Perlukah aku mewarisi Agama Nenek Moyang tanpa pengetahuan?.

Sebelum menginjak zaman keremajaan, ada satu peristiwa berlaku ketika berada di Singapura pertengahan tahun 80an. Aku sedang berada di Flat tingkat 5 sekitar kawasan Beduk North melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah. Ada sesuatu bermain di fikiran aku saat itu, satu pertanyaan dalam diri yang tak mampu aku jawab. Sambil mengerak jari tangan kanan dengan laju, kemudian aku genggam erat seperti penumbuk lalu timbul pertanyaan! siapa yang menggerakkan aku?. Mesti ada yang menggerakkan... kataku di dalam hati. Masa tu aku tak faham apa itu Islam, kenapa mesti beragama Islam?. Apakah Agama ini benar! dan kenapa ikut aje Agama dari Nenek Moyang aku tanpa usul periksa. Sebab di Singapura awal 90an dah wujud Gereja untuk orang Melayu, tak seperti di Malaysia! hanya ada Gereja Kristian khas untuk Bangsa Cina, India, Portugis dan sebagainya... termasuk Gereja campuran ( semua bangsa berlainan kaum yang beragama Kristian ). Di Singapura sering ada Mubaligh Kristian dari Indonesia yang akan datang dari rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah Agama Yesus dan memberi penerangan. Semua muda-muda belaka berpakaian hampir menyamai seperti Tabligh. Dan ketika sudah ramai orang Melayu Singapura murtad dari Agama Islam. Kerajaan Singapura tiada masalah pertukaran Agama dan Pejabat Agama Islam tiada kuasa untuk menahan orang Islam dari menukar keyakinan mereka. Aku dapat satu Kitab Injil berbahasa Indonesia dari mereka. Aku bawa pulang ke Malaysia dan membaca tanpa syak wasangka, niat cuma sekadar membaca tanpa ingin mengkajinya. Di Malaysia juga tidak terkecuali Mubaligh-munaligh Kristian dari Singapura dan Indonesia datang untuk mengembangkan Agama ini. Dan berjaya mengkristiankan sebilangan besar Orang Melayu dalam jumlah yang banyak sehingga ada di antara Melayu murtad menjadi Paderi. Ketika zaman Perdana Menteri yang di jawat oleh Tun Mahathir ketika itu sudah puluhan ribu Orang Melayu tinggalkan Agama Islam dan meningkat dari tahun ke tahun seterusnya. Sehingga atas desakan pencinta Agama Islam mendesak Kerajaan agar memantau dan menghalang aktiviti memurtadkan Orang Melayu di hentikan dengan segera. Perkara ini pernah keluar di dada akhbar dan Majalah Islam pada awal 90an. Pada akhir perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Tun Mahathir, kemurtadan Orang Islam mencecah tidak kurang dua ratus ribu bilangannya. Ada yang keluar Negara, ada yang hijrah ke Singapura bagi mereka yang mampu. Yang tidak berduit duduk diam-diam di Malaysia dan terus berselindung sebagai seorang Islam tetapi telah pun menganut Agama Kristian. Aku sendiri pernah bersua muka dengan Bangsa Melayu yang telah murtad, dan ada di antara mereka pernah keluar di dada akhbar atas pengakuan telah meninggalkan Agama Islam. Dan ada kes kematian seorang pelajar Islam yang lengkap bertudung dan menutup aurat di tuntut Paderi dengan mengatakan this is my son ( ini adalah pengikut Yesus ) sambil mengeluarkan rantai leher dari dalam pakaian mengandungi salib. Terkejut kedua orang tua yang beragama Islam tentang apa yang berlaku. Sudah tentu cerita panas kisah ini akan cuba di tutup dan di nafikan oleh Bangsa Melayu sendiri kerana mengaibkan maruah kita. Tapi Dr. Maza ( yang sekarang ini Mufti Perlis ) pernah membongkarkan jumlah Orang Melayu yang telah murtad. Kecoh dan banyak pihak kelam kabut menafikannya. Kata seorang Ustaz Pengajian Pondok memberi pandangannya, kita sibuk dengan urusan