Buat baik ada makna tu
Manusia ni kalau semua sempurna tak pernah bersyukur, malah lupa pada yang Esa. Hanya golongan yang sedar kekurangan diri dekat dengan Allah macam bekas gangster yang dah bertaubat. Orang cacat, buta dan miskin. Mereka sentiasa dekatkan diri dengan Allah Mohon Pertolongan. Aku nak kongsi satu kisah menarik tentang seorang buta yang kuat beribadah dan suka sangat berjemaah di Masjid. Dari rumah nak ke Mesjid agak jauh namun tetap pergi kerana faham bertapa besar pahala solat berjemaah. Satu hari seperti biasa ketika sedang berjalan menuju ke Rumah Allah, keadaan cuaca di langit agak mendung. Orang tua yang buta jalan perlahan-lahan penuh hati-hati. Angin mulai kuat sedikit membuat orang buta tersebut terhoyong-hayang menahan angin. Tiba-tiba tersadung batu menyebabkan beliau tergelincir lalu jatuh ke tanah. Perlahan-lahan beliau bangun dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Hujan renyai-renyai mulai turun menyebabkan permukaan jalan tanah menjadi lecak sedikit. Ini menyukarkan si buta untuk bergerak pantas kerana kasutnya sering terpijak lopak air. Perjalanan tetap diteruskan dengan semangat yang waja. Tapi nasibnya sedikit malang terpijak lopak air yang dalam lalu tersungkur kerana tidak dapat mengimbangi badannya. Habis pakaian kotor tapi tak mematahkan semangatnya untuk terus maju ke Rumah Allah. Hujan mulai lebat dan permukaan tanah yang banyak batu-batu kecil yang licin menyukarkan lagi langkahnya. Sekali lagi terpijak batu besar yang licin lalu hampir jatuh, mujur ada seseorang yang sambut sambil berkata " Pakcik nak kemana ni? " tegurnya dengan sopan. " Pakcik nak ke Mesjid. " jawab si buta ringkas. " Ooohhh... tak apa, mari saya pimpin sampai ke Mesjid ya Pakcik." Pemuda tersebut menemani orang tua yang buta sampai ke luar pintu Mesjid lalu berhenti. " Dah sampai Pakcik." katanya dengan lembut penuh budi bahasa. " Terima Kasih lah anak muda, jom lah masuk solat sama-sama." ajak si buta tersebut. " Tak boleh Pakcik! " jawab pemuda dengan ringkas. " Tak boleh, kenapa?." tanya orang tua buta penuh kehairanan. " Saya Iblis!." jawabnya dengan jujur. Si buta terus ketakutan dan menggeletar seluruh tubuh badannya sambil berkata " Kau Iblis?!!! kenapa kau tolong aku???." Maka Iblis pun menjawab " Terpaksalah Pakcik, sebab kali pertama Pakcik jatuh! seluruh dosa Pakcik Allah ampunkan. Kali kedua Pakcik jatuh! seluruh dosa-dosa keluarga Pakcik terhapus. Kalau lah saya tak tolong sambut Pakcik kali ketiga dan jatuh, seluruh penduduk kampung ni jugak Allah ampunkan dosa-dosa mereka sebab Pakcik seorang. Jadi saya tolong kerana segala usaha saya menghasut mereka berbuat kejahatan tiba-tiba dosa mereka terhapus kerana amalan Pakcik, maka sia-sialah usaha saya selama ini." terang di Iblis panjang lebar. Orang tua yang buta terdiam dan menggeletar ketakutan, si Iblis terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan Masjid dan ghaib menghilang. Orang ramai berpusu-pusu menghampiri si buta yang masih tercegat ketakutan dan membisu tak mampu bersuara bila orang ramai bertanya. Lalu si buta di papah masuk ke dalam Mesjid oleh Jemaah di situ. Kisah si Iblis berbuat baik demi kepentingan diri boleh disamakan dengan sikap kebanyakan manusia pada hari ini seperti bila berkebajikan berpuak-puak. Kuat sembahyang untuk menunjuk baik agar dipuji. Bersedekah tunjuk dan bercerita pada orang ramai. Dan banyak lagi perbuatan yang nampak baik di sisi masyarakat tetapi di dalam hatinya penuh muslihat dan ada kepentingan diri serta tidak ikhlas terhadap Allah. Jadi! sifat-sifat Iblis inilah yang banyak orang ikuti pada akhir zaman sekarang. Pada makhluk mereka boleh tipu namun di sisi Allah mereka tidak mampu sembunyikan kebohongan diri. Allah tahu isi hati setiap hamba-hambaNya. Hairanlah sikap kebanyakan manusia, mulut benci pada Iblis tapi perbuatan dan tingkah lakunya sering mengikuti jalan-jalan Iblis. Fikir-fikirkanlah...



















![Buku terbuka menampilkan kutipan Al-Qur'an (QS. Al-Hajj [22]: 77) tentang rukuk, sujud, dan berbuat baik. Teks di atasnya: "Yang kita takutkan bisa datang tiba-tiba, yang kita jaga pun bisa pergi seketika."](https://p16-lemon8-cross-sign.tiktokcdn-eu.com/tos-alisg-i-sdweummd6v-sg/fed2f3fb45624f92abf89f5508987c68~tplv-sdweummd6v-shrinkf:640:0:q50.webp?lk3s=66c60501&source=seo_middle_feed_list&x-expires=1812391200&x-signature=51C8M%2Bv0md96s4VDF2xq7i6VM50%3D)
































