Kisah Wali Sembilan Versi Yang Aku Dengar

Wali Sembilan @ Wali Songo sebenarnya sepuluh Orang Wali, tetapi Sheikh Siti Jenar di tolak keluar kerana telah mengajar Ilmu Agama Tauhid kepada semua orang awam ( boleh rujuk kisah Sheikh Siti Jenar di Google ). Seperti sedia maklum yang kita ketahui bahawasanya Keturunan ni berasal dari Salasilah Fatimah Binti Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Indonesia sebelum kedatangan Islam, masyarakatnya telah beratus tahun menganut Agama Hindu yang datang dari Negara India. Ketika Islam sudah berkembang di Arab dan Negara China terlebih dahulu, maka tibalah masanya Islam hendak di sebarkan ke Indonesia. Bukan perkara mudah untuk mendakwahkan Masyarakat Agama Hindu yang ternyata kuat dengan pegangan dan keyakinan mereka terhadap Agama yang telah di anuti dari turun temurun Nenek Moyang mereka. Sangat sukar sekali sehingga terpaksa berperang untuk menghentikan kemungkaran akidah. Salah satu sebab kalah dalam peperangan menyebarkan Ajaran Islam kerana Pengikut Agama Hindu di lindungi oleh Dewa-dewa mereka ( Bangsa Jin ). Maka terpaksalah Keturunan Wali Sembilan berunding dengan Bangsa Jin Islam untuk bekerjasama menentang kemungkaran penyelewengan Agama. Mereka terdesak sehingga mengenepikan Wasiat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam agar jangan sekali-kali meminta bantuan Jin walau seagama. Jika kita pernah mengikuti sejarah kisah-kisah Jin Islam menemui Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika hayatnya. Salah satunya Raja Jin Islam ingin berkhidmat dengan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk menjaga seluruh Keturunannya hingga ke hari Kiamat. Tetapi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menolak cara baik sebanyak dua kali. Namun kali ketiga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hanya mendiamkan diri kerana tahu benar bertapa Bangsar Jin adalah Bangsa yang paling degil. Oleh kerana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah berdiam diri maka Raja Jin Islam menyangka bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersetuju. Maka bermulalah Raja Jin Islam mengarahkan rakyatnya menjaga Keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai satu keutamaan. Di pendekkan cerita, apabila Tentera Jin Islam bergabung dengan Wali Sembilan berperang dengan Jin kafir dan masyarakat Hindu, di takdirkan Allah kemenangan berpihak kepada Agama Islam. Namun perlanggaran Wali Sembilan tidak ikut wasiat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengundang masalah kepada keturunan mereka seterusnya sehingga kehari ini dan apabila tibanya hari Kiamat. Akibat dari perjanjian bersama Bangsa Jin Islam maka seronoklah Bangsa Jin ini untuk berdampingan dengan keturunan ini hingga turun temurun yang kebanyakan Ustaz gelarkan Saka Keturunan. Larangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada sebabnya kerana Bangsa Jin Islam sikap mereka seperti manusia! ada ciri-ciri Kemunafikan. Mereka berbuat baik ada makna! untuk kepentingan Bangsa mereka sendiri ( Jin ). Dan lihatlah berapa malangnya nasib anak cucu seterusnya dari Keturunan Wali Sembilan yang semakin sesat. Kecuali Allah selamatkan hamba-hambaNya yang beriman tidak mudah di perdayakan Jin-jin Islam yang Munafik ini. Bayangkan Jin Islam cuba memporak-porandakan keturunan Wali Sembilan! inikan pula orang awam yang jahil sanggup bersahabat dengan Jin Kafir untuk terlihat kuat atau apa sahaja, pada pengakhiran hidup mereka mati dalam kesyirikan. Dan kebanyakan dari mereka susah roh nak keluar dari jasad sekiranya tiada Tuan yang baru dari keturunan seterusnya untuk di dampingi. Semoga kita sentiasa Mohon Pertolongan Allah agar kita mati dalam keadaan Islam yang sebenar-benarnya mengikut jalan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keturunan yang mulia pun boleh menyimpang dari landasan kebenaran! apatah lagi kita orang awam yang ingin berdamping dengan Bangsa Jin, alamatnya mati kufur. Kita ada Allah! kita tidak perlukan pendamping Jin, kita tak perlukan Mohon Pertolongan Para Wali di Makam mana pun berada seperti Makam Sultan Ariffin di Pulau Besar Melaka contohnya. Sebab itu pentingnya memahami Ilmu Tauhid ( Mengenal Allah ) dari Guru Mursyid. Para Ustaz yang sesat akan mengalakkan para pengikutnya menggunakan perantaraan untuk mohon Pertolongan dan bernazar di Makam-makam Para Wali ( Orang Alim ). Memang kebanyakan hajad mereka termakbul tapi pertolongan itu datang dari Bangsa Jin dan bukan dari Allah. Cuma Allah mengizinkan sesuatu itu terjadi dengan syarat perbuatan kesyirikan itu akan di tanggung selepas kematian iaitu seksa di Alam Barzakh hingga ke Neraka. Fikir-fikirkanlah...

