Kembaran

Seumur hidup aku, dah 7 orang aku jumpa wajah seiras aku. Kali pertama jumpa budak lelaki muda dari aku dengan rambut kerinting. Kalau waktu muda terserempak pasti orang bilang kembar, beza cuma rambut. Kemudian aku di ekori Special Brunch kerana menyangka aku seorang pengedar dadah. Polis ikut ok lagi sebab nyawa tak terancam, anggap mereka bodyguard aku.Tapi bahayanya bila Gangster kejar! aku pernah hampir kena pukul gara-gara rupa macam pengedar tu. Siap Gangster tengok ic aku nak pastikan orang yang di cari bukan aku. Mereka tunjukkan foto pengedar tu kat aku, cilaka! memang sebijik. Patutlah mata-mata gelap ikut aku. Tak lama kemudian berselisih jalan, kami saling berpandangan. Muka seiras, cuba beza warna kulit. Apabila Ketua Geng Mamak di tangkap, wajahnya terpampang di muka akhbar. Masyaallah! memang muka macam aku, cuma berbeza bangsa dan usia. Nama sama pulak tu! bin aje lain. Patutlah ada kereta hitam berhenti depan aku dulu, tapi aku tak nampak mereka sebab cermin kereta gelap. Itu belum cerita lagi ada kereta hitam parking depan tempat tinggal aku, di dalam kenderaan aku lihat ada banyak teknologi canggih macam cerita James Bond atau kereta Knight Rider yang di gelar Kitt siri TV yang popular dulu. Bila wajah seiras dengan Penjenayah! memang bahaya. Tapi apa nak buat, bukan salah aku muka macam mereka. Dan paling best orang ingat aku Man Bai, masa tu Kumpulan Gersang tengah top. Bila dah tua-tua ni, ketika badan tengah naik! ada orang ingat aku macam Sultan Johor. Aku pulak suka tukar penampilan wajah, kadang bermisai dengan janggut. Adakalanya simpan janggut aje macam sekarang ni. Ada masa simpan misai aje. Jarang sekali muka aku cukur bersih. Tapi masa aku tak simpan misai dan janggut, ada satu Perempuan Cina puji aku, katanya wajah aku macam Pelakon Hong Kong Anthony Wong. Aku tengok kat Google dan mendapati memang serupa sikit. Ketika aku warnakan rambut putih, orang kata muka Macam Najib pulak. Macam-macam gelaran aku dapat bila datang mood nak ubah penampilan wajah. Itu belum lagi ada orang Arab tegur aku, katanya muka macam adik dia kat Saudi Arabia. Seorang lagi kakak jumpa aku, sangkanya aku adik kandungnya yang hilang. Sedih tengok wajah Kakak tu tenung lama-lama rindukan adik dia pergi entah kemana. Wajah yang aku ada ni, menimbulkan banyak masalah. Serupa macam Penjenayah! sebijik macam Pengedar Dadah dan yang baiknya Muka macam Sultan Johor dan Pelakon Hong Kong serta hampir serupa wajah Najib. Nak tengok wajah aku sebiji Najib Tun Razak, buka YouTube dan taip MENGAPA BERSUA BY JEFFREY di upload tahun 2008. Aku berkaraoke lagu Sam Hui, lirik ciptaan aku sendiri. Sampai ada orang sarankan aku screen test untuk Filem kisah benar, aku dah lupa tajuk tu. Kerana peristiwa wajahku yang berbagai rupa, aku cipta kata-kata mutiara; PENAMPILAN WAJAH BOLEH BERUBAH ASALKAN HATI JANGAN SESEKALI BERUBAH. Sebelum aku tutup kisah ini, ada satu kali tu masa kat Tanjong Balang Pulau Tinggi Mersing Johor. Aku nampak Orang Bunian berpakaian Jubah dan Serban putih berdiri depan aku dalam bentuk macam hologram, muka dia serupa muka aku tapi dengan wajah yang nampak Alim. Sedangkan aku hanya seorang pendosa yang sentiasa berusaha untuk perbaiki diri dari masa ke semasa. Wasalam...

3/23 Diedit

... Baca lagiPengalaman memiliki wajah yang sangat mirip dengan orang lain memang mengundang pelbagai situasi yang tidak dijangka dalam kehidupan seharian. Dari pengalaman saya, mempunyai wajah kembar bukan sahaja membuat saya sering disalah anggap, tetapi juga membawa pelbagai kisah menarik yang boleh dijadikan pengajaran. Pernah suatu ketika, saya diikuti oleh individu polis dan gangster semata-mata kerana rupa saya yang seiras dengan seorang pengedar dadah yang dikehendaki. Situasi tersebut sangat menakutkan dan menguji kesabaran diri kerana walaupun saya tidak bersalah, saya tetap menjadi sasaran salah faham. Ini menunjukkan betapa pentingnya komunikasi dan kejelasan dalam melindungi nama baik seseorang, terutama apabila identiti sering dikaitkan dengan orang lain. Selain itu, saya juga sering diingatkan mirip dengan selebriti seperti Man Bai, Sultan Johor, dan pelakon Anthony Wong. Perbandingan ini bukan sekadar gurauan kosong tetapi telah memberi saya rasa bangga serta pendekatan baru dalam penampilan diri, seperti menukar gaya rambut, janggut, dan misai untuk mengekspresikan personaliti berbeza. Namun, satu perkara yang saya pegang teguh adalah kata-kata mutiara yang saya cipta sendiri, "Penampilan wajah boleh berubah asalkan hati jangan sesekali berubah," yang mengingatkan saya bahawa hati dan peribadi adalah yang paling penting. Sebagai tambahan, pengalaman melihat "Orang Bunian" dengan wajah yang serupa dalam bentuk hologram di Pulau Tinggi membawa satu dimensi spiritual yang mendalam, mengingatkan saya tentang kepercayaan dan kesedaran tentang diri sendiri dalam perjalanan hidup. Pengalaman ini menggalakkan saya untuk terus memperbaiki diri dan kekal rendah hati. Secara keseluruhan, memiliki wajah yang seiras dengan orang lain menjadi pengajaran berharga yang mengajar saya untuk sentiasa berhati-hati, menghargai diri sendiri, dan melihat sisi positif dalam setiap peristiwa. Ia juga membuktikan bahawa walaupun penampilan luaran boleh berubah, keutuhan hati lah yang bakal menentukan siapa diri saya sebenarnya.

6 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Masa ni orang kejar aku mintak autograf, mereka sangka aku Man Bai. Foto ini di ambil tahun 1990 di Komtar Johor Bahru

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Sempat selfie dengan Allahyarham Dato' Hail Amir di Melaka sebelum beliau pergi menghadap Ilahi. Muka ni orang kata macam Anthony Wong Actor Hong Kong

Lihat lebih banyak komen