Zaman kaset Dengar Ceramah Ismail Kamus dan H.M. Zainuddin

Tahun 80an aku mulai minat dengan radio kaset, dan ketika era tersebut selain lagu-lagu Nyanyian Artis terkenal, ceramah Agama juga sering di putarkan di kedai kaset kaki lima. Ketika itu kaset ceramah Agama yang paling terkenal dari Indonesia hanyalah Ustaz H.M. Zainuddin, kemudian muncul pula dari Malaysia iaitu Ceramah Ustaz Ismail Kamus. Memang seronok beli kaset ceramah Agama yang banyak siri. Ustaz H.M. Zainuddin ceramahnya tentang kisah Para Nabi, bermula dari Nabi Adam Alaihissalam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebanyak 25 siri. Bermakna kena beli 25 kaset untuk lengkapkan koleksi. Zaman tu Ustaz yang paling popular ialah Ustaz H.M. Zainuddin walau hanya dengar suara sahaja melalui kaset. Tapi Ustaz Ismail Kamus kita mampu lihat bila di jemput datang ke Mesjid memberi ceramah secara live. Masa tu Ustaz paling kelakar dan di sukai ramai Rakyat Malaysia hanya Ustaz Ismail Kamus. Sekarang zaman dah berubah dan penggantinya Ustaz Azhar Idrus. Nostalgia zaman kanak-kanak sungguh menyeronokkan, aku bertuah sejak kecil terdidik dengan mendengar ceramah Agama. Sebagai Anak Jati Melaka, aku berkesempatan mendengar ceramah Agama dari Para Ustaz yang di jemput khas kebanyakan dari Indonesia dengan ajaran Tasawwufnya. Mesjid popular pilihan ramai untuk mendengar Penceramah dari Indonesia seperti Mesjid Kampung Hulu, Mesjid Kampung Kling, Mesjid Tengkera dan Mesjid Tanjong Kling Melaka. Sanggup naik bas nak dengar ceramah dari berbagai tempat masa tu. Sekarang bertambah mudah sebab nak dengar Ceramah Agama jauh macam mana pun ada motosikal peneman setia. Jauh perjalanan luas pemandangan, sehingga kini sejak dah mampu beli motor pada pertengahan 90an sehingga sekarang! dah beratus Mesjid aku ziarah seluruh Semenanjung Malaysia. Tazkirah Agama atau pun ceramah paling best hanya di Perlis Negeri Sunnah. Selain dari Perlis kita boleh dengar ceramah yang terbaik hanya Pendakwah tertentu sahaja penyampaian Tazkirahnya bernyawa seperti Kedah dan Melaka. Lain-lain Negeri kebanyakan di kampung-kampung. Apa pun dalam kita menimba ilmu pengetahuan, jangan terlalu memilih. Dengar saja dan ambil manfaatnya. Walaupun Para Pendakwah semakin ramai sekarang ni, aku pilih Pendakwah yang Ilmunya sesuai dengan kehendak aku untuk mengulangkaji seperti Ustaz Muhaizat, Ustaz Zainul Asri, Ustaz Ahmad Rizam dan Ustaz Jamilin Kamilin sahaja. Yang lain-lain pun bagus tapi aku pilih yang terbaik. Semoga Allah sentiasa melindungi Para Agamawan dalam menyampaikan Dakwah kepada orang ramai dengan RahmatNya 🤲 Amin Amin Amin

3/31 Diedit kepada

... Baca lagiDari pengalaman peribadi saya, mendengar kaset ceramah agama pada zaman 80an membawa satu kenangan manis yang sukar dilupakan. Masa itu, radio kaset menjadi medium popular untuk menyebarkan ilmu agama, terutama melalui ceramah dari para ustaz seperti H.M. Zainuddin dan Ismail Kamus. Setiap siri ceramah mengenai kisah para nabi benar-benar membuka minda dan hati saya untuk lebih mendalami Islam. Melalui kaset-kaset yang sangat bernilai ini, saya dapat mengikuti rentetan ilmu dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW, yang sangat bermanfaat untuk pembelajaran agama dalam suasana yang santai. Selain itu, kehadiran ceramah secara langsung di masjid-masjid bersejarah di Melaka seperti Kampung Hulu dan Kampung Kling memberikan pengalaman dakwah yang lebih hidup dan mengeratkan hubungan antara penceramah dan jemaah. Saya masih ingat betapa gigihnya saya menaiki bas dan kemudian motosikal untuk mengikuti ceramah dari pelbagai negeri, menambah semangat untuk belajar agama walau dalam kesederhanaan. Zaman kini yang serba moden memungkinkan kita mengakses ceramah agama dengan lebih mudah melalui platform digital, namun nilai murni mendengar secara langsung dan menghayati setiap kata-kata penceramah tidak ternilai gantinya. Memilih pendakwah yang sesuai dengan jiwa sendiri juga sangat penting. Saya juga mengikuti beberapa pendakwah moden yang penyampaian mereka bernyawa, seperti Ustaz Azhar Idrus, selain Ustaz Muhaizat dan lain-lain. Namun, nilai nostalgia menghayati kaset ceramah dari era lampau tetap menjadi sumber inspirasi dan kenangan manis yang menguatkan iman. Saya percaya bahawa apa pun cara kita mendapatkan ilmu, yang penting adalah mengambil manfaat dan memperbaiki diri secara berterusan. Semoga usaha para pendakwah diteruskan dan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Allah SWT dalam menyampaikan dakwah kepada umat.

