Melawan Arus

Aku jenis melawan Arus, baik pekerjaan, menuntut ilmu Agama dan sebagainya. Kalau bekerja aku tidak sesekali akan tunduk pada arahan yang melanggar etika kemanusiaan. Prinsip hidup aku bekerja kerana Allah dan menjaga Agama ku sebaik mungkin. Begitu juga dalam menimba ilmu Agama, jika aku dapati tidak menyamai apa yang di ajar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maka aku tinggalkan.Hidup jangan jadi macam lembu, mudah sesiapa tarik hidung kita untuk ikut jalan tuju jalan yang salah. Sebab itu aku susah dan tak mampu hidup mewah, namun aku tetap bersyukur pada Allah kerana kaya dengan pengetahuan. Melihat Golongan Munafik dari ketrampilan diri yang menarik cukup membuat aku muak dan menjauhkan diri dari mereka. Berselindung disebalik hujah-hujah Agama dan bermulut manis tapi hakikatnya menipu orang awam. Dengan manusia bolehlah kau tipu tapi dengan Allah dan hamba-hambaNya yang ikhlas tak mudah di perdayakan. Sebaliknya mereka menipu diri sendiri. Perangai manusia sebiji macam Bangsa Jin, sebab itulah ketika Allah hendak menjadikan Adam Alaihissalam sebagai Khalifah di muka bumi semua Malaikat menentang pada awalnya. Kata Para Malaikat, tidak cukupkah kami yang sentiasa bertasbih padaMu siang dan malam. Bukti sudah ada bagaimana Bangsa Jin berbunuhan sesama sendiri, inikan pula Adam yang akan menjadi perosak seperti lakunya Bangsa Jin. Namun Allah tetap perintahkan Para Malaikat sujud pada Adam Alaihissalam kecuali Azazil ketua Malaikat. Ketika awal kejadian Jin di muka bumi, tiada satu pun Para Malaikat menentang sebab mereka tiada pengetahuan dan penyaksian. Setelah beribu tahun Bangsa jin semakin ramai dan saling berbunuhan sesama sendiri maka barulah Para Malaikat ada pengalaman dan berani bersuara. Tapi sebenarnya pencipta Adam Alaihissalam untuk menguji Para Malaikat dan menjadi panduan kepada kita Umat Manusia mengambil iktibar tetapi ramai yang buta hati. Azazil di laknat hingga menjadi Iblis sebab keegoannya tidak mahu sujud pada Adam Alaihissalam. Sejahat-jahat Iblis hanya tidak mahu sujud pada Manusia yang bernama Adam. Padahal dia yang paling kuat sujud pada Allah. Tapi manusia pada hari ini, sujudpun tak nak lagi pada Allah. Siapa sebenarnya lebih kurang ajar dan biadap pada Allah Azzawajalla?, Ibliskah atau Manusiakah???. Kita benci Syaitan dan Iblis tapi cenderung mengikuti jalan sesat mereka. Kita mengagungkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tapi dalam masa yang sama berpecah belah akibat fahaman yang berbeza. Yang berjaya melaksanakan sunnah Nabi tapi hal-hal ghaib hanya teori. Yang menguasai perkara ghaib tapi lemah dalam melaksanakan Sunnah Nabi seutuhnya. Bahkan kebanyakan mereka yang ada penyaksian ghaib tertipu dan tidak dapat membezakan yang mana datang dari Allah dan yang mana angkara muslihat Iblis dan Syaitan dalam memperdayakan mereka. Bukan mudah nak jaga Iman, kita akan di uji dari berbagai arah dalam masa yang sama. Aku dah macam-macam cara cuba diperdayakan tapi Allah tolong aku menghindari kesesatan tersebut. Jujur aku akui padanya memang terjebak tapi berkat doa Allah kabulkan dengan selamatkan aku dari tipu muslihat Syaitan yang terdiri dari Bangsa Jin dan Syaitan. Pengalaman mengkaji Agama lain macam Kitab Injil, Buddha, Hindu, Baha'i dan Golongan Atheis cukup menyandarkan aku bertapa telah berjaya Iblis meracuni fikiran mereka untuk memesongkan kebenaran. Al-Quran memang tidak mampu di ubah tapi malangnya tafsiran di manipulasi oleh Agamawan yang cinta duniawi dengan mengikut pandangan mereka. Munculnya berbagai Mazhab tapi hanya 4 Mazhab sepakat dibenarkan namun tetap mereka ikut apa yang sesuai dengan kehendak mereka. Cakap memang hebat tapi perlaksanaannya sekerat sahaja. Saling tuduh-menuduh Penunggang Agama dan Wahabi sesama mereka. Padahal mereka satu Parti hanya berbeza pandangan menjadi musuh?, pelik bin ajaib. Itu belum lagi cerita berbeza Kepartian, hancur siratulrahim gara-gara tamakkan kuasa. Janji tinggal janji dan Agama terabai pada akhirnya. Tak hairanlah sebab Agama akan menjadi terasing dipermulaan akhir zaman kini. Semua telah tertulis dan diterangkan pada zaman dahulu. Manusia Era Moden menganggap Agama tidak relevan lagi. Bila Agama hanya ikut-ikutan maka Iman cacar-marba. Masing-masing yang punya Iman terpaksa menyendiri selamatkan keimanan seorang diri. Kita ni degil macam Bangsa Jin jugak, tak ambil iktibar dari kejadian dahulu kala. Taubat lada kata orang, insaf hanya seketika saat musibah... kemudian lalai kembali. Kita tidak nampak Neraka seperti Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sebab itu kita tak takut. Dunia yang sedang berperang dan huru hara pun hanya sedikit sahaja yang sedar. Allah tidak hentikan peperangan sebab Umat Islam tidak bersatu. Kita sibuk pertikaikan Bangsa Arab tidak sepakat menentang kezaliman tapi Bangsa Melayu sendiripun berpecah-belah. Pada akhirnya kita tunggu dan lihat kesudahannya adakah akan berakhir musibah ini atau semakin teruk jadinya. Bila Agama di belakangkan maka Kemurkaan Allah semakin luas. Dan bila ditimpakan bala! orang baik pun jadi mangsa. Fikir-fikirkanlah...