Ilmu Agama boleh di turunkan tapi Iman tidak boleh diwarisi walau datang dari keturunan Ulama sekali pun. - Yusof MungeKitchen

3/30 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seseorang yang pernah mendalami cerita sejarah Islam di Nusantara, saya rasa kisah Wali Sembilan ini sangat menarik dan penuh pengajaran. Wali Sembilan bukan hanya sekadar tokoh penyebar Islam, tetapi mereka menghadapi pelbagai cabaran, termasuk konflik dengan agama Hindu yang kuat pada masa itu. Saya juga sangat terkesan dengan aspek kerjasama mereka dengan Bangsa Jin Islam, yang menurut cerita membawa konsekuensi jangka panjang sampai kepada generasi keturunan mereka. Dalam pengalaman saya mengikuti kajian ini, aspek perjanjian dengan Jin Islam sangat penting untuk difikirkan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam secara jelas telah mengingatkan agar manusia tidak meminta bantuan jin, walaupun jin itu seagama. Namun keadaan mendesak menyebabkan Wali Sembilan terpaksa membuat pengecualian, yang akhirnya memberi kesan sampingan berupa apa yang dikenal dengan 'saka keturunan'. Ini menggambarkan bagaimana amal dan keputusan para wali yang mulia masih ada risikonya jika tidak selaras dengan wasiat Nabi. Saya juga perhatikan bahawa dalam masyarakat kita masih banyak yang menganggap makam para wali sebagai tempat mendapatkan pertolongan dan keberkatan. Namun, artikel ini mengingatkan bahawa pertolongan yang mereka terima sebenarnya melalui perantaraan Bangsa Jin, bukan secara langsung dari Allah. Hal ini saya rasa penting untuk kita renungkan, kerana kebanyakan orang awam mungkin tidak menyedari hukum hakam ini dan risikonya terhadap keimanan. Dari segi pengajaran praktikal, saya belajar bahwa Ilmu Tauhid yang benar dan pemahaman terhadap Allah secara langsung dari guru mursyid yang betul sangat penting agar kita tidak mudah tersesat dalam praktik keagamaan atau ketergantungan pada hal ghaib yang salah. Iman dan ilmu harus kita jaga secara langsung, karena tidak diwariskan secara otomatis walaupun kita keturunan orang alim. Cerita-cerita seperti ini mengingatkan saya agar sentiasa berdoa dan memohon perlindungan Allah agar kita sentiasa di jalan yang lurus serta mendapat hidayah yang sejati dalam beragama. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dari sejarah Wali Sembilan dan mengambil sikap yang bijaksana dalam menjalani kehidupan beragama agar terhindar dari perbuatan yang membawa kepada kesyirikan atau kekufuran.

5 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen