Bangga Kejayaan Dunia Tapi Tak Risau Bakal Gagal Di Akhirat
Para Pendakwah sentiasa mengingatkan kita agar berusaha untuk mendapat Kejayaan di dunia dan di akhirat, dengan cara mendalami Ilmu Agama demi memantapkan akidah dan belajar hingga ke Menara Gading untuk masa depan yang cerah dalam bidang pekerjaan. Tapi jangan bersedih jika anda gagal dalam pelajaran dan tidak mampu ke Universiti, sekurang-kurangnya anda punya akidah yang mantap di mana dengan keyakinan Beragama kita masih mampu untuk hidup mencari rezeki yang halal walau gaji tidak tinggi. Lebih baik faham Agama daripada Hebat menguasai Ilmu duniawi yang tidak membawa manfaat di akhirat kelak. Dapat menguasai kedua-dua lagi baik asalkan bijak mengimbangi kehendak Dunia dan Kehendak Akhirat. Berapa ramai orang yang tidak mampu ke Universiti tetap juga berjaya dalam bidang perniagaan contohnya. Dan Orang miskin juga mampu berjaya dengan pekerjaan biasa-biasa sahaja dengan gaji kecil tapi sentiasa mengucap syukur pada Allah atas rezeki yang di KurniakanNya. Tapi lebih hina di dunia dan di akhirat jika hidup sudahlah miskin sebab sekolah tak tinggi! di tambah miskin dalam soal menguasai Ilmu Agama kerana tidak melaksanakan Solat 5 Waktu. Bahaya manusia macam ni, miskin di dunia bawa sampai ke akhirat kebodohannya. Jika anda di beri pilihan, pilih nak bijaksana di Dunia atau selamat di kemudian hari dengan menguasai Ilmu Agama?. Maksud aku jika tidak dapat kedua-duanya, maka mana lebih penting untuk amalan yang dapat menolong kita di kemudian hari nanti. Berjaya di dunia ada Sijil Universiti contohnya! tapi untuk duniawi saja. Sedangkan mendalami Ilmu Agama membawa kejayaan di dunia hingga akhirat sekaligus. Fikir-fikirkanlah...




