Orang yang telah murtad. Tapi tak mahu berusaha bagaimana menghalang sikap Orang Islam yang pecah amanah seperti Para Ustaz yang makan duit anak yatim, songlap duit Tabung Haji dan sebagainya yang kita tahu terbongkar di media sosial. Kita kena jaga Agama sendiri dari sibuk memikirkan mereka yang telah murtad. Biarkanlah! dia dah buat pilihan, Allah pun dah keluar kan hamba-hambaNya yang tidak lagi berminat dengan Islam. Sekurang-kurangnya mereka yang murtad tidak hipokrit, dan Mahkamah Syariah juga tidak mampu ambil tindakan kerana mendapat pembelaan dari Peguam yang melindungi Penganut Kristian yang baru. Pejabatnya masih bertapak di Kuala Lumpur sebagaimana kewujudan Freemason yang cuba di sembunyikan kebenarannya. Kita kena faham Agama Islam di Malaysia hanya Agama Rasmi Negara sahaja. Sebab itu hukum Hudud sampai bila-bila pun tidak akan berjaya di laksanakan. Tapi Allah Maha Bijaksana, semakin ramai Orang Melayu menjadi murtad keluar dari Islam! berlipat ganda Agama lain masuk dalam Agama Islam menjadi Mualaf terutama majoriti paling besar Bangsa Cina kelahiran turun temurun rakyat Malaysia. Jadi! mana mungkin Cina nak menjajah Malaysia kononnya, semua itu fitnah politik untuk menanam kebencian pada DAP. Aku bukan nak bercerita pasal politik atau membela Bangsa Cina, cuma sebagai Orang Islam dilarang memfitnah dan menokok tambah sesuatu fakta yang tidak wujud. Sejak Islam baru berkembang pun pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam masih hidup, selepas Arab! Bangsa Cina di Negara China kedua terawal menerima ajaran Islam. Kita Bangsa Melayu baru enam ratus tahun menjadi Islam. Bangsa Cina paling ramai beragama Islam di seluruh dunia, ini fakta bukan auta. Jadi janganlah membodohkan Rakyat Malaysia dengan penafian dari bukti yang ada. Yang penting! Islam dalam Negara kita masih ramai dari Agama lain walaupun sebilangan rakyat dalam negara kita telah murtad. Yang peliknya, apabila Bangsa Melayu telah murtad! mentaliti mereka berubah drastik. Bangsa Melayu terpisah tiada dengan sifat dengki khianat sesama bangsa sendiri. Saling menjatuhkan demi keduniaan baik dalam hal ehwal Berniaga ataupun berpolitik. Sihir berleluasa dan suka atau tidak, itu kebenarannya. Tapi jenerasi Melayu murtad yang telah menganuti Agama baru, mereka semakin baik akhlaknya. Tapi jangan salah faham, itulah cara Iblis dan Syaitan tidak akan menganggu lagi sesiapa yang telah meninggalkan Agama Islam sebab telah berjaya dengan misi mereka. Kena faham tu, ini bukan kehendak Kerajaan yang mewakili Rakyat Malaysia. Kita tiada hak untuk menghukum sesiapa sahaja baik Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam atau yang seangkatan dengannya yang membela Agama Islam yang Suci ini. Sebab seperti yang saya jelaskan di awal tadi, Negara Malaysia hanya Agama Rasminya Islam.Tapi tiada kuasa untuk menghalang penganutnya keluar Islam. Yang kita lihat tindakan yang di ambil kepada yang telah murtad hanya sandiwara dunia bagi menutup mulut Orang Islam yang tidak faham akan undang-undang kita. Pada akhirnya mereka yang murtad tidak di ambil tindakan dan di bebaskan. Cuma masalah timbul kerana berlaku secara terang-terangan. Ini memberi tekanan kepada kerajaan yang beragama Islam. Kerajaan kita tak salah! dah sistemnya macam itu sejak zaman Kemerdekaan yang di pimpin oleh Perdana Menteri pertama Tengku Abdul Rahman. Kemerdekaan negara kita di luluskan oleh Kerajaan British dengan syarat-syarat tertentu iaitu Islam hanya Agama Rasmi sahaja! tidak lebih dari itu.

Aku bersyukur masih Islam dengan Perlindungan Allah. Masih mampu melaksanakan Solat 5 Waktu pun atas izin Allah jua. Itu sebab amat penting mendalami Ilmu Agama seperti belajar Tauhid, Faekah dan Tasawuf agar sempurna Iman kita ( Agama Islam ). Bergaullah dengan berbagai Kumpulan Dakwah serta Berguru dengan berbagai Fahaman maka kita akan faham pendirian dan keyakinan masing-masing dalam tingkatan akidah yang berbeza. Setelah mengenal diri dan Allah dalam mentauhidkanNya! kita tak akan gelabah dalam menghukum. Ini solat pun tak sempurna, hukum Agama tak Patuh seluruhnya! sibuk nak melalak bila ramai yang keluar Islam. Sebab Agama kita banyak ikut-ikutan di warisi dari Nenek Moyang tanpa belajar bersungguh-sungguh untuk memahami tanggung-jawab sebagai seorang Islam cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Fikir-fikirkanlah...

3/27 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang pernah melalui fasa keraguan dan pencarian makna agama, saya boleh memahami betapa pentingnya kita tidak sekadar menerima agama warisan tanpa ilmu yang cukup. Ditambah pula, peristiwa di Singapura dan Malaysia yang menyaksikan peningkatan kes kemurtadan di kalangan Melayu membuka mata kita tentang realiti sosial yang kompleks di negara kita. Dalam pengalaman saya, banyak individu yang mengikut cara beragama secara tradisi, hanya berdasarkan apa yang diwarisi oleh nenek moyang tanpa benar-benar mendalami aqidah dan hukum Islam secara mendalam. Ini boleh menyebabkan kekeliruan, keraguan dan mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain atau fahaman yang tidak sesuai dengan Islam. Saya juga perhatikan bahawa cabaran kepada keimanan bukan hanya dari luar, tetapi juga datang dari dalam komuniti Islam sendiri, seperti isu ketidakjujuran dan kegagalan pemimpin agama yang memberi kesan kepada kepercayaan umat. Oleh itu, penting untuk setiap individu yang beragama Islam memperkukuh iman melalui pengajian ilmu yang betul, termasuk tauhid, fiqh, dan tasawuf, supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran yang salah. Perkembangan ini juga mengajar saya bahawa perbincangan tentang agama perlu dilakukan dengan minda yang terbuka dan penuh kesabaran. Menghukum atau mengkritik tanpa pengetahuan yang kukuh hanya akan mengundang lebih banyak masalah. Sebaliknya, membina perpaduan melalui dakwah yang menyentuh hati dan menyebarkan ilmu akan lebih berkesan untuk mengelakkan kemurtadan. Kehidupan saya sendiri berubah apabila saya mula bergaul dengan pelbagai kumpulan dakwah dan berguru dengan mereka yang mempunyai pemahaman yang mendalam serta pelbagai pandangan dalam akidah. Ini membantu saya memahami bahawa Islam bukan sekadar warisan nenek moyang, tetapi satu cara hidup yang memerlukan kajian, penghayatan dan amalan yang benar-benar istiqamah. Saya percaya, masyarakat kita perlu lebih berkesedaran dan bertindak secara kolektif untuk menguatkan pegangan agama, supaya kemurtadan yang berlaku bukan sahaja dapat dikurangkan, tetapi umat Islam juga dapat menunjukkan akhlak dan keteladanan yang sebenar. Sebagai langkah pertama, kita kena tanya diri sendiri – adakah kita faham agama yang kita warisi? Jika tidak, saat itulah pentingnya kita mula belajar dan mendalami ilmu agama secara serius.

12 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Akhir zaman Agama Islam akan di serang secara halus habis-habisan untuk memurtadkan kita secara terang-terangan atau tersembunyi bermula dengan sibuk hal- keduniaan ( kerja, hiburan dan seangkatan dengannya tanpa batas ). Kecuali mereka yang faham Agama dan bertindak dengan melaksanakan Solat 5 Waktu agar terselamat dari Dunia hingga ke Akhirat.

Imej Al Faqir137_
Al Faqir137_

Terima kasih tuan atas penerangan yg jelas. Moga anak2 kita semua selamat dari fitnah dunia dan seisinya.

Lihat lagi(1)

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Gambar sampul menunjukkan pasangan berpegangan tangan dan memakai masker di luar ruangan, dengan teks besar "5 TAHAPAN PACARAN BEDA AGAMA!" di atasnya.
Pemandangan malam jalanan ramai di Jepang dengan banyak papan reklame terang dan orang-orang berjalan di tepi kanal, disertai teks "Tahap 1" tentang penyangkalan awal.
Pemandangan pegunungan bersalju dan tempat parkir dengan pepohonan, di bawah langit biru, disertai teks "Tahap 2" tentang mencari pembenaran untuk cinta.
5 TAHAPAN PACARAN BEDA AGAMA KAMU HARUS TAU❗️✝️🕌
Jangan bilang “jalanin dulu” kalau dari awal kamu tahu ujungnya gak bakal bisa bareng. Cinta itu penting, tapi iman & prinsip juga bukan mainan. Karena ujungnya, bukan siapa yang paling cinta… Tapi siapa yang paling siap melepaskan🫶🏻 #Lemon8Club #ApaKabarDunia #RelationshipStory #Rela
Abby

Abby

17 suka

Gambar ini adalah kartu pengingat berwarna biru muda dengan tulisan "Reminder AL-KAHF 1-10" di tengah, dihiasi motif daun dan bunga berwarna biru dan abu-abu di sudut-sudutnya.
Gambar ini menjelaskan Surah Al-Kahf sebagai surah ke-18 dalam Al-Qur'an, terdiri dari 110 ayat, golongan Makkiyah, dan berarti "Gua", sering dibaca pada hari Jumat.
Gambar ini menampilkan keutamaan Surah Al-Kahf, yaitu perlindungan dari Dajjal (HR. Muslim) dan cahaya di Hari Kiamat (HR. Al-Hakim) bagi yang membacanya pada hari Jumat.
My Reminder #3 Surah Al-Kahf 1-10
Halo sudah Hari Jumat nih, kalian sudah baca Surah Al-Kahf belum nih, yuk pelajari bareng aku Surah Al-Kahf adalah surah ke-18 dalam Al-Qur'an yang terdiri dari 110 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah, yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Nama
Monday