2 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Siaran berkaitan

CERAMAH DAN RAMAH
ADA BOLEH JADI INI MACAM Tajuk: Ceramah Yang Tidak Diduga Ustaz Haris tidak pernah sangka kakinya akan melangkah ke Lorong Cempaka. Bukan untuk "itu", tapi kerana jemputan program NGO — ceramah kesedaran agama untuk wanita-wanita di rumah pelacuran. Katanya, "Kalau Rasulullah pun
ultraman

ultraman

2 suka

Dengar ceramah, kemudian bertasbih.
Semoga tumbuh banyak pepohon yg cantik di syurga sebanyak tasbih yg dibaca.
makajivogue

makajivogue

79 suka

Imej menunjukkan pelbagai thumbnail podcast seram YouTube seperti 'Sembang Seram' dan 'Podcast Seram Doctor Zaty', dengan teks 'Podcast Seram Malaysia' dan 'Korang Suka Tengok Yang Mana??'. Terdapat juga ikon hantu dan anak panah 'SWIPE'.
Saluran YouTube Safwan Nazri Podcast dengan tajuk 'Sembang Seram'. Memaparkan video seperti 'ALUNAN BERHANTU SURIRAM!' dan 'JANGAN DENGAR ULEK MAYANG!', serta menyebut saluran kedua 'Seram Ke Tidak?'.
Saluran YouTube Seram Ke Tidak? memaparkan video podcast seram seperti 'BONGKAR MISTERI MINYAK DAGU' dan 'SIHIR PEMISAH'. Ia juga menyebut akaun pertama Safwan Nazri Podcast.
Hiburan dikala bosan, why not dengar cerita seram
Hai lemoners. #NakTanya Ada tak kat sini yang suka tengok podacst serammmmmm kat youtube? Kalau ada kita geng 🫶🫶. Korang tahu tak kewujudan podcast ni semua? Ada yang kita dengar, ada sesetengah viewer kena kacau bila dorang tengok podcast seram. Sampai macam tu eh. Setakat ni kita belum pern
Diari Suri rumah

Diari Suri rumah

58 suka

Gambar menunjukkan latar belakang kain bercorak bunga dengan kartun tersenyum memegang hati. Teks utama berbunyi "Amalkan Doa Ini Untuk Elak Fitnah DAJJAL swipe" mengajak pengguna untuk melihat doa seterusnya.
Satu Benda Best Bila Dengar UNM Ceramah Adalah..
Ustazah Norhafizah suka share doa. Salah satunya doa ni. Akhir zaman ni kena get ready, macam2 fitnah dah yang berlaku sekarang. Itu pun dah buat kita lemah dan tak tentu arah. Nanti datangnya fitnah dajjal tak tau la macam mana sebab dajjal akan aim perempuan dulu kerana kita kaum yg lemah.
✿sheryn_z4🎖✿

✿sheryn_z4🎖✿

18 suka

ceramah ustazah
buat baik lah selalu #allahummasollialasayyidinamuhammad #dakwahislami #quotesislami #fypmalaysia #Lemon8Malaysia
🇵🇸🕊️ merpati putih 🇵🇸🕊️

🇵🇸🕊️ merpati putih 🇵🇸🕊️

34 suka

Gambar seorang kanak-kanak perempuan berbaju tidur merah jambu dengan tulisan "DOA HARIAN IBU Booster Ajaib Untuk Anak Jadi Dengar Kata".
Gambar kanak-kanak perempuan berbaju tidur merah jambu dengan teks langkah pertama: Mulakan dengan Niat & Istighfar, termasuk niat dan bacaan istighfar.
Gambar kanak-kanak perempuan berbaju tidur merah jambu dengan teks langkah kedua dan ketiga: Baca Surah Al-Fatihah dan Doa Nabi Ibrahim untuk anak.
7Doa Rahsia Anak Dengar Kata!”IBU AYAH Buat ni
Sambungan 6. Amal Air Doa Langkah: •Bacakan ayat dan doa di atas ke dalam air: •Surah Al-Fatihah •Ayat Kursi •Surah Taha: 25–28 •Surah Ibrahim: 40 •Selawat 3x •Tiup ke dalam air dan beri anak minum atau guna untuk mandi. 7. Konsisten & Yakin Langkah: •Buat setiap hari tanpa jem
Ami Ghazali

