Kejujuran yang tidak di hargai

Abang cintakan saya tak?.

Tiba-tiba Isteriku bertanyakan soalan yang dia sendiri sudah tahu. Aku berkahwin dengannya setelah kecewa dalam percintaan. Namun sepanjang perkahwinan, aku tidak berlaku curang. Seandainya bekas kekasihku hadir sekalipun, aku tidak akan kembali padanya kerana sudah berumah-tangga. Pertanyaan isteri aku jawab penuh kejujuran.

Tidak! Abang tak cintakan Rin, cinta Abang hanya pada Yanti. Tapi Kasih Sayang Abang pada Rin lebih daripada Yanti.

Wajah isteriku berubah, dia berpaling dariku dengan memusingkan badan di atas katil membelakangkan aku. Aku faham perasaannya, tapi dia tak boleh paksa aku untuk mencintainya! sebab cinta yang suci hadir hanya sekali. Dan ia Anugerah Allah yang paling Agung. Cuma, jodohku tak kesampaian bersama yang di cintai. Ketika soalan ini di ajukan padaku, dia sedang sarat mengandung anak pertamaku. Aku tak marah bila foto bekas kekasihku di conteng mukanya yang aku simpan dalam dompet duitku. Dia cemburu pada orang tidak lagi berada di sisiku. Pelik sungguh sikap orang perempuan ni, simpan gambar bekas Awek pun boleh jadi isu. Salahkah aku bersikap jujur?. Aku tak nak hipokrit! aku tak nak jadi orang munafiq, aku adalah aku. Tapi sungguh aku tak sangka, dalam diam Rin berdendam denganku. Sebaik lepas bersalin dan habis pantang, Isteriku berlaku curang. Dia berzina dengan tunangan orang. Aku tahu kebenciannya padaku gara-gara tidak mencintainya. Tapi tak kan lah sampai begitu kejam menduakanku. Aku tetap tidak marah, aku bawa lelaki yang berzina dengan Isteriku kepada kedua Mertuaku. Tujuan aku agar mereka tidak menafikan mulut orang ramai yang menjadi saksi kecurangan anak perempuan mereka. Isteri aku minta cerai, dan aku melepaskannya kerana itu kehendak hatinya. Setelah perceraian, aku balik ke kampung kelahiranku bersama anak kandung yang masih bayi ketika itu. Aku jaga selama 2 tahun sehinggalah pada suatu hari bekas Isteriku bersama suami orang yang ada skandal dengannya membawa lari anak aku. Pengasuh yang aku upah tidak bertanggung-jawab dan amanah, dia serahkan anak perempuanku tanpa memberitahu terlebih dahulu. Duniaku gelap seketika, terasa separuh nyawa dah hilang. Aku tak hairan kehilangan Isteri, tapi kehilangan anak perempuanku menyebabkan hatiku hancur sehancur-hancurnya. Setahun aku bagai orang gila rindukan anak.

Beberapa tahun setelah peristiwa tersebut, hatiku kembali sembuh dan menerima takdir Allah. Sehinggalah sekali lagi aku jatuh cinta kepada Hadz... dan cinta kali ini lebih hebat dari cinta pertamaku. Yanti terus terpadam dalam diari kenanganku, dan berganti dengan kehadiran Hadz... dalam buku diariku yang baru. Hadz... istimewa kerana cinta kami berdua suci murni, tidak seperti di kala bercinta dengan Yanti. Sebab bekas kekasihku yang pertama pernah berkata bahawa dia telah gunakan khidmat Bomoh agar aku mencintainya melalui makanan yang di berikan padaku. Tapi kejujurannya aku hargai dan tidak marah! asalkan dia terus bersama aku untuk selamanya. Tapi Yanti tidak menepati janji dan berlaku curang berulang kali. Itu yang bekas isteriku tidak tahu, bertapa sukarnya melupakan Yanti saat masih bergelar suami-isteri. Tapi kehadiran Hadz... telah menghapuskan ingatanku pada Yanti, sekaligus seperti memadam sihir pengasih yang di kenakan padaku oleh Yanti.