Monday

5 suka

Gambar sampul dengan judul besar '7 Tidur Yang Dilarang dalam Agama Islam!' di atas sprei bermotif bunga kuning dan putih. Terdapat logo Lemon8 dan nama pengguna di pojok kiri bawah.
Gambar kamar tidur dengan teks 'Tidur setelah Shalat Subuh' dan penjelasan bahwa Nabi SAW tidak pernah tidur setelah Subuh karena waktu itu adalah waktu turunnya rezeki dan keberkahan, disertai dalil hadits.
Gambar kamar tidur dengan teks 'Tidur Sebelum Shalat Isya' dan penjelasan bahwa tidur sebelum Isya bisa menyebabkan terlambat shalat, disertai hadits yang menyebut Rasulullah membenci tidur sebelum Isya.
7 Tidur dilarang agama
halloo sahabat lemoners @Lemon8_ID Banyak orang nggak sadar... Ada cara tidur yang ternyata dilarang dalam Islam! 😴 Nggak cuma soal posisi, tapi juga waktu dan kebiasaannya. Yuk pahami 7 jenis tidur yang sebaiknya dihindari, biar istirahat kita tetap bernilai ibadah 💫 Tidur itu kebutuha
a͓̽m͓̽o͓̽y͓̽ i͓̽m͓̽u͓̽t͓̽

a͓̽m͓̽o͓̽y͓̽ i͓̽m͓̽u͓̽t͓̽

1062 suka

Agama Islam
Agama kita agama ilmu. #PertamaKali #islam #amal #sunnah #ilmuagama
Jalan Sunnah

Jalan Sunnah

120 suka

Hindari Nama Bayi ini!Di larang Agama!
Banyak orang tua belum sadar… ada beberapa nama bayi yang sebaiknya dihindari dalam Islam karena maknanya buruk, mengandung kesyirikan, atau terlalu berlebihan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat Ayat 11: وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْأَلْقَابِ [1] "...Dan janganlah kamu panggil memangg
Salsa Ma'rifaa

Salsa Ma'rifaa

422 suka

Ceramah Agama
MasyAllah Tabarakallah #ustadzadihidayat
Jesna Amaya

Jesna Amaya

45 suka

Imej menunjukkan seorang wanita berambut merah jambu panjang, memakai gaun hijau, dengan kalung bertulis 'DIRA'. Teks 'Tanda Seseorang Mewarisi Saka' tertera di hadapan, diiringi emoji ibu jari ke atas dan hati. Latar belakang adalah koridor dengan tingkap.
Tanda Seseorang Mewarisi Saka
✍🏻 Tanda Seseorang Mewarisi Saka Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, saka merujuk kepada makhluk halus atau amalan tertentu yang diturunkan daripada nenek moyang atau ahli keluarga kepada waris tanpa pengetahuan atau kerelaan si penerima. Saka sering dikaitkan dengan unsur mistik, perubatan tra
Dira

Dira

1 suka

𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗵𝘂𝗿𝘂-𝗵𝗮𝗿𝗮
𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗵𝘂𝗿𝘂-𝗵𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮? Negara kita telah melalui pelbagai fasa gelombang perubahan yang cukup besar dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Namun, dalam setiap transisi
Abam Mard

Abam Mard

9 suka

Gambar menampilkan judul "Hukum Nikah Siri Tanpa Sepengetahuan Istri Sah" dengan ilustrasi kartun dan foto seorang pria dan wanita, disertai pertanyaan "Bisa Dipidana kan]". Ini menyoroti pertanyaan seputar konsekuensi hukum nikah siri.
Gambar menjelaskan implikasi hukum dan pidana nikah siri tanpa sepengetahuan istri sah di Indonesia. Dijelaskan bahwa pernikahan ini tidak sah secara hukum negara dan suami dapat terjerat Pasal 284 KUHP atau Pasal 279 KUHP.
Gambar menjelaskan hukum nikah siri menurut Islam. Meskipun sah secara agama jika rukun terpenuhi, tindakan ini tidak dibenarkan secara etika dan dapat menimbulkan masalah hukum. Suami wajib berlaku adil, dan pernikahan tanpa izin bisa menyebabkan masalah.
✨Hukum Nikah Siri Tanpa Sepengetahuan Istri Sah✨
Shik Shak Shok liat cuplikan podcast 😵‍💫 #PerasaanKu #ViralTerbaru #TentangKehidupan #lemon8indonesia #inararusliinsanulfahmi
Bola Ubi

Bola Ubi

3 suka

Lihat lagi