Ami Ghazali

21 suka

#ceramah #ustadzHilmanfauzi #nasehatulama
#DoaHarian
iin0618

iin0618

9 suka

26 RAMADHAN
Qas ₍ᐢ⑅•ᴗ•⑅ᐢ₎

Qas ₍ᐢ⑅•ᴗ•⑅ᐢ₎

2 suka

Jujur, apa ayat paling pedih pernah dengar?
#TakRamaiTahu kesan kata² yang tak baik pada budak kecil. Lagi² budak kecil yang terpaksa matang sebelum usia. #JujurDiLemon8 walaupun sudah 25 tahun berlalu, kata² tu masih terngiang-ngiang di telinga sehingga kini setiap kali kalau hadap situasi yang boleh trigger pada ingatan tu. Kis
Elifa Ismail 💜

Elifa Ismail 💜

13 suka

Seorang wanita duduk memegang cangkir dengan teks "Kenapa Kita Gampang Ngomentarin? Tapi Susah Ngedengerin?" di tengah, membahas kesulitan mendengarkan.
Teks menjelaskan bahwa orang sering ingin didengarkan, bukan dibandingkan, dan bahwa mendengarkan adalah bentuk empati, bukan selalu solusi.
Teks menyarankan untuk mendengarkan sampai habis, tidak buru-buru memberi saran, dan bahwa "aku ngerti kok" lebih menenangkan, dengan gambar wanita di latar belakang.
Ternyata Ini Penyebab Kita Susah Jadi Pendengar 😮
Hollaaaaa 🍅 Siapa nih yang kalau temennya curhat langsung refleks kasih saran padahal belum selesai ngomong? 😅 Padahal kadang orang tuh cuma pengen didengerin, bukan di-“ceramahin”. Belajar diem dan nyimak juga bagian dari empati loh 💭 Kamu tim pendengar atau tim pemberi saran nih? 🤔 Tulis d
Oydwis🍅

Oydwis🍅

18 suka

Tak sangka Min dengar luahan saya 🫣
Haritu ada la aku post konten kat SINI MENGADU SIKIT pada @Lemon8_MY . #JujurDiLemon8 aku malu nak post gambar sendiri, tapi dalam hati teringin sangat periuk ni! Alhamdulillah, aku menang periuk ni! Tak sangka! Post pasal emas ni menang wehh! Ahhhh happy sangat! #TakRamaiTahu rupanya r
Elifa Ismail 💜

Elifa Ismail 💜

31 suka

Imej menunjukkan pelbagai cincin emas dengan reka bentuk berongga, bertanyakan "HARD GOLD? Emas tulen ke?" dan menggesa pengguna untuk meleret untuk maklumat lanjut.
Imej memaparkan cincin emas berongga dengan teks menjelaskan Hard Gold sebagai emas 916 yang ringan, mewah, dan besar, dihasilkan dengan teknologi moden.
Imej menunjukkan cincin emas bertekstur dengan teks yang membincangkan sama ada Hard Gold berbaloi dibeli, menekankan ia nipis, ringan, berharga bajet, dan mudah kemek.
Pernah dengar HARD GOLD?
Sama ke HARD GOLD ni dengan emas 916 yang biasa tu? Ye, sama je wak. Mutu emas 916 juga. Cuma HG ni lebih ringan. Design besar² tapi hakikatnya RINGAN je, bawah 1g pun ada. Macam dalam gambar tu. #RuangEmosi kalau teringin nak pakai yang besar² tapi kekurangan bajet, boleh la intai² hard go
Elifa Ismail 💜

Elifa Ismail 💜

26 suka

Imej menunjukkan seorang wanita berhijab sedang berlutut di atas permaidani, dikelilingi hiasan bunga. Teks overlay berbunyi: 'Isteri Yang Sedang Mencari Rezeki Halal @ Full Housewife Perlu Ada Rasa MALU!'. Ini menekankan kepentingan sifat malu bagi isteri, sama ada bekerja atau suri rumah.
Malu Dengan Apa Tu ?!😲
.... Malu untuk keluar makan dengan rakan sekerja berlainan jantina, lebih2 lagi dengan suami orang😌 Isu ni sensitif risau ada yg terasa tapi kebetulan baru jer dengar ceramah dari UNM tajuknya FITNAH WANITA, boleh dengar balik kat y0utube untuk lebih details supaya takde salah faham😊 Ustazah
✿sheryn_z4🎖✿

✿sheryn_z4🎖✿

2 suka

Lihat lagi