Ujian Penghapus Dosa
Berbagai cara Allah beri ujian kepada setiap hambanya berupa Kifarah atau ujian semata-mata untuk menaikkan darjat hamba-hambaNya. Jika itu kifarah! bersyukurlah beban seksamu ringan di akhirat kelak. Dan jika engkau rebut peluang kifarah ini dengan kembali ke pangkal jalan, kamu manusia yang bijaksana. Tapi jangan tergopoh-gapah untuk buat semuanya, perlahan-lahan dirikan Solat 5 Waktu secara konsisten. Target masa setahun atau dua untuk memastikan anda tidak pernah meninggalkan solat. Selepas itu perlahan-lahan tambah solat sunat seperti Tahajjud, Dhuha, Taubat dan lain-lainnya. Bila tiba Bulan Ramadhan, berpuasa genap sebulan. Apa bila kita sudah mampu melaksanakan Solat 5 Waktu tepat pada masanya, secara tidak langsung kita sudah ada kekuatan dan keyakinan yang tinggi untuk melakukan ibadah sunat yang lainnya. Biar sedikit tapi konsisten daripada tergesa-gesa buat semua perkara tapi sekerat jalan. Kita yang sudah lama tidak solat, memang berat nak mendirikan sembahyang sebab dah selesa hidup tanpa amal ibadat. Permulaan nak memperbetulkan diri mesti lihat kemampuan diri terlebih dahulu. Mulakan dengan Ibadah Solat tiangnya Agama. Dari akar umbi konsisten dalam beribadah maka satu persatu kita mudah melaksanakan segala Perintah Allah untuk Patuh Kepada-Nya. Dunia untuk orang Patuh! bukan untuk orang baik tanpa beribadah kepadaNya. Fikir-fikirkanlah...































