Dunia untuk orang patuh
Dunia ini untuk orang patuh! kalau setakat baik saja, orang kafir pun banyak buat kebaikan. Baik sahaja tak cukup kalau tak Solat. Allah cipta kita kat dunia ni suruh patuh pada Dia! barulah buat baik dapat pahala. Kepatuhan itu adalah kewajipan tiap-tiap hamba ciptaanNya tanpa terkecuali. Kalau suka buat perbandingan antara jahil dan Agamawan semata-mata adalah tidak adil. Sebab! timbangan dosa seorang Ustaz dengan orang jahil berbeda. Ini contoh ya, orang jahil ni curi duit tabung Masjid. Yang Ustaz ni pecah amanah ambil duit tabung Masjid jugak. Perbuatan mencuri itu sama, tapi timbangan dosa tak sama. Aku terangkan lebih details lagi, Budak Tahfiz curi epal, orang jahil pun curi epal. Dua-dua dapat satu dosa. Dosa si jahil kalau di timbang katakanlah 1 gram. Manakala dosa orang faham Agama bila di timbang 1 kilo. Kan banyak perbezaan tu. Begitu juga bila buat kebaikan yang sama. Yang jahil Agama sedekah seringgit kat pengemis. Yang faham Agama pun sedekah seringgit pada pengemis yang sama. Tapi timbangan pahala kedua-duanya berbeza. Yang jahil pahalanya bila di timbang 10 kilo, sebab Allah Maha Adil. Jika buat kebaikan pahala mencurah banyak. Jadi yang faham Agama tadi dengan sedekah seringgit bila di timbang kebaikannya 100 kilo. Ini contoh sahaja ya, sebab aku tak tahu berapa banyak pahala yang akan diberiNya pada orang baik. Cuma ada perbezaan timbalan amal kebaikan seseorang. Tak adil lah kalau orang jahil dan Agamawan curi benda yang sama tapi timbangan dosa sama jugak. Sebab itu Neraka ada 7 tingkat dan syurga pun 7 tingkat. Tapi walaupun neraka ada 7 tingkat, semua tu untuk orang jahil. Kalau nak ikutkan ada 8 tingkatan neraka, cuma satu ini istimewa sikit di panggil Neraka We'il khas untuk Ahli Ibadah sahaja. Sebab mereka golongan Agamawan tapi tak terlepas dari melakukan dosa dengan berbagai asbab. Sebagai contohlah! Ustaz ni mengajar Hadi's, tapi yang Maudhu, Dhaif dan palsu pun dia ajar jugak. Jadi! dia di humban kedalam Neraka We'il sebab campur aduk Ilmu Agama dan banyak mengajar sesuatu perkara yang Nabi tak buat, macam amalan Bidaah. Sebab itulah pentingnya menguasai Ilmu Agama. Faham dengan hati Nurani. Patuh pada semua Perintah Allah dan Rasulnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Jangan terpedaya dengan kata-kata orang yang tak solat, dan biarkan Para Agamawan Penunggang Agama tunjukkan sifat munafiqnya! mereka bakal di hukum Allah seberat-berat seksaan di Akhirat kelak. Dunia mereka boleh lepas, tapi kat Akhirat tahulah nasib mereka. Yang faham Agama masuk Neraka walaupun mereka Sembahyang sebab pecah amanah! yang tak sembahyang lagi confirm masuk neraka. Apa yang susahnya nak berfikir dan buat perbandingan?. Aku ulangi lagi sekali, Dunia ini untuk orang patuh pada Allah dengan melaksanakan segala PerintahNya melalui beribadah kepadaNya. Tentang kebaikan yang kamu lakukan sesama Makhluk sudah tentu ada dapat pahala yang besar di sisi Allah. Yang baik saja tapi tak solat! dapat dosa dan buat baik langsung tak dapat pahala. Jangan perasanlah nak dapat kebaikan tanpa sujud pada Allah Pemilik jiwa ini. Bila dah patuh dan buat kebaikan sesama manusia, barulah dapat kejayaan dunia dan akhirat. Fahamkan?, fikir-fikirkanlah...









Sentiasa dalam ingatan dengan doa dan telah bersedekah di tabung Masjid agar pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh buat Allahyarham Dato' Haron Din, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Ismail Kamus dan H. Mahmud Yunus 🤲 Amin Amin Amin