Perpisahan terjadi jugak antara aku dengan Hadz... tapi kali ini aku yang bersalah. Kerana terlalu takut kehilangannya, aku jadi cemburu buta. Sikap ku itu berubah menjadi panas baran yang akhirnya memberi tekanan kepada Hadz...! maafkan sayang... aku tak mampu hidup tanpamu. Aku sayangkan kau lebih dari diriku sendiri. Itu yang membuat aku tamak dengan kasih sayangmu. Aku benar-benar tak boleh hidup tanpamu, kaulah permata hatiku. Tapi nasi sudah menjadi bubur, Hadz... pergi meninggalkan aku dengan perasaan yang berat juga. Tapi aku tidak mampu mengawal perasaan cemburu yang merosakkan percintaan kita. Aku benar-benar menyesal namun aku sedar selagi hidup bersama dengannya, aku akan terus rosak. Sebab rasa cinta aku terhadapnya melampaui batas dan amat berdosa di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Aku melepaskannya dalam keadaan terpaksa! sedangkan hati aku sehingga kini rasa sayangku terhadapnya tak pernah padam. Hadz... telahpun berumah-tangga dan beranak pinak, sedangkan aku terus menyendiri menunggu kepulangannya di sisiku suatu hari nanti jika suaminya tidak menghargainya. Namun dalam masa yang sama, aku mendoakan kebahagiaan rumah-tangga mereka sebab cinta yang suci harus di buktikan dengan doa yang baik-baik. Aku tak ada niat nak runtuhkan rumah-tangga mereka, aku hanya menunggu peluang seandainya jodoh mereka habis asbab berpisah mati atau berpisah hidup akibat tiada persefahaman antara mereka. Akan aku akan sambut kepulangan Hadz... dengan penuh kesyukuran dan merawat kelukaannya sambil menebus kembali kesilapanku yang lalu. Sekali lagi aku mohon maaf padamu Hadz... dan aku amat berterima kasih padamu pernah hadir dalam hidupku walaupun hanya seketika...

3/24 Diedit kepada

... Baca lagiMengalami sendiri perjalanan cinta yang penuh liku dan pengkhianatan mengajar saya bahawa kejujuran itu memang mudah diucapkan namun sukar untuk dihargai oleh orang lain, terutama dalam hubungan yang kompleks. Dalam kisah ini, saya dapat merasakan betapa beratnya memikul beban cinta yang tidak berbalas dengan rasa yang sama, terutama apabila pasangan tidak dapat menerima kenyataan yang jujur. Kadang-kadang, kejujuran itu dianggap sebagai kekurangan atau kelemahan, khususnya ketika hati pasangan sudah dipenuhi oleh rasa cemburu dan dendam. Saya percaya bahawa cinta sejati bukan sahaja tentang perasaan sayang tetapi juga tentang menerima kelemahan dan ketidaksempurnaan orang yang kita cintai. Namun, apabila cinta itu dipandang berat sebelah, ia membawa kekecewaan yang amat mendalam. Dalam perkahwinan, saya rasa penting untuk menjaga kepercayaan dan sentiasa berterus terang walaupun kadangkala kebenaran itu menyakitkan. Tetapi, bila kejujuran disambut dengan prasangka buruk dan pengkhianatan seperti kecurangan, rasa sakit itu berlipat ganda. Setiap daripada kita berhak mendapat cinta yang tulus ikhlas tanpa perlu menyembunyikan apa-apa rahsia. Selain itu, saya belajar bahawa memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi adalah suatu proses untuk melepaskan beban di hati agar kita dapat meneruskan hidup dengan lebih tenang. Dalam kisahnya, doa dan harapan menjadi penawar terbaik untuk mengekal keindahan cinta yang pernah hadir, meskipun dalam situasi yang penuh dengan cabaran dan ujian. Pengalaman ini juga mengingatkan saya tentang pentingnya menjaga hubungan dengan anak-anak dan jangan biarkan masalah orang dewasa merosakkan ikatan kasih antara seorang bapa dan anak. Dalam hidup, kehilangan itu sangat menyakitkan tetapi kehidupan harus diteruskan sambil mencari hikmah dan redha dari Yang Maha Kuasa. Akhir sekali, saya berharap kisah ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk menghargai kejujuran dan kesetiaan dalam hubungan, walau apapun ujian yang mendatang, kerana kejujuran adalah asas kehidupan yang membawa kebahagiaan sebenar.

1 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator