Apa itu Neraka We'il?
Kita sebagai orang awam hanya tahu Syurga ada 7 dan Neraka ada 7. Tapi yang mendalami Ilmu Agama khususnya Ahli Pondok, Syurga ada 7 dan Neraka ada 8. Yang 7 tingkatan Neraka itu untuk orang awam macam kita. Yang lagi satu di khaskan untuk orang yang menguasai Ilmu Agama tapi berpuak-puak dan pecah amanah, Golongan Ahli Ibadah ini di masukkan ke dalam Neraka We'il. Ada satu kisah tentang satu Ahli Ibadah yang telah berjaya di soal jawab dengan Allah atas amalan baiknya sewaktu di dunia. Ketika hendak melangkah masuk ke dalam Syurga, Ahli Neraka berteriak kepada Allah agar orang Alim tersebut di larang masuk ke Syurga. Terkejut Ahli Ibadah tersebut lalu bertanya kepada Penghuni Neraka. Dosa apakah aku pada engkau orang semua?. Urusan aku dengan Allah dah selesai. Apa hal engkau orang nak tahan aku masuk syurga?. Maka jawablah Penghuni Neraka beramai-ramai dengan lantang dan marah seraya berkata; Kamu tahu Agama Islam itu benar! kenapa tak sampaikan pada kami?. Kamu tahu Al-Quran itu Kitab Allah, kenapa tak ajar pada kami?. Kamu berpuak-puak dalam menyampaikan Dakwah! kamu tidak bersungguh-sungguh meyakinkan kami, yang Islam itu Agama yang benar untuk di anuti. Kamu tidak layak masuk syurga!!!. Jerit Ahli Neraka minta keadilan pada Allah. Akhirnya Orang Alim tersebut di humban ke dalam Neraka We'il kerana tidak amanah sepenuhnya pada Perintah Allah. Tidak melaksanakan Dakwah seperti yang telah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tunjukkan. Lihat! bukan mudah jadi Orang Alim kepada Agama Islam yang benar. Berat tanggung-jawab kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Orang-orang Kafir sentiasa tidak berpuas hati walaupun telah berada di dalam Neraka. Mereka sentiasa mencari kesalahan Para Ulama atas kecuaian mereka tidak menyampaikan Dakwah secara individu. Seorang Ustaz pernah berkata, maklumat tentang Agama Islam dan Al-Quran mudah di dapati di mana-mana. Kenapa tak berusaha untuk mencarinya. Padahal Ustaz itu salah besar perkataannya kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri ketika menyampaikan Dakwah bertemu dengan orang ramai yang bukan Islam. Terima atau tidak itu bukan urusannya, kerana Hidayah milik Allah. Tapi sekurang-kurangnya terlepas dari di pertanggung-jawabkan di akhirat kelak oleh golongan kafir yang tidak berpuas hati. Fikir-fikirkanlah...




































