Anak Perantau

Syukur Alhamdulillah, sepanjang dah hidup 57 Tahun! seluruh Semenanjung Malaysia dah aku terokai. Bila merantau tempat orang, pertama tak boleh pilih kerja. Jaga adab dan hormati di rantau orang. Jika tidak kerana baru-baru ini di timpa musibah pada awal Tahun 2026, teringin nak ke Sabah dan Sarawak untuk pecahkan rekod peribadi merantau seluruh Malaysia. Setakat ni hanya berjaya dalam Semenanjung Malaysia sahaja. Sepanjang merantau aku dah bekerja bermacam-macam jawatan dari yang tinggi sampailah yang terendah. Yang penting halal dan di berkati Allah Subhanahu Wata'ala. Antara pekerjaan yang telah aku jawat seperti Manager, Supervisor, Customer Service, Bouncers, Pegawai Ronda, Ketua Pengawal, Buffer, Waiter di Cafe, Pembantu Dapur Kantin Sekolah, Pembancuh Air Warung, Cuci pinggan mangkuk di UIA, Tukang Sapu, dan banyak lagi tiba-tiba tak ingat nak tulis. Selain daripada itu aku bekas Anak Seni dan masih aktif dalam Persatuan Seniman Malaysia walaupun dah tinggalkan Bidang Lakonan dan Penulisan Skrip serta Lirik Lagu. Dari pengalaman bergaul dengan orang atasan dan bawahan banyak menyedarkan aku tentang sikap kebanyakan manusia. Pernah kerja di Muzium dan penulis sejarah belakang tabir. Walaupun pengalaman luas tapi sikap ego aku tak nak tunduk pada tekanan menyebabkan sukar dapat kejayaan. Maksud aku dalam menjalankan tugas jangan sampai menindas orang bawah, jangan memperbodohkan manusia, jangan jadi macam lembu di tarik hidung untuk ikut kemana hala tuju Majikan yang miskin sifat Insan. Nampak orang bawahan tertindas, kita tutup mata tak nak membela. Aku bukan jenis manusia macam tu! apa guna aku belajar Agama tapi buat bodoh biarkan orang bawahan teraniaya. Aku lebih rela berhenti kerja dari bersubahat. Sebab itu hidup aku susah. Kalau aku penting diri dan tak pedulikan orang lain, dah lama aku hidup senang lenang. Hidup mesti berprinsip dan berperikemanusiaan. Agama di dahulukan dalam apa situasi pekerjaan sekalipun. Kerana dosa dengan Allah ada keampunan asalkan tidak syirik. Dosa sesama manusia sangat berat, di akhirat nanti kita di minta pertanggung-jawabkan. Biar miskin harta jangan miskin iman. Ada orang tak kisah buat dosa apa pun sebab di hari tua nanti bertaubat sungguh-sungguh. Dah bersara baru duduk iktiraf kat Mesjid lama-lama. Mereka ingat Allah tu bodoh macam manusia! Dia Maha Mengetahui isi hati kalian. Merancang untuk bertaubat di hari tua belum tentu Allah terima sebab kamu seperti memainkan hukum Allah. Aku pernah di tegur seorang Dato', tak payah solat! masa muda kita enjoy. Dah tua nanti barulah beriktikaf dalam Mesjid bertaubat. Macamlah Dato' tu tahu kita sempat bertaubat! sebab kematian tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin. Sampai masanya kita pun tak tahu bila, alih-alih dah berada di Alam Barzakh! tak ke Naya?. Kita kena sentiasa bersiap sedia menunggu kematian meminang. Kena sentiasa mempertahankan sifat Insan. Pegang Erat Sunnah Nabi yang semampunya dan jaga solat 5 Waktu selagi hayat dikandung badan. Hidayah memang Milik Allah! tapi kita kena Mohon Pertolongan Allah siang dan malam agar penghujung hayat kita tidak mati dalam kesesatan. Fikir-fikirkanlah...

3/22 Diedit kepada

... Baca lagiMenjadi anak perantau bukanlah sesuatu yang mudah, terutama apabila kita berpindah ke tempat baru dan harus menyesuaikan diri dengan budaya serta persekitaran yang berlainan. Dari pengalaman sendiri, saya rasa pentingnya menjaga adab dan hormat kepada orang tempatan serta rakan sekerja kerana sikap tersebut membuka banyak pintu peluang dan memudahkan proses penyesuaian diri. Saya pernah mendengar kata-kata bijak yang menyatakan, "Uban itu adalah adzan dan maut adalah iqamah, sedangkan engkau belum juga bersuci!"—kata-kata ini memberi peringatan supaya kita sentiasa bersiap sedia dari segi rohani dan kehidupan sepanjang perjalanan merantau. Ini bermakna walau kita sibuk bekerja dan menggapai cita-cita, jangan lupa menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa memperbaiki diri. Dalam perjalanan saya, saya bukan sahaja belajar tentang pelbagai jenis pekerjaan, dari pengurusan ke kerja lapangan, tetapi juga belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kadangkala kita akan berjumpa dengan orang yang ego atau mengambil kesempatan, tetapi prinsip hidup yang berasaskan kejujuran dan tidak menindas orang lain membantu saya untuk terus bertahan dan berpegang pada nilai moral. Saya juga berpeluang bekerja di tempat bersejarah seperti muzium dan menulis sejarah, yang mengajar saya betapa pentingnya memahami akar budaya dan sejarah tempatan bagi memperkaya pengalaman sebagai perantau. Selain itu, menjaga solat dan amalan agama menjadi tunjang yang kukuh, memberikan kekuatan dan ketenangan jiwa tatkala menghadapi cabaran hidup. Pada akhirnya, walau hidup ini penuh dugaan, jangan sesekali mengabaikan iman dan prinsip kerana keduanya adalah bekalan paling berharga untuk menghadapi hari tua dan kehidupan selepas mati. Bagi sesiapa yang sedang merantau atau merancang untuk pergi, saya nasihatkan supaya sentiasa bersikap rendah hati, hormat-menghormati, dan sentiasa memohon hidayah dan pertolongan dari Allah agar perjalanan hidup kita diberkati dan dipermudahkan. Jangan lupa juga untuk menjaga hubungan dengan keluarga dan komuniti dekat kerana ia menjadi sokongan emosi yang sangat penting. Sebagai kesimpulan, merantau bukan sekadar mencari nafkah tetapi satu proses pembelajaran dan pertumbuhan diri yang membawa kita lebih dekat dengan erti kehidupan sebenar.

7 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen