Islam pada akhirnya akan menjadi Asing

Dulu masa mula-mula Islam sampai kepada manusia, mereka merasa asing dengan Agama ini. Setelah berkembang seluruh Alam bahkan untuk sekelian makhluk baik Jin mahupun manusia. Sedikit demi sedikit Agama kembali menjadi asing pada akhir zaman. Islam yang ada hanya ikut-ikutan sahaja. Tiada daya usaha untuk mendalami dan memahami tujuan kita beragama. Kalau setakat cukuplah aku Islam, tiada jaminan matimu dalam keadaan Islam. Kewajipan kita sebagai hamba untuk mempelajari, mengkaji dan memahami apa itu Islam yang sebenar. Bukan setakat mewarisi Agama Islam dari keturunan nenek moyang maka tak perlu ambil tahu kepentingan beragama. Apabila orang tua sudah mengabaikan tanggung-jawab mendidik anak-anak memahami Islam yang sebenar, lalu generasi seterusnya juga menganggap Agama tidak penting lagi. Akhirnya Islam tidak relevan untuk di amalkan pada zaman kemajuan. Bila Orang Tua yang sepatutnya menjadi contoh tidak Solat, anak-anak pun ikut tidak sembahyang dan tak rasa bersalah. Cukuplah jadi baik dah memadai, Allah akan terima amalan baik walau tak Solat. Orang yang sembahyang pun masuk neraka! itu alasan mereka apabila melihat bukti berapa ramai Para Ustaz Penunggang Agama pecah amanah dalam berAgama. Itu bukan alasan untuk mengelak dari tanggung-jawab sebagai hamba Allah. Sebab itu beratus ribu orang Islam telah murtad sebab merasa beragama itu tidak penting lagi. Bila akidah tidak di jaga maka Agama macam penghalang untuk mereka membuat sesuatu yang terlarang. Sedangkan semua Agama mengajar pengikut mereka jangan berbuat kejahatan. Inikan pula Islam Agama yang benar di permain-mainkan oleh penganutnya sendiri. Lepas tu sibuk membandingkan orang yang telah murtad dengan diri sendiri atas alasan, walaupun aku tak Solat! aku tak akan jual Agama aku. Pasti ke kamu masih Islam?, yang dah Murtad sekurang-kurangnya mereka tidak hipokrit. Allah dah asingkan orang-orang Islam yang tidak berminat atas Agama ni lagi sebagai peringatan buat orang Islam sendiri. Tapi mereka terus lalai dan masih berpegang pahala tetap dapat walau tak sembahyang. Tinggi betul angan-angan mereka sampai tak boleh buat bincang lagi dah. Pelacurpun masuk syurga! balik-balik kisah itu dijadikan panduan hidup penuh dongeng. Dunia Islam zaman ini suka kisah-kisah penglipurlara yang penuh pembohongan. Nantilah, tunggu dah tua baru duduk kat Mesjid, dah pencen baru bertaubat dan macam-macam alasan lagi. Padahal mati tak kira tua atau muda, itupun kalau sempat bertaubat. Tapi yang ramai tidak tahu bahawa bila dah pasang niat untuk jadi baik bila dah tua nanti baru nak bertaubat dan sembahyang tak tinggal, maka tertolak semua amal mereka kerana seperti memperlekehkan Agama Islam yang suci ini. Mereka ingat boleh memperbodohkan Allahu Ta'ala! sebaliknya mereka memperbodohkan diri sendiri. Mereka tak sedar apabila terlalu lama bertahun-tahun meninggalkan Solat boleh mengakibatkan terbatalnya iman seseorang. Kalau mati dah bukan Islam walaupun di tanam dan di talkin kan di perkuburan Islam. Orang yang murtad dah tentu masuk neraka! yang tak solat yakin benar pasti masuk syurga akhirnya setelah segala dosa di seksa di dalam Neraka buat sementara, sebab Islam adalah Agama yang sebenar. Berangan Mat Jenin golongan ni, padahal terus meringkuk dalam neraka buat selama-lamanya. Yang sedih ada Pendakwah boleh pulak macam menyokong orang yang tak sembahyang ni dengan dakwah yang merapu. Yang penting ramai pengikut, maka di ucapkan kata-kata nasihat penuh angan-angan dengan amalkan doa itu dan doa ini akan menyelamatkan kita dari azab kubur dan seksa Neraka. Guru Mursyid yang benar dengan tegas menyatakan, meninggalkan solat Kafir!. Tapi golongan penunggang Agama cakap Kafir yang di maafkan. Tujuan mereka supaya dapat menahan golongan yang tidak lagi berminat jadi orang Islam agar mereka tidak malu di muka dunia yang Agama ni sudah berkurangan Umatnya. Malu kalau Agama lain tahu ramai yang dah keluar Islam. Padahal itu yang sebaik-baiknya mereka keluar dari Agama Islam daripada menjadi contoh yang tak baik pada Agama itu sendiri. Allah tak perlu hamba-hambaNya yang kurang ajar macam ni. Dan Allah akan gantikan bertambah ramai lagi orang akan masuk Agama Islam kerana benar-benar cintakan Agama ini dengan penuh keikhlasan dan keyakinan yang dalam. Kalau betul sayangkan Agama Islam yang benar ini, jangan bertangguh-tangguh melaksanakan tanggung-jawab seorang Muslim. Nama saja Islam! tapi perbuatan menyamai Agama lain. Ada yang Solat hanya pada Hari Jumaat sahaja tiap-tiap minggu macam orang Kristian sembahyang seminggu sekali pada hari Ahad di Gereja. Lepas tu ada hati nak merendahkan Agama lain, padahal Agama sendiri pun tak terjaga. Bila Hari Raya, penuh Masjid Solat setahun sekali, lepas tu tak solat dan tunggu tahun depan pulak. Dah macam bermusim dia buat Agama ni. Bila kebenaran di lemparkan untuk golongan pemalas ni, tak boleh terima. Kau siapa nak menghukum?!. Sedikit pun tidak rasa bersalah pada Allah, malu jauh sekali. Bahkan orang yang menasihati demi kebaikan mereka di musuhi dan berdendam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; " Tuntutlah 3 SERANGKAI sendi Agama dan jadikan 1 iaitu dengan menuntut Ilmu Tauhid, Faekah dan Tasawuf! barulah sempurna Imanmu ( Islam ). Belajar, mengajar dan beramal. Fikir-fikirkanlah...

6/23 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang telah lama mengikuti perkembangan umat Islam di Malaysia, saya melihat dengan jelas betapa pentingnya untuk kembali kepada asas agama agar Islam tidak menjadi asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Ramai di kalangan kita kini terjebak dalam amalan agama yang sekadar ritual atau ikut-ikutan, tanpa memahami maksud dan hikmah di sebalik setiap rukun Islam. Saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana golongan muda hilang semangat untuk mendalami ilmu agama, terutama apabila dididik secara formal dan tradisional yang kurang menarik dan kurang menjawab persoalan mereka. Oleh itu, saya percaya isu utama adalah kurangnya pendidikan agama yang holistik dan relevan kepada cabaran zaman sekarang. Misalnya, ketika Ramadan terakhir pada tahun 2026, saya perhatikan ramai yang hanya menghadiri solat tarawih dan solat Jumaat sahaja. Namun selepas itu, mereka jarang menunaikan solat lima waktu secara konsisten. Ini menggambarkan fenomena "agama bermusim" yang disenaraikan dalam artikel. Pengalaman saya menunjukkan bahawa untuk mengatasi masalah ini, pendidikan Islam harus merangkumi tiga aspek penting yang disarankan oleh Rasulullah SAW iaitu ilmu Tauhid, Fiqh, dan Tasawuf. Dengan memahami Tauhid, kita dapat memperkukuh keimanan; Fiqh membantu kita dalam pelaksanaan ibadah dengan betul; dan Tasawuf memperbaiki akhlak serta hubungan dengan Allah. Selain itu, peranan keluarga sangat kritikal. Apabila anak-anak dibesarkan dalam keluarga yang mengabaikan solat dan tiada usaha mendidik aspek agama secara mendalam, mereka akan menganggap agama itu tidak relevan. Saya sarankan agar ibu bapa mengambil inisiatif untuk sentiasa memupuk minat anak-anak kepada Islam melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mudah difahami, bukan sekadar mengharapkan mereka mengikuti amalan tradisi sahaja. Fenomena ramai yang mencari-cari alasan untuk tidak solat, dan dakwaan bahawa amalan baik tanpa solat masih diterima, harus segera diluruskan dengan penjelasan berterusan melalui dakwah yang jujur dan berasaskan ilmu. Kita tidak boleh membiarkan anggapan-anggapan ini meresap dalam masyarakat dan akhirnya menghakis keimanan umat Islam. Saya juga berpendapat, Ustaz dan pendakwah perlu lebih ikhlas dan berani dalam menyampaikan kebenaran, bukan hanya mengejar jumlah pengikut semata-mata. Pesan guru mursyid yang benar tentang solat yang ditinggalkan dilihat sebagai kekufuran harus disampaikan dengan hikmah tetapi tetap tegas agar umat tidak terpedaya. Lebih penting lagi, sebagai umat Islam, kita harus sentiasa introspeksi dan memperbaiki diri, belajar dan mengamalkan Islam dengan ikhlas, serta tidak bertangguh untuk bertaubat. Kerana kematian tidak mengenal usia, dan segala amal kebaikan akan sia-sia jika sebelum itu iman kita telah terhakis sebab meninggalkan rukun utama Islam seperti solat. Kesimpulannya, agar Islam tidak menjadi asing lagi, setiap dari kita perlu mengambil tanggungjawab mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam secara mendalam, istiqamah dalam solat dan ibadah, serta membenteras sikap sambil lewa terhadap agama sendiri. Ramai yang telah meninggalkan jalan yang benar kerana kekurangan ilmu dan penghayatan sebenar Islam. Dengan usaha bersama, insyaAllah Islam akan terus hidup dan relevan di tengah dunia yang sentiasa berubah.

4 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Aku sayang Ustaz Ahmad Rizam sebab cara dia mengajar macam Ayah marah anak-nya. Sentiasa risau dengan permasalah orang Islam zaman sekarang yang kebanyakannya lalai dengan duniawi.

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Aku luahkan teguran ni untuk diri aku jugak agar jangan merasa bagus dengan amalan sentiasa. Tanggungjawab seorang hamba sesama Islam adalah saling nasihat menasihati. Takut nanti kat akhirat aku di persalahkan tak bagi teguran.

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

waktu terasa dekat apakah tanda akhir zaman
$ #HelloLemon8 terasa g sih dari b2rpa tahun yg lalu smpai detik ini wktu itu terasa cepat hari ke hari,minggu ke minggu , bulan ke bulan dan tahun ke tahun,,,apakah ini ciri akhir zaman . . yu simakk sampai akhir #2025LebihKuat #HarusGimana #SharingDongBund #ApaKabarDunia @Lemon8IDcon
V33vfitri

V33vfitri

24 suka

Gambar menampilkan teks "NGEJAR AKHIRAT, TAPI MALAH JADI KAYA RAYA?" di atas latar belakang gedung-gedung tinggi perkotaan di bawah langit mendung, dengan logo Lemon8 dan hijratime.
Teks menjelaskan bahwa mengejar akhirat bisa membuat kaya, mengutip hadits tentang Allah menghimpun urusan dan memberi kekayaan hati, dengan logo Lemon8 dan hijratime.
Teks menjelaskan makna "Allah menghimpun urusanmu" sebagai Allah akan menyelesaikan semua masalah, melancarkan urusan, dan memberikan bantuan, dengan logo Lemon8 dan hijratime.
Ngejar akhirat, tapi malah jadi kaya raya?
sc ig : @hijratime #pengetahuan #ilmubermanfaat #growthmindsest #growthwithlemon8
kaybloom

kaybloom

59 suka

Gambar ini menampilkan judul "24 Jam Dapat dunia & akhirat" dengan foto profil pengguna Lemon8 di pojok kiri bawah, mengindikasikan panduan amalan harian untuk keseimbangan dunia dan akhirat.
Gambar ini merinci jadwal amalan "Pagi Hari" yang meliputi Sholat Tahajjud, Dzikir & Al-Quran (Doa Nabi Yunus, Sholawat, Al-Waqiah, As-Sajadah, Al-Kahfi), serta Sholat Subuh dan dzikir pagi.
Gambar ini menunjukkan jadwal amalan "Siang Hari" yang mencakup Sholat Dhuha, membaca Surah Ar-Rahman, Dzikir Ayat 1000 Dinar, melanjutkan aktivitas, serta Sholat Sunnah qabliyah dan Sholat Dzuhur.
Amalan surah penyelamat dunia-akhirat
Dalam ajaran Islam, kehidupan dunia dan akhirat harus seimbang. Artinya, kita tidak boleh terlalu fokus pada dunia hingga melupakan akhirat, dan sebaliknya, juga tidak boleh terlalu fokus pada akhirat sehingga mengabaikan kehidupan dunia. Keseimbangan ini penting karena dunia adalah ladang amal unt
malawlndr_

malawlndr_

19 suka

sahabat dunia akhirat
sahabat itu bukan hanya yang sekedar mengajak untuk maen sana sini happy2,tapi harus yang mengajak kita menjadi manusia yang lebih baik yang bisa mengajak untuk lebih taat k Allah #sahabatislami #salingmengingatkan #motivasihijrah #hijrahislam #istiqomahhijrah #semangathijrah #Lemon8
Nuraeni

Nuraeni

40 suka

Lihat lagi