Kashaf Mata dan Telinga
Dulu aku tak tahu apa makna Kashaf! tapi aku lebih suka gelarkannya sebagai pandangan mata hati. Sebab ia Kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala kepada sesiapa yang di KehendakiNya tak kira Islam ataupun bukan, dan semua Bangsa dapat kelebihan ini atas izinNya jua.
Masa kecil sebelum mendalami Ilmu Agama, aku dah boleh nampak perkara ghaib. Cuma yang tak seronoknya kerap kali nampak hantu. Dah macam-macam hantu aku jumpa, kubur berasap, bebola api terbang pada waktu malam dan sewaktu dengannya.
Tapi sebaik mula belajar Ilmu Tasawwuf terlebih dahulu, banyak buruk dari baik. Hijab terbuka luas yang mereka gelarkan Kashaf Mata dan Telinga. Aku sering melihat kemunafikan Ahli Ibadah yang memberi tekanan kepada mental dan jiwa aku masa tu. Paling tak tahan, ada bisikan ketika sedang berjaga dan waras. Sentiasa bercakap nada lembut tapi berbau hasutan. Siap dengan tayangan gambar seperti hologram ( skrin TV yang beralun macam air ) mengulang tayang tiap-tiap perbuatan Agamawan yang Munafik dengan berbagai kesalahan. Salah satu bisikannya yang sampai sekarang aku ingat kata-katanya penuh membujuk; MACAM NI KE ORANG ISLAM?, KALAU AKULAH! MALU JADI ORANG ISLAM MACAM NI.... LEBIH BAIK KAU KELUAR DARI ISLAM. Aku terus tutup telinga dan lawan hasutan tu. Tak lama kemudian sewaktu beriktikaf dalam Mesjid, sekali lagi bisikan di telingaku! katanya penuh lembut; KAU NAMPAK KITAB-KITAB TU! SEMUA BUAT PERHIASAN. SEPATUTNYA UNTUK ORANG BACA, TAPI ADA LEBIH TAK NAK SEDEKAH. BERDOSA TAU TAK! LEBIH BAIK KAU AMBIL DAN BAGI KAT ORANG. Kali ini hasutannya berjaya meyakinkan aku, tanpa rasa takut aku ambil semua Kitab Surah Yassin masuk dalam poket baju Melayu dan keluar dari situ. Kemudian aku agih-agihkan Surat Yassin tersebut kepada orang awam. Itulah perbuatan bodoh yang pernah aku lakukan seumur hidup. Tapi bukan kerana semata-mata bisikannya yang mendorong aku melakukannya, tapi lebih kepada sifat amarah terhadap sikap kebanyakan Ahli Agamawan yang seperti kata pepatah " Syaitan yang bertopengkan Manusia." Tapi apa yang aku buat pun serupa perangai Setan. Lama aku fikir akan perbuatan aku tu, rasa menyesal sangat. Ambil masa berbulan nak mengaku kesilapan pada Pak Imam Mesjid tempat aku curi kitab tersebut. Satu hari aku beli Kitab Surah Yassin yang baru dan bersemuka dengan Pak Imam Mesjid dengan rasa malu yang amat sangat untuk memulangkannya sekaligus menggantikannya. Alhamdulillah, Pak Imam tak marah dan menasihati aku macam anaknya sendiri. LAIN KALI JANGAN BUAT LAGI YA. Nasihatnya padaku. Sejak itu aku berhenti belajar Tasawuf sebab Tersauk! macam Tersampuk pun ada, bukan-bukan perkara aku buat.
Di pendekkan cerita, bila aku berhijrah ke tempat baru. Aku berkesempatan belajar Ilmu Tauhid dan bersyukur bertemu Guru Mursyid. Tapi macam biasa! setiap kali belajar mesti Jin Kafir main gendang ganggu konsentrasi aku nak tumpu pada ajaran Guru. Tapi Ustaz Azhar dengar! dia marah aku; KAU NAK DENGAR AKU MENGAJAR! ATAU NAK DENGAR JIN MAIN GENDANG?. Akupun tunduk malu. Semakin lama aku mendalami Ilmu Tauhid, selalu sangat nampak Jin hitam macam terbakar! tak kira siang atau malam. Kemana aku pergi berpindah randah pasti nampak kelibat Jin Hitam ni. Lama kelamaan aku dah terbiasa dan hilang rasa takut sebab pernah beberapa kali kejar Jin Kafir ni tapi tak dapat tangkap. Olehnya kerana dah tak takut agaknya, dan mereka tak mampu lagi membisik macam dulu agar ikut arahan mereka ( Bangsa Jin ). Dia orang pun meng-upgrade kan diri menyamar sebagai orang Alim pulak. Pada awalnya terpedaya sekejap apabila muncul seorang berpakaian Jubah dan Berserban mengarahkan aku pakai kain kuning. Aku tanya kenapa, dia jawab; KAU PAKAI SERBAN KUNING, NANTI KEMANA ENGKAU PERGI! ORANG AKU NAMPAK TANDA KUNING NI... MEREKA AKAN JAGA KESELAMATAN KAU. Aku sejak mula faham Pengajian Tauhid, gemar bertafakur merenung diri. Aku rujuk pada akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda tak membenarkan Umatnya mengkaji Alam Ghaib. Tak benarkan bergaul dengan Jin Islam. Tapi aku bukan mencari! tapi di cari. Aku bukan mengkaji Alam Ghaib! tapi aku di beri kelebihan melihat perkara ghaib. Jadi! walau apapun keistimewaan yang aku ada, tidak akan aku salahgunakan kelebihan ini. Aku tanggalkan Serban Kuning sebab aku tak ingin makhluk apa pun jaga aku! sebab aku ada Allah Yang Maha penjaga. Sedikit demi sedikit aku berjaya menepis segala keindahan yang nampak baik tapi penuh tipu-daya untuk mencalarkan akidah aku. Antaranya cuba mengisytiharkan aku sebagai Imam Mahdi. Aku tak sebodoh itu sebab dah belajar Hadi's tentang ciri-ciri Imam Mahdi yang sebenar-benarnya. Sedangkan aku tidak ada ciri-ciri tersebut terutama tiada tanda lahir di tengah antara dua belikat Kalimah Allah seperti Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kawan-kawan seperguruan sebahagian dah sesat! ada yang mengaku Kiyai, Wali Allah dan paling teruk mengaku Rasul pun ada. Aku bersyukur dengan kefahaman Ilmu Tauhid yang benar di sisi Allah, aku berjaya menafikan segala ujian yang mendatang! terutama mindaku di asak dengan kenampakan Ahli Ibadah yang Munafik setiap hari sehingga sekarang ini. Tapi aku kembalikan segala ujian ini kepada Allah dengan Mohon PerlindunganNya. Tak mudah! sebab sentiasa di sihir Jin dan Manusia berulang kali dan bertukar ganti gara-gara menolak untuk ikut arahan Jin Islam yang Munafik juga. Tak apalah sakit walaupun berat nak tanggung ujian ini. Selalu pujuk hati; TIADA SESIAPA YANG BOLEH MEMUDARATKAN AKU DENGAN SIHIR TANPA IZIN ALLAH! DAN TIADA SESIAPA BOLEH MENGHALANG KEJAYAAN AKU BILA ALLAH BERKEHENDAK.
Itulah cara aku pujuk hati untuk tanggung segala kesakitan asalkan Akidah ku terselamat. Ada satu orang meramalkan aku katanya; ENGKAU NI SUF, KALAU TAK MATI KENA BUNUH! MATI TERBUNUH. Aku senyum saja dan Berserah pada Allah Yang Punya Jiwa ini. Jika ikut akal logik manusia, sepatutnya dah lama aku mati. Tapi Allah Pegang nyawa aku dan kepadaNya Aku Berlindung. Macam-macam serangan sihir angkara manusia dan Jin dengan berbagai sifat kedengkian seperti, pernah muntah darah, lumpuh seluruh tubuh, hilang fikiran macam Amnesia. Susah dapat pekerjaan, ada kerja Majikan pulak zalim. Sakit berantai yang tiap-tiap tahun pasti kena antara bulan Oktober, November atau Disember iaitu kencing berdarah. Setiap kali kena pasti masuk hospital tapi Doktor tak dapat kesan penyakit aku walau sudah di X-ray. Dari 2008 sehingga tahun 2021 aku tanggung sakit berantai ni. Berbelas Ustaz Shifa aku berubat, dan tak pernah gunakan khidmat Bomoh selama tanggung sakit. Alhamdulillah, dengan izin Allah sembuh sakit kencing berdarah setelah berubat Shifa dengan Ustaz Zawawi Imam Mesjid Kampung Hulu Melaka. Tapi dugaan tidak berhenti di situ, penyakit berantai baru pulak timbul angkara sihir Jin dan Manusia lagi. Kini tahun kedua aku kena sakit tak mampu berdiri untuk solat, bila kena kebiasaannya memakan masa 2 hingga 3 bulan. Sakit berantai jenis ni tahun lepas kena bulan 3 dan 4, kemudian sembuh dengan sendirinya. Tahun ni 2026, aku kena awal bulan 1 dan 2... penghujung bulan 3 aku dengan sendirinya. Macam biasa, Doktor pun tak boleh kesan penyakit misteri ini.
Apa yang aku nak kongsikan kat sini, kelebihan sesuatu perkara seperti Pandangan Mata Hati ( Kashaf ), kita akan di uji sesuai dengan ketaatan kita kepada Allah. Makin kuat akidah kita dalam Mentauhidkan Allah! makin sengsara ujian yang hadir dari gangguan Jin Islam Munafik dan Jin-jin Kafir. Aku tak pernah nak jadi orang Alim! aku cuma nak faham pada siapa yang aku Sembah dengan sebenar-benar Penyerahan kepada Allah dengan Patuh segala PerintahNya. Tak ingin nak jadi Ustaz, cuma nak jadi Umat Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sebenar-benarnya jika di izinkan. Hanya itu sahaja impian aku sebagai seorang pendosa...










































