Ilmu Ikhlas
Aku telah melihat satu kejadian yang melawan Arus! sampai kini masih jelas terpahat dalam ingatanku. Kisah ini berlaku pada pertengahan 80an di Kampung Jawa Melaka ( sekarang dah tak ada lagi sebab di naik taraf untuk pembangunan ). Kampung Jawa terkenal dengan aktiviti perniagaan kain baju, barang dapur, kitab-kitab dan macam-macam lagi di perniagakan dari berbagai Bangsa. Kampung Jawa juga terkenal sebagai kawasan hitam, ada gangster dari kalangan Orang Jawa, aktiviti kemaksiatan dan penagihan dadah juga perjudian. Sesiapa sahaja hendak Solat Berjemaah di Mesjid Kampung Hulu pasti akan melalui jalan tersebut termasuk aku. Di situ ada kedai kopi Cina yang terkenal masa tu. Aku suka singgah minum Yang'tea dengan roti bakar. Di pendekkan cerita! terjadi satu peristiwa pada petang selepas Asar. Ada seorang perempuan kerasukan betul-betul depan kedai Kopi Cina tu. Kebetulan ada seorang Jemaah Mesjid baru pulang dari Solat Asar tak jauh dari Mesjid Kampung Hulu. Lelaki tersebut pun membaca ayat-ayat Qursi untuk menyembuhkannya. Tapi tidak berkesan, bahkan semakin kuat histeria perempuan tersebut. Melihatkan keadaan tersebut, tiba-tiba satu perempuan tua dengan gaya tomboy berbangsa Jawa ( di katakan Gangster Wanita kawasan tersebut ) minta Tauke Kedai Kopi tu secawan air suam. Di bacanya sesuatu dari Surah Ayat Suci Al-Quran lalu di hembuskan ke dalam air putih tersebut. Kemudian mengarahkan seseorang untuk sapu kan air jampi tersebut ke seluruh wajah perempuan yang kerasukan tadi. Sekelip mata terus sembuh dengan izin Allah. Jemaah tu rasa malu dan terus beredar, manakala Wanita yang membantu tadi dengan air jampi menyambung kembali minuman khamar nya. Aku saksi mata tempat kejadian tersebut, aku merasa hairan! kenapa orang yang sering solat tak mampu sembuhkan perempuan yang kerasukan. Tapi Wanita Tomboy yang sedang minum arak mampu menyembuhkannya. Sungguh aku tak faham masa tu sehinggalah apabila aku semakin matang dan faham Agama barulah aku dapat jawapannya. Orang yang selalu Solat tidak berjaya menyembuhkan perempuan yang kerasukan itu kerana mungkin dia merasa diri terlalu suci, dan ketika pengubatan dilakukan ada rasa Ujub, Riak dan Takabbur dalam dirinya. Itu kebarangkalian yang aku rasakan. Manakala Wanita Tomboy yang sedang minum arak mampu menyembuhkan perempuan tersebut kerana keikhlasan hendak menolong kerana Allah semata-mata. Jadi! keikhlasan nya mengatasi segala-galanya. Walaupun bagaimana pun perbuatan tidak menghalalkan cara. Itu semua asbab untuk aku memikirkan kejadian itu dengan pandangan mata hati. Ternyata Wanita Tomboy berbangsa Jawa tersebut dahulunya perempuan yang Solehah. Beberapa kali khatam Al-Quran di Kampungnya Batu Pahat Johor. Oleh kerana dapat Suami yang zalim dan sering di pukul, menjadikannya memberontak dan selepas perceraian hijrah ke Melaka untuk penghidupan yang baru di Kampung Jawa. Beliau di gelar Gangster Wanita Kampung Jawa kerana kerap menolong para wanita yang menjadi mangsa rumah-tangga. Jadi kebanyakan mangsa dera meminta bantuan darinya untuk membela nasib mereka. Jadilah beliau terkenal seluruh Melaka sebagai Gangster Kampung Jawa ( nama terpaksa di rahsiakan ). Moral dari kisah ini adalah hendak buat sesuatu perkara harus di dahulukan dengan keikhlasan. Ikhlas dalam menimba ilmu Agama, ikhlas dalam beribadah kepada Allah, ikhlas dalam berkebajikan sesama manusia, ikhlas apa jua perbuatan tanpa berpuak-puak dan rasa diri ingin di puja masyarakat. Dengan penyaksian inilah yang telah mengubah hidupku untuk berbuat sesuatu perkara dengan mendahulukan rasa ikhlas. Dan kesannya, apa jua ujian yang mendatang dalam bentuk untuk menyesatkan kita! insyaallah akan sentiasa diri berada dalam Lindungan Allah senantiasa. Tak mudah tertipu dengan perkara ghaib dan di beri pandangan mata hati untuk mengesan kesesatan dan penyelewengan dalam Agama yang tidak mengikuti jalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Fikir-fikirkanlah...
Dalam kehidupan kita, keikhlasan memang merupakan satu nilai yang sukar difahami sepenuhnya tanpa pengalaman nyata. Kisah yang diceritakan dari Kampung Jawa Melaka ini benar-benar membuka mata tentang bagaimana keikhlasan boleh mengatasi segala kekangan dan prasangka manusia. Saya pernah menghadiri beberapa majlis zikir yang dibimbing oleh ustaz-ustaz yang menekankan pentingnya membersihkan hati daripada ujub, riak, dan takabbur agar doa dan usaha kita mendapat keberkatan. Dalam pengalaman saya, apabila hati bersih dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah tanpa mengira status diri, keberkesanan doa sangat ketara. Kisah tentang seorang wanita tomboy yang walaupun kedengaran kontra dengan imej soleh, tetapi mempunyai keikhlasan yang sangat murni, itu mengingatkan saya bahawa penilaian manusia sering cetek jika hanya melihat luaran. Sesungguhnya, ikhlas itu datang dari dalam hati dan niat yang suci tanpa mengira latar belakang seseorang. Menyentuh tentang pengubatan menggunakan ayat Al-Quran dan air suam yang dibacakan ayat suci, ianya satu amalan yang biasa di kalangan masyarakat Malaysia terutama di kampung-kampung. Namun keberkesanannya bergantung kepada keikhlasan yang mengiringi amalan tersebut serta keizinan dari Allah. Dalam era moden ini, kita perlu sentiasa berhati-hati kerana banyak ajaran dan amalan yang nampak betul tetapi boleh membawa kepada penyelewengan agama jika tidak mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Contoh dalam kisah ini membuka ruang untuk kita menilai kembali niat dan keikhlasan dalam setiap perbuatan ibadah dan muamalah. Pengalaman peribadi saya sendiri mengajar bahawa apabila kita melakukan sesuatu dengan penuh ikhlas, walaupun kecil dan sederhana, ia akan membawa kesan positif yang besar dalam kehidupan kita dan orang di sekitar. Keikhlasan juga membuat kita lebih tabah menghadapi ujian dan menjauhkan diri dari godaan kejahatan. Kesimpulannya, ilmu ikhlas bukan hanya sekadar ilmu teori tetapi perlu dipraktikkan dalam kehidupan harian. Jadi, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah ini dengan mendahulukan rasa ikhlas dalam setiap perkara, insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati dan sentiasa dalam lindungan Allah.


alhamdulillah