Berkarya hasil pengalaman ada roh penceritaan
#JujurDiLemon8 Berkongsi berbagai kisah melalui penceritaan adalah di syorkan hasil dari pengalaman dan penyaksian mata kepala kita sendiri. Dengan itu terlahirlah tulisan yang membawa tauladan dan manfaat buat pembaca. Walau tiada keuntungan dan tanpa mengharap pujian, tapi sekurang-kurangnya diri kita sendiri terhibur ada aktiviti yang bermanfaat untuk di kongsikan kat Status Lemon8. Hargai dengan follow rakan maya dan beri like dan komen yang membina. Tujuan utama menambah persahabatan dan mengeratkan silaturrahim. Gunakan platform ini untuk tujuan baik kerana setiap perkongsian melambangkan keperibadian kita. Namun sebagai manusia biasa yang penuh dosa, adakalanya tulisan yang di sampaikan sangat tajam menusuk kalbu. Padahal itu adalah pengalaman peribadi penulis yang di tujukan pada orang-orang tertentu sahaja dari pengalaman yang lalu. Dah jadi sejarah dah tiada keuntungan untuk membalas dendam. Cuma segala penceritaan yang di sampaikan bermanfaat dan mendapat pahala di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Yang baik datang dari Allah! yang buruk datang dari kekurangan diri yang adakalanya alpa.
