3/16 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman hidup melawan arus bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam perjalanan saya menuntut ilmu agama dan menjalani kehidupan, saya juga menghadapi pelbagai cabaran yang menguji keteguhan iman dan prinsip saya. Terkadang, saya merasa asing di tengah-tengah masyarakat yang lebih mengutamakan kemewahan dan status duniawi daripada nilai keimanan yang sebenar. Saya belajar bahawa mempertahankan prinsip bukanlah sekadar soal kata-kata, tetapi perlakuan yang konsisten walaupun dalam keadaan sukar. Melihat sendiri bagaimana golongan munafik menggunakan agama sebagai topeng untuk kepentingan peribadi membuatkan saya lebih berhati-hati memilih siapa untuk dipercayai dan dijadikan inspirasi. Saya berusaha menjauhkan diri daripada mereka yang hanya pandai bermadah tetapi kosong di jiwa. Penting juga untuk kita memahami bahawa kita sebagai manusia kerap tergoda oleh tipu daya Syaitan dan gangguan bangsa jin yang cuba menyesatkan. Oleh itu, pengetahuan agama yang tepat dan doa yang ikhlas menjadi benteng dari kekeliruan serta pengaruh negatif. Saya turut menelaah ajaran agama lain sebagai perbandingan agar semakin mantap dalam keimanan dan tidak mudah terpedaya oleh tafsiran yang salah. Perpecahan dalam umat Islam amat menyedihkan saya. Walaupun berbeza pandangan, saya percaya kita harus mencari titik persamaan dan menjaga persaudaraan demi menghadapi cabaran zaman yang semakin mencabar. Kita harus sedar bahawa ketidaksatuan hanya mengundang bala dan kemusnahan lebih besar. Dalam era moden, di mana agama dianggap kurang relevan oleh sesetengah pihak, usaha menjaga keimanan harus lebih gigih. Membina kesedaran dalam diri sendiri dan orang sekeliling tentang pentingnya nilai agama adalah kunci untuk memulihkan ukhuwah dan menangkis fitnah akhir zaman. Saya juga percaya bahawa setiap ujian yang dihadapi merupakan peluang untuk menguatkan iman dan merendah diri kepada Allah. Kesimpulannya, melawan arus bukan sekadar sebuah pernyataan, tapi satu perjuangan seumur hidup. Ia memerlukan keberanian, keikhlasan dan kesabaran yang tinggi. Namun ganjarannya amat besar — ketenangan hati dan keberkatan dalam hidup. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus istiqamah di jalan yang benar dan menjauhkan diri daripada segala bentuk kejahatan serta kesesatan.

2 komen

Imej MAKTS
MAKTS

Alhamdulillah

Lihat lagi(1)