Hijrah Diri
Setiap manusia berubah kearah kebaikan dengan berbagai cara. Ada yang di timpa musibah baru cari Tuhan, sedangkan dulu sibuk dengan keduniaan. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya hidup tidak terus hanyut dengan melupakan Allah.
Ada manusia dari kecil terdidik dengan Agama yang tinggi, alih-alih bila dewasa hanyut dengan nikmat dunia hingga bertuhankan maksiat. Dan kebiasaannya orang yang pernah ada ilmu pasti kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
Setiap Insan akan di uji tanpa mengira jahil atau pun faham Agama. Orang jahil apabila diuji musibah dari berbagai arah boleh mengakibatkan murtad dalam Agama bila mereka berputus asa dalam hidup. Yang faham Agama apabila di uji dengan dugaan hidup yang tiada hentinya, kalau kecewa macam mana pun sedikit tidak akan menyalahkan Takdir! walau tersesat jalan dengan meninggalkan solat. Ianya bersifat sementara, pada akhirnya akan rindu sangat untuk kembali beribadah kepada Allah dan menyesali akan dosanya.
Bagi yang ingin menjadi hamba Allah yang Soleh, tapi tidak tahu bagaimana nak cari Guru Mursyid ( Guru Agama yang benar di sisi Allah ). Silap haribulan dapat Guru Agama yang sesat pulak, lebih-lebih lagi di akhir zaman moden ni! Ajaran Sesat berleluasa banyaknya.
Maka bermulalah dengan cara cari kawan yang dari kalangan Golongan Tabligh. Kemudian berusaha sendiri bagaimana hendak meningkatkan keimanan masing-masing. Bila kita berkehendak jadi baik, Allah akan bagi jalan berbagai cara untuk mentauhidkanNya.
Banyakkan membaca tafsiran Al-Quran dan belajar Hadi's. Mana yang tidak faham, tanya Ustaz tak kiralah di Masjid, Surau atau Madrasah. Jika ada sahabat atau jiran yang bergelar Ustaz, lagi bagus! tak malu nak bertanya. Kalau malu jugak, rugilah. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.
Aku secara peribadi, yang pernah belajar berbagai Guru Agama dengan berbagai Fahaman. Juga pernah join macam-macam Kumpulan Dakwah seperti Tabligh, Al- Arqam, Tariqat dan sebagainya termasuk terjebak ke ajaran sesat. Pengalaman tersebut mendewasakan aku. Dan untuk mengulangkaji Ilmu yang pernah kita belajar, kita boleh rujuk dengar Tazkirah dari berbagai Pendakwah sesuai dengan kefahaman kita. Sebab! nak cari Guru-guru Agama kita yang dulu-dulu tu, kebanyakan dah kembali Menghadap Allah. Gunakan kesempatan yang ada memilih topik apa yang hendak kita asah balik ilmu pengetahuan Agama agar tidak tumpul.
Untuk mengulangkaji Ilmu Tasawwuf, aku suka dengar Tazkirah dari Ustaz Muhaizat. Untuk menajamkan kembali Ilmu Tauhid, aku suka ikut Kuliah Ustaz Ahmad Rizam. Bab-bab Faekah aku pilih Ustaz Azhar Idrus. Dan mengembangkan Ilmu Hadi's, aku suka mengikuti Dakwah yang di ajar oleh Ustaz Adi Hidayat.
Bagaimana untuk mencintai Agama dan berakhlak mulia, aku gemar mengikuti Ceramah Agama dari Ustaz Somad, Ustaz Don, Maza, Buya Yahya, Jamilin Kamilin, Zainul Asri dan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang di rindui ( masih boleh mengikuti Tazkirahnya di YouTube dan sebagainya ). Jangan taksub pada satu-satu Guru, nanti kamu akan kecewa bila mereka tidak sempurna. Timba-lah Ilmu Agama dari mana-mana Ustaz pun tak apa, janji ilmunya benar. Yang baik kita amalkan, yang tak sesuai dengan jiwa kita! abaikan saja. Sentiasa menghormati semua Pendakwah dengan doa yang baik-baik buat mereka semua. Dengan pandangan mata hati dan firasat jiwa, Allah akan dorong untuk kita memahami sesuatu ilmu sama ada datang dari sumber Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam atau dari Para Mahzab yang berlainan pandangan. Itu sebab pentingnya ada ilmu dan sentiasa Mohon Perlindungan Allah dalam memahami sesuatu ilmu. Aku selalu berdoa; Ya Allah! kurniakan aku ilmu pengetahuan yang bermanfaat buat aku dan orang lain. Jauhkan aku dari ilmu yang bukan ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Belajar selagi hidup! ilmu Agama sangat luas dan tak mungkin kita mampu menguasai seluruh kefahaman Agama tanpa Pertolongan dan Izin Allah. Belajar untuk memahami, rajin bertafakur, sentiasa membaca Tafsiran Al-Quran, mendalami Ilmu Hadi's yang sahih sahaja serta ambil iktibar dari kisah-kisah benar dari pengalaman hidup yang sempat menjadi saksi mata atas tergelincirnya ahli ibadah dari landasan kebenaran.
Tak perlu jadi Alim sampai nak berjubah dan berserban, itu hanya budaya Arab. Cukup sesekali mengikut mood sesuai dengan keadaan, kalau nak solat Jumaat eloklah berpakaian seperti Ustaz. Nak dengar Kuliah Agama, berbaju Melayu pun tak ada masalah. Janji bersih dan penampilan diri yang menarik dengan bau-bauan wangian minyak atar. Menjadi orang biasa-biasa lagi bagus, kita boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa halangan. Itu termasuk sifat rendah diri yang perlu kita jaga setiap hari agar tidak terpalit rasa Ujub, Riak dan Takabbur tanpa di sedari. Jangan perasan bila tengok cermin dahi kita hitam! untuk bukan jaminan kita orang yang Soleh. Belum tentu dahi hitam jamin masuk Syurga sebab banyak beribadah. Hanya keikhlasan dalam Patuh segala Perintah Allah sahaja yang mampu menyelamatkan akidah kita dari terpedaya dengan amalan sendiri. Fikir-fikirkanlah...





















