Natural Dalam Segala Hal

Aku mendidik diri jangan taksub Tok Guru Agama Semuanya. Tapi saling mengkagumi Dakwah mereka yang berlainan fahaman.

Jangan taksub Pemimpin Politik Semuanya, tetapi menghormati selagi mereka memimpin Negara.

Jangan taksub dengan Bangsa sendiri sehingga secara tidak sengaja memecah-belahkan Perpaduan kerana kebanyakan dari kita telah berkahwin campur dengan berbagai Kaum dan Agama.

Jangan megah dengan Agama sendiri dan merendahkan Agama lain secara tidak langsung. Kitapun pada asalnya dahulu tidak beragama dan Agama Nenek Moyang kita pun saling berpindah randah mengikut zaman ke zaman turunnya berbagai Kitab Agama untuk mereka anuti dengan keyakinan masing-masing. Hanya Allah yang Maha Berkuasa Berkehendak sesiapa yang di pilihNya menjadi Islam.

Prinsip hidup aku saling hormat menghormati tanpa mengira Bangsa dan Agama apa pun demi Perpaduan yang akan menjaminkan Keharmonian yang saksama.

UNDANG-UNDANG MANUSIA DI HORMATI

HUKUM ALLAH DIDAHULUKAN

- Jeffrey William Goldenberg @ Mohd Yusof Omar @ Man Sheikh @ Jeff Ringo @ Yusof Arabi @ Yusof Santorian @ Yusof S. Ariffin @ Yusof MungeKitchen @ Buya Aiman @ Yusof Hidayatullah Al-Ariffin

Sejak dahulu kala Keturunan ku telah memiliki berbagai gelaran mengikut setiap tempat yang berbeza ketika hijrah dan bermasyarakat dengan berbilang kaum dan Agama demi keselesaan mereka. Ilmu Agama boleh di turunkan tapi Iman tidak boleh diwarisi walau datang dari keturunan Ulama sekali pun. Fikir-fikirkanlah...

3/27 Diedit kepada

7 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Beri peluang salah seorang daripada mereka yang muda untuk menerajui Negara pada masa akan datang.🥰

Lihat lebih banyak komen