Benarkah Buluh Perindu memang wujud?

Dulu dalam banyak-banyak Wartawan, hanya seorang sahaja yang bercerita tentang P.Ramlee di hadiahkan Buluh Perindu oleh Orang Bunyian @ Bunian ( Bangsa Jin Putih perkahwinan campur antara Manusia dan Jin ). Persoalannya adakah berita ini benar?. Pengalaman aku sebelum berkesempatan bertemu dengan Bunian di Tanjong Balang Pulau Tinggi Mersing Johor. Aku nak kongsikan sikit yang aku pernah pasang Buluh Perindu sewaktu awal pembabitan aku sebagai anak seni. Masa tu belum belajar Tauhid, jadi! tentang hukum hakam ni memang jahil sangat. Aku bertemu dengan Bomoh Artis yang tinggal di Taman Tun Aminah Skudai Johor. Nama Bomoh Artis ni Haji Sulaiman ( nama Samaran ), ada beberapa jenis Susuk untuk wajah seperti Susuk Emas, Perak, Berlian dan Buluh Perindu. Aku masa tu walaupun jahil tapi bila buat keputusan, aku pilih Buluh Perindu sebab dosanya tak seberat pasang Susuk Emas, Perak dan Berlian. Tapi Buluh Perindu yang aku dapat tidak sehebat yang di miliki oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ini di akui oleh Haji Sulaiman sendiri yang mengatakan Buluh Perindu perantaraan Manusia jenis Gred B. Halusnya Buluh Perindu tersebut kena lihat melalui kanta pembesar baru boleh nampak dengan jelas di tapak tanganku. Masa tu bayaran murah sekitar RM 44 sahaja ( sekarang lebih kurang nilai Ringgit hampir RM 500 ). Untuk memasang Buluh Perindu di terangkan pantang larangnya terlebih dahulu. Kalau langgar pantang nak pulihkan kena bayar Dam iaitu dua kali ganda dari harga asal. Pantang Larang tersebut tak boleh letak tuala basah belakang badan. Jangan benarkan sesiapa menepuk bahu belakang kita. Tak boleh lalu bawah ampaian. Makan sate tak apa sebab bukan Susuk Emas, dan berpantang cuma selama tujuh hari sahaja. Kalau berlaku maka di larang sama sekali Garuk di tempat gatal terletaknya Buluh Perindu di Wajah kita, sebab boleh mengakibatkan luka berdarah sebab gatalnya luarbiasa....tak dapat di luahkan dengan kata-kata. Setelah bersetuju syarat tersebut maka di