Keganasan Rumahtangga
Aku dah banyak kali melihat keganasan rumah-tangga baik di luar tempat awam, jiran tetangga dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu mencampurinya kerana pernah bertanya kepada Pihak Polis, apakah orang awam boleh campur tangan?. Jawab mereka! adalah satu kesalahan mencampuri urusan Rumah-tangga kerana ia adalah masalah peribadi. Kecuali si Isteri membuat laporan Polis bagi mendakwa Suami yang zalim. Susahlah macam ni, sampai bila kita akan biarkan perkara itu terus terjadi?. Nak tunggu mati baru orang ramai boleh campur tangan?. Undang-undang keganasan rumah-tangga harus di naik taraf agar orang awam boleh menghulurkan bantuan dan menghalangi keganasan dari terus berlaku. Agama Islam tak ajar kita Para Suami ringan tangan terhadap Isteri. Kecualilah berlaku perselingkuhan, itupun jika terbukti depan mata kepala sendiri. Tapi aku yang pernah mengalaminya, lepaskan cara baik. Benda dah berlaku! buat apa simpan Bini macam tu. Sesakit hati macam mana pun, biarkan Allah yang balas. Cepat atau lambat! Karma pasti berlaku. Kadang-kadang aku tak faham perempuan ni, kenapa sanggup biarkan Suami tak guna tu menyeksa seorang Isteri terlalu lama. Kebanyakan alasan kerana anak, dah tak relevan alasan tersebut. Tinggalkan saja Suami macam cilaka tu! berani dengan Perempuan lemah bolehlah, bangsat betul Suami macam tu. Paling kejam aku pernah tengok seorang Isteri kena boxing dengan Suaminya yang berbadan Sado dalam kereta. Orang ramai hanya tengok aje, mujurlah aku masih mampu menahan sabar. Kalau tidak! setengah mati aku kerjakan Lelaki lahanat tu. Kalau bergaduh memang aku kalahlah, tapi aku tak bodoh! ambil besi ke apa benda yang ada...hentam terus muka Jantan sial tu sekuat tenaga sampai dia pengsan. Masuk penjara pun tak apalah, asal dapat tolong Kaum Hawa yang lemah. Betul-betul emosi masa menaip kisah ni! apa taknya, sejak kecil aku jadi mangsa penderaan Mak Angkat aku. Aku jadi mangsa buli ketika di zaman persekolahan. Jadi! aku tak boleh tengok ada orang yang kena dera depan aku. Sebab itulah aku mengelak dari dulu sampai sekarang pergi ke tempat keramaian untuk tidak melihat perkara-perkara yang boleh buat aku lupa diri sampai ambil tindakan drastik terhadap mereka yang suka menganiayai orang yang lemah. Zaman sekarang ni nak tolong orang teraniaya pun adakalanya kita pulak di persalahkan oleh orang yang kita bantu.
Kau buat apa tolong aku! biarlah aku kena pukul pun, ini rumah-tangga aku... menyebuk saja.
Pulak... macam tu pun ada, barangkali perempuan tu dah kena ilmu bodoh-bodoh kut?. Entahlah, tapi tolong kasihan diri sendiri Wahai Kaum Hawa! jangan biarkan Lelaki ringan tangan pada kalian. Tak kiralah Suami, Pak We atau Tunangan. Sepatutnya yang sedang bertunang atau sedang bercinta, dapat lelaki puaka kaki pukul... putuskan saja. Tentang diri dah terlajak bagi tubuh badan tu, jangan fikir sangat! sekalipun dah mengandung luar nikah. Kalau terus simpan Lelaki tak berguna tu, kau dah menzalimi diri sendiri. Banyak lagi lelaki luar yang sanggup terima diri kau seadanya walau orang gelar Pak sanggup. Sebab! yang nak tolong kau tu kerana kesian, tahu tak?. Pendek cerita, jauhkanlah dari Lelaki durjana walau kau cinta dia macam mana pun. Kasih Sayang yang sejati tak main pukul-pukullah. Itu semua perangai Setan! ... Mak Bapak sendiri pun tak pukul, senang-senang aje orang luar ringan tangan. Fikir-fikirkanlah...😤😠😡🤬
Sebagai seorang yang pernah menyaksikan dan merasai sendiri kesan keganasan rumah tangga, saya ingin berkongsi pengalaman serta pandangan peribadi yang mungkin dapat membuka mata masyarakat lebih luas. Keganasan rumah tangga bukan sahaja memberi kesan fizikal tetapi juga trauma psikologi yang mendalam pada mangsa. Saya pernah melalui situasi di mana jiran mengalami penderaan, namun perkara itu seringkali dipandang sepi kerana orang awam takut mencampuri urusan peribadi orang lain. Malah, pihak berkuasa kadang kala menyatakan campur tangan tanpa laporan adalah salah. Ini menimbulkan dilema besar kepada masyarakat yang mahu membantu namun terikat dengan kekangan undang-undang. Dalam pengalaman saya, keganasan rumah tangga bukan hanya melibatkan pertengkaran biasa, tetapi kadang-kadang melibatkan tindakan kekerasan fizikal yang serius seperti yang saya lihat di dalam sebuah kereta, di mana seorang isteri dipukul oleh suaminya. Situasi seperti ini memerlukan respons segera dan sokongan daripada masyarakat dan pihak berkuasa. Saya percaya undang-undang perlu dikaji semula agar membenarkan orang awam mengambil tindakan jika melihat penderaan berlaku. Hal ini penting untuk memastikan mangsa mendapat pertolongan awal dan tidak terus terperangkap dalam penindasan. Masyarakat juga perlu dididik tentang pentingnya tidak memandang remeh perkara ini, malah menggalakkan mangsa untuk melapor tanpa rasa takut. Selain isu undang-undang, sokongan psikologi dan kewangan juga sangat penting untuk membantu mangsa membina kembali kehidupan mereka. Dalam komuniti kita, ada wanita yang masih kekal bersama suami yang melakukan keganasan kerana alasan anak atau takut sosial. Namun, saya percaya kebahagiaan dan keselamatan diri dan anak-anak harus menjadi keutamaan. Pengalaman saya juga menunjukkan bahawa kasih sayang sejati tidak merangkumi keganasan. Jika kasih sayang itu ada, ia akan dibina atas asas hormat-menghormati dan kesejahteraan bersama, bukan penderaan atau kekerasan. Saya menyeru wanita di luar sana jangan takut untuk mengambil langkah berani demi melindungi diri mereka. Ada banyak sokongan dan bantuan tersedia daripada NGO dan pihak berkuasa jika kita berani membuka mulut. Pada akhirnya, perubahan memerlukan kesedaran bersama dan tindakan kolektif antara masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan. Marilah kita bersama-sama berusaha menamatkan keganasan rumah tangga supaya generasi akan datang dapat hidup dalam suasana yang lebih selamat dan harmoni.

Tak sangka aku boleh menyerap darah bila teringat pengalaman tengok Kaum Hawa kena pukul dengan Lelaki.