi karena tidak tahu cara membersihkannya dengan benar.
Gambar menunjukkan tangan sedang membersihkan cumi, dengan daftar '4 KESALAHAN YANG BIKIN CUMI AMIS & TINTA AMBYAR!' seperti salah tarik kepala, gigi cumi ketinggalan, isi perut tidak dibersihkan, dan dilema kupas kulit ari.
4 Kesalahan Bersihin Cumi😭 Bikin Bau Amis dan Alot!
Hi Lemonade 🍋👋🏻 #RealitaDewasa pas udah berumah tangga : Nyatanya kita dituntut harus siap belajar hal-hal kecil yang gak pernah diajarin di sekolah, salah satunya ya urusan perdapuran kayak gini 🥲😂 Dulu waktu masih jadi anak rumahan, tinggal makan beres. Begitu sekarang megang dapur send
anisasismita🎀

anisasismita🎀

63 suka

Seorang wanita berhijab menunjukkan perbandingan gigi sebelum dan selepas, dengan teks "Hilangkan Karang Gigi Tanpa Rasa Sakit Hanya Dirumah" dan soalan "is it worth it?".
Seorang wanita berhijab dengan teks "Punca Karang Gigi Berlaku" dan penjelasan bahawa karang gigi bermula dari plak makanan yang mengeras dan berbau busuk.
Sebuah water flosser putih dengan gambar wanita tersenyum, menerangkan kepentingan water floss sebelum tidur untuk membersihkan sisa makanan di tempat yang sukar dicapai.
Ingat Berus Gigi Je Dah Bersih, Rupanyaaa 🦷
Hi lemon8 🍋 Masih ramai tak tahu, karang gigi boleh hilang dengan rutin harian yang betul 🦷✨ Myn mula jaga oral care routine dengan guna water floss + ubat gigi berfluorine, dan hasilnya memang nampak! Water floss bantu buang sisa makanan dekat area yang berus gigi tak boleh capai 💧 Sement
Love, Myn

Love, Myn

40 suka

Lihat lagi