Kisah Sultan Iskandar Syah dan Cheng Ho @ Zheng He
Pada Era Dinasti Ming, Melaka menjalinkan persahabatan dengan China untuk menjadi pelindung dari serangan Siam. Setiap Tahun Kesultanan Melaka akan membayar wang perlindungan berupa duit bunga emas. Peranan besar Cheng Ho adalah membawa Saudagar Arab ke Pelabuhan Melaka untuk membantu melebarkan kuasa Perdagangan ke seluruh dunia. Cheng Ho Beragama Islam dari keturunan Ibu Bapanya sebelum Dinasti Ming lagi. Lagipun sebelum kewujudan Melaka, China telah pun berlabuh di sebuah pantai berdekatan Bukit ( sekarang di gelar Bukit Cina ) pada Era Dinasti Tang 907 Masehi. Buktinya banyak Artifak Dinasti Tang bertaburan di Pulau Besar Melaka dan seluruh kawasan yang kini di dirikan Kubu A' Farmosa peninggalan Portugis pada 1511. Satu hari Sultan merasa hairan melihat pergerakan Seorang Saudagar Arab bersembahyang tidak jauh dari pantai. Perasaan ingin tahu maka bertanya kepada Cheng Ho, apa yang sedang dilakukan Saudagar Arab tersebut. Kerana ketika itu Sultan Melaka beragama Hindu sejak zaman Parameswara lagi. Lalu Cheng Ho menerangkan Saudagar Arab tersebut sedang Solat kerana itu adalah rutin untuk Orang yang beragama Islam. Cheng Ho di percayai datang dari Keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sewaktu melebarkan Ajaran Islam dahulu ketika Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam masih hidup. Selepas Arab Islam mula di sebarkan ke Negara China dan menjadikannya Bangsa kedua terawal menerima Agama Islam. Dengan panjang lebar Cheng Ho menerangkan kepada Sultan tentang Islam. Di takdirkan Allah, pada malam hari ketika sedang beradu, Sultan Melaka bermimpi bertemu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila terjaga dari tidur, tahu-tahu telah di sunat. Perkara tersebut yang penuh Mistik di ceritakan kepada Cheng Ho. Dan Cheng Ho memanggil Saudagar Arab untuk mentafsirkan mimpi tersebut. Kata Saudagar Arab bahawa itu memang Baginda Rasullullah Shallallahu Alaihi Wasallam berdasarkan ciri-ciri yang telah di ceritakan oleh Sultan Melaka kepada mereka berdua. Dan dengan izin Allah maka masuklah Sultan Melaka dengan ikhlas menganut Agama Islam dan di gelar Sultan Iskandar Syah. Oleh kerana kepercayaan orang Hindu bahawa Ketua Negara seperti Tuhan! maka seluruh Rakyat Beragama Hindu masuk Agama Islam menuruti Ketua mereka. Maka jadilah Negara Malaysia kini Negara Islam atas takdir Allah. Sebab itulah Bangsa Melayu masih mengamalkan adat budaya Hindu seperti Bersanding, berinai, pasang pelita di bulan Ramadhan dan banyak lagi ( sebahagiannya telah ditinggalkan budaya tersebut atas Perintah Jabatan Agama Islam seperti Puja Pantai dan sebagainya ). Apabila Sultan Iskandar Syah memeluk Agama Islam, Pelabuhan Melaka semakin maju jaya dengan pantas. Maka Saudagar Arab telah menyarankan di wujud Jawatan Mufti untuk hal ehwal Agama Islam pada permulaan Kerajaan Melayu Melaka. Dahulu Rakyat Melaka memang berbangsa Melayu, cuma Agama mereka sebelum Islam adalah Agama Hindu yang di warisi dari Pemerintahan Parameswara ( sehingga kini salasilah keturunan Parameswara masih wujud di Indonesia ). Kemasyhuran Pelabuhan Melaka telah menarik ramai para Pedagang dari seluruh dunia untuk berdagang di sini. Ramailah orang-orang luar dari berbagai Negara datang mencari pekerjaan di sini. Dan ada di antara mereka beranak pinak sehingga Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai berbagai Rakyat Berbilang kaum dan Agama hidup harmoni. Kejayaan Melaka sebagai Pusat Pelabuhan Antarabangsa menjadikan beberapa Negara mulai menghantar pengintip untuk mencari peluang menjajah Melaka suatu hari nanti. Dan terbukti apabila Portugis menyerang Melaka beberapa tahun kemudian dengan bantuan Bangsa Melayu sendiri yang menjadi tali barut serta pengkhianat Bangsa. Moral dari kisah-kisah ini, apabila sesebuah Negara semakin maju maka datanglah berbagai anasir jahat untuk merosakkan Bangsa Melayu dan menyesatkan Agama Islam dengan di datangkan fahaman Syiah. Para Pembesar pada Zaman selepas Di pimpin oleh Sultan Mansur Syah mulai cinta dunia dan tamak haloba dengan kuasa dan kekayaan. Maka tidak hairanlah pada Pemerintahan Sultan Mahmud menjadi seorang Ketua yang zalim kepada rakyatnya sendiri. Sanggup membelah perut perempuan mengandung hanya kerana mengidam nangka, sebab itulah Laksamana Bentan menikam ibu jari kaki Sultan Mahmud sehingga kisahnya di filemkan dengan tajuk Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Kemasyhuran, kekayaan, kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah melalaikan mereka dengan dunia, sedikit demi sedikit Agama Islam kembali menjadi asing pada Zaman seterusnya sehinggalah ke hari ini semakin teruk di akhir zaman. Al-Quran telah Allah ceritakan melalui kisah-kisah orang sebelum dari kita yang lupa diri lalu Allah timpakan azab. Tapi manusia mudah lupa dan mengulangi lagi perbuatan yang di Murkai Allah. Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada mereka yang masih ada iman untuk di jadikan panduan hidup agar jauh dari cinta duniawi. Fikir-fikirkanlah...
















































boleh tak tuan jelaskan apa itu konsep daulat..saya pernah terdengar ada orang cakap ...tak tahan daulat,bila memperlakukan atau menzalimi golongan berdarah Raja/Sultan atau kerabat maka orang itu akan terkena musibah..apa pendapat tuan