Majikan Yang Baik Selalu Jadi Mangsa Sihir
Masa kerja kat Kantin Universiti Tahun 2013 di Selangor, orang dengki Boss aku sebab jual murah. Maka ramailah Student yang datang untuk makan, dan ini menyebabkan Kantin yang lain sedikit terjejas. Tukang masak sakit misteri, tangan bengkak tanpa sebab. Aku masa tu cuma tugas sebagai basuh pinggan mangkuk, tiba-tiba demam panas yang teruk! hingga terpaksa baring kat lantai dapur. Tak mampu nak bangun. Kita semua syak kedai kena sihir sebab Ayam Goreng baru di angkat dari dalam kuali minyak panas, ada ulat hidup bergerak kat isi ayam yang masih panas berasap. Memang tak logik tapi itu kehebatan sihir. Di tuju pada Boss, tapi kami yang lemah semangat kena tempias. Kali kedua masa kerja kat sebuah Cafe di Bandaraya JB. Kedai tengah viral dan pelanggan terpaksa beratur untuk sarapan pagi. Aku yang pernah kena tempias sihir, walau dah sembuh. Mudah kena lagi sebab ruang pendinding diri dah terbuka, maka bila orang letak tanah kubur kat Cafe Boss aku! yang kena dulu aku sebab paling terawal datang buka kedai makan. Kawan sekerja yang tidur kat Cafe sebab ada bilik khas untuk pekerja, katanya dia nampak macam-macam makhluk yang mengerikan dalam Cafe dah tutup di tengah malam. Tempat aku kerja hanya jual Sarapan Pagi, malam tak berniaga. Kata kawan aku, makhluk tu ada yang merangkak, berjalan macam jerangkung dan pendek kata menakutkan lah. Aku kena masa tidur, dalam mimpi tu ada perempuan Indonesia dalam lingkungan hampir 40an, bagi aku makan Nasi Bawean. Itu yang di sebutnya dalam mimpi! dan masih jelas ingatan aku nama makanan tu. Nasi Bawean tu macam Nasi Ambang lebih kurang, cuma Nasinya sedikit lembik, ada mee goreng dan sayur. Pada mulanya aku tolak, dia pujuk kata tak baik tolak rezeki. Akupun suap sesudu saja, lepas telan terus terjaga dari tidur dalam keadaan perut kembung serta merta. Sakit ulu hati dan sejuk menggigil macam baring atas ais. Tak lama kemudian aku muntah air sebanyak dua kali, lepas tu terus tak mampu nak bangun sampai esok petang. Aku kena sihir tu dalam mimpi jam 3 pagi lebih kurang. Boss aku datang petang tu dan terus bawa ke Hospital. Sampai sana kena tahan wad ada simptom darah rendah. Pada hal dah bertahun aku ada penyakit darah tinggi! tiba-tiba darah rendah pulak?. Selama 8 hari aku kena tahan wad, hampir 40 botol air yang tergantung tu terpaksa hadap. Jarum kat tangan sampai 3 kali tukar tempat sebab dah kembang asyik sumbat air melalui jarum aje. Sepanjang 8 hari Doktor kebingungan tak tahu secara tepat penyakit aku tu. Aku sedar itu sihir tapi tak kan nak bagi tahu Doktor hal-hal ghaib tu. Akhirnya aku minta kebenaran keluar dari Hospital hari yang kesembilan. Dan aku berhenti mengejut tanpa bagi tahu Majikan aku, tapi rakan sekerja semua tahu! cuma mereka tak nak campur tangan. Aku pulak takut Boss pujuk, itu yang buat aku ambil keputusan mengejut. Kalau aku bertahan akan bertambah teruk sihir tu, sebab tanah kubur bukan boleh di pandang ringan. Akupun balik ke Melaka berubat Shifa kat Mesjid Kampung Hulu tempat aku dah biasa berubat dengan Ustaz Zawawi sebelum ini. Alhamdulillah, aku sembuh. Tapi rezeki nak dapatkan kerja ada masalah. Kalau dapat pekerjaan, Majikan pulak buat hal! ada saja yang tak kena. Atas kehendak Allah melalui takdirNya! sekarang hijrah ke Muar. Dan aku bersyukur sangat kerana tempat baru ni Boss baik macam Majikan aku kat JB. Pekerja pun team work macam kat tempat kerja lama. Cuma kat JB aku Penyambut Tetamu Cafe, tapi kat sini tugas sebagai pembancuh air di Warung. Yang penting ada pekerjaan untuk kelangsungan hidup. Semoga Allah sentiasa melindungi kami semua dan mudah-mudahan Allah jauhkan kami dari dengki khianat manusia dan jin. Ya Allah! tambahkan rezeki Majikan kami dan jauh daripada penyakit Ain 🤲 Amin Amin Amin.
Setiap kali sakit misteri, aku pujuk diri untuk bertahan dengan cara... Tidak ada sesiapa boleh memudaratkan aku dengan sihir tanpa izin Allah. Dan tidak ada sesiapa boleh menghalang kejayaan aku jika Allah Berkehendak.
- Yusof Mungekitchen @ Bekas Penulis
Pengalaman bekerja dalam suasana yang penuh dengan dengki dan hasad memang mencabar bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi. Dalam kisah yang dikongsikan, kita dapat lihat betapa pentingnya untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam persekitaran kerja dan juga memperkukuh perlindungan diri dari segi rohani. Sihir dalam masyarakat kita seringkali dianggap sebagai sesuatu yang mustahil tetapi pengalaman ini membuka mata bahawa ia wujud dan boleh memberi kesan serius kepada kesihatan serta keselamatan seseorang. Salah satu perkara penting yang dapat dipelajari ialah bagaimana 'pendinding diri' atau perlindungan rohani diibaratkan seperti perisai yang boleh menjadi lemah jika tidak dijaga dengan rapi. Selain itu, kisah tentang mimpi menerima makanan Nasi Bawean yang pelik juga menunjukkan betapa kuatnya hubungan spiritual antara dunia nyata dan alam ghaib. Makanan dalam mimpi itu menjadi simbol tanggungjawab dan cabaran yang perlu ditempuhi. Ini juga mencerminkan budaya Malaysia yang kaya dengan pelbagai kepercayaan dan amalan tradisional. Apabila menghadapi masalah misteri seperti ini, selain merawat secara perubatan moden, mendapatkan rawatan alternatif di tempat-tempat seperti Mesjid Kampung Hulu dengan bantuan ustaz berpengalaman amat membantu dalam memulihkan keadaan. Pengalaman ini juga menunjukkan betapa pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada kejahatan sihir dan niat buruk manusia. Bagi sesiapa yang bekerja di tempat yang ada unsur persaingan tinggi dan dengki, perhatian kepada kebersihan spiritual, seperti berzikir, membaca ayat-ayat Quran, dan memperkuatkan iman, adalah antara kaedah terbaik untuk melindungi diri. Serta jangan malu untuk mendapatkan bantuan dari pakar sihir yang berwibawa dan bertauliah, jika perlu. Akhir sekali, cerita ini memberi inspirasi bahawa walaupun diuji dengan pelbagai cabaran termasuk sihir, dengan usaha, berdoa dan tawakal kepada Allah, kita akan dapat menempuhnya dan kembali bangkit. Hijrah ke tempat baru dengan suasana kerja positif telah memberi harapan baru kepada penulis untuk terus maju dan mencari rezeki yang halal serta diberkati. Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada semua bahawa dalam hidup ini, selain usaha duniawi, kita perlu selalu menjaga aspek rohani supaya sentiasa dilindungi daripada gangguan unsur ghaib dan dengki manusia.


pernah kena jugak ..order nasi goreng tapi dapat,ada ulat..sedangkan baru dimasak,panas lagi nasi tu,siap keluar asap...bila komplen kat owner,dia suruh pekerja dia masak lain,yg kedua tu pun ada ulat...hmmm ..apa lagi nak dikata ...kensel je la