Tahu-tahu Tua! Tahu-tahu Dah Mati Lalu Di Tanya Malaikat Mungkar Dan Nangkir

/Tanah Perkuburan Islam Parit Payung

Pernahkah anda di datangi Roh orang yang telah meninggal dunia banyak kali?. Orang yang anda kenal tapi selalu hadir dalam mimpi dalam keadaan latar belakang gelap gelita dan wajah mereka sedih. Lepas satu datang lagi yang lain, juga dalam keadaan sugul. Pada awalnya aku tidak peduli, mungkin itu mainan tidur. Tapi kalau orang yang masih hidup datang dalam mimpi kita, tandanya si dia rindukan kita walau dah tak ada hubungan lagi ( bekas Awek ). Tapi kalau orang mati datang untuk apa ya?. Aku sebaik Arwah Bonda di kebumikan, terus aku doakannya setiap hari secara konsisten sehingga hari ini dah 14 Tahun berlalu. Dan selagi hayat dikandung badan maka selagi itulah terus mendoakannya dengan penuh kasih sayang. Tapi sejak 16 Tahun lepas aku dah mula tambahkan lagi sedekah khusus buat Allahyarhamah Bonda Kesayanganku Aishah Kamseh agar di masukkan ke dalam Syurga dengan Rahmat Allah. Orang yang telah meninggal dunia sangat mengharapkan doa dari kita yang masih hidup setiap hari. Tapi malangnya anak-anak, adik beradik, saudara mara hanya mendoakan si mati secara bermusim. Walaupun aku rajin doa kan dan bersedekah buat Arwah Bonda, tapi susah nak mimpi kehadirannya. Sejak Bonda pergi Menghadap Ilahi, rasanya baru 3 kali mimpi Bonda sepanjang 16 Tahun. Yang hairan lain-lain kerap datang seperti orang gaji Bondaku, kawan baiknya dan Mak Angkat aku. Ada lagi tapi tidak sekerap ketiga-tiga ni. Aku hairan mengapa mereka selalu datang sedangkan masing-masing ada keluarga sendiri. Apakah tiada yang mendoakan mereka secara kerap hingga bertemu denganku dalam mimpi minta di doakan?. Pertanyaan demi pertanyaan sering bermain di kotak fikiranku. Sentiasa berteka teki dengan kehadiran roh orang mati. Akhirnya aku mendoakan mereka selepas mendoakan terlebih dahulu Arwah Bonda Kesayanganku. Untuk Arwah Bonda wajib bagiku mendoakannya setiap hari dan bersedekah untuknya setiap minggu sehinggalah giliran aku mati nanti. Berdoa bersifat sementara! bila kita mati terputus doa kita buat mereka. Tapi dengan bersedekah di tabung Masjid! walaupun kita dah tak ada kat dunia ni, pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh. Bonda adalah harta aku dunia akhirat maka kewajipan aku sebagai anak akan sentiasa konsisten berbakti padanya dengan doa dan bersedekah. Tentang Orang Gaji Bonda yang seperti Mak Angkat yang membesarkan aku, tak terlepas pandang dari mendoakannya juga. Cuma Bapa Angkatku dan sahabat baik Bondaku yang sering hadir dalam mimpi hanya mampu berdoa dan bersedekah secara konsisten setiap bulan sepanjang tahun sehingga giliran aku Menghadap Allah pula, insyaallah. Aku bukan orang kaya yang dapat bersedekah setiap minggu seperti yang aku lakukan kepada Bonda dan Mak Angkat aku tu. Sebab semakin hari semakin ramai yang datang macam minta tolong doakan mereka juga. Jadi! akupun lakukan cuma dalam bentuk bersedekah setiap bulan buat mereka secara bergilir-gilir selama 4 minggu ( sebulan ). Tak apalah anggap sebagai amal jariah buat si mati, mudah-mudahan ada orang lain yang akan berbuat macam tu jugak dengan bersedekah dan mendoakan aku bila dah tak ada kat dunia ni lagi. Dalam banyak-banyak kehadiran para Arwah ni, aku pastikan berdoa dan bersedekah di tabung Masjid kepada sahabat Akhiratku Allahyarham Benjy dan Raffie Hussein. Selepas doa dan bersedekah buat Arwah Bonda dan Mak Angkatku, nombor dua di beri keutamaan Benjy dan Raffie Hussein. Ada sebab mengapa, biarlah menjadi rahsia ku. Kasihan mereka cemburu denganku yang rajin mendoakan orang kesayanganku, tapi anak-anak dan adik beradik mereka terlalu jarang mendoakan. Sesibuk apa pun kita, rajin-rajinlah bersedekah dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Sebab! nanti kita dah mati, macam itulah keadaan di Alam Barzakh setiap tertunggu-tunggu doa dari mereka hidup. Dah macam minta sedekah! kesian mereka. Tolonglah hargai dan sayangi mereka walaupun dah lama tinggalkan kita. Doa dari kita sangat di harapkan dari mengupah Ustaz atau Ustazah setiap malam minggu buat doa tahlil, kerana budaya tu dah jadi seperti amalan keuntungan buat mereka untuk mendapatkan upah semata-mata. Belum tentu doa tu sampai dan dalam ramai-ramai yang mendoakan tidak semuanya ikhlas sebab lepas ada jamuan makan minum. Jadi! hentikan mengharap Para Agamawan mendoakan mereka, sedangkan masing-masing si mati perlukan dia kita sebagai anak, adik beradik, saudara mara dan sebagainya. Nak seribu daya! tak nak seribu dalih. Alasan sibuk buka cara untuk melepaskan diri dari mendoakan orang tersayang. Percayalah, giliran kita pasti tiba tatkala jasad telah di kebumikan! meronta-ronta mohon di doakan setiap hari dari mereka yang masih hidup. Fikir-fikirkanlah...

3/30 Diedit kepada

... Baca lagiDalam pengalaman saya, menghadapi kehilangan insan tersayang adalah satu perjalanan emosi yang panjang dan mendalam. Seperti yang dikongsikan dalam artikel ini, sering kali roh orang yang kita sayangi, terutamanya ibu atau bonda, muncul dalam mimpi dengan latar gelap dan wajah sugul. Ini mengingatkan saya bahawa walaupun jasad mereka telah tiada, ikatan kasih sayang dan doa daripada kita masih sangat diperlukan dan memberi kesan yang besar kepada roh mereka di alam barzakh. Saya sendiri pernah mengalami pengalaman serupa apabila arwah ibu saya sering hadir dalam mimpi, walaupun tidak kerap, namun setiap kehadiran itu membawa perasaan rindu yang mendalam. Apa yang saya pelajari, doa yang tulus ikhlas, serta sedekah jariah yang dilakukan secara konsisten, mampu membantu meringankan beban roh mereka. Seperti amalan menyedekahkan pahala di tabung masjid, ia merupakan amal yang pahalanya berterusan walaupun kita sudah tiada di dunia. Lebih menarik, tidak hanya roh ibu saya sahaja yang datang, tetapi juga roh orang-orang yang pernah dekat dengan keluarga seperti orang gaji dan sahabat baik ibu. Ini mendorong saya untuk mendoakan mereka juga, kerana mungkin mereka kurang menerima doa atau sedekah daripada keluarga mereka sendiri. Ini satu pengajaran bahawa amalan berdoa dan bersedekah tidak harus hanya tertumpu kepada keluarga terdekat sahaja, tetapi juga kepada sahabat dan insan-insan yang pernah menyentuh hidup kita. Satu nasihat penting yang saya ingin kongsikan ialah budaya mendoakan roh orang yang telah meninggal tidak harus dibuat secara bermusim atau hanya ketika majlis tertentu. Konsistensi dalam mendoakan serta tidak mengikat kepada upah ustaz sahaja adalah lebih mulia. Kerana bukan semua doa yang diupah itu sampai dengan ikhlas kepada roh tersebut. Sebagai anak, adik-beradik, atau saudara mara, kita mempunyai tanggungjawab yang tidak terputus hingga hari kita sendiri meninggal dunia. Akhir sekali, saya ingin mengajak pembaca untuk merenung kembali betapa pentingnya menggunakan umur yang ada untuk memperbanyakkan amal jariah dan doa untuk ahli keluarga tercinta yang sudah pergi. Melalui amalan ini, insyaAllah, kita turut memperoleh keberkatan dan persiapan menuju alam akhirat. Semoga kita semua berkesempatan menjadi anak yang sentiasa menjaga dan mendoakan ibu bapa serta ahli keluarga yang telah tiada, demi kesejahteraan dunia dan akhirat kita bersama.

Cari ·
senaman tegangkan aset

7 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Jika sekadar doa dan bersedekah di tabung Masjid untuk orang yang telah tiada tanpa diri kita menjaga solat 5 Waktu, tidak akan sampai pahala tersebut.

Lihat lebih banyak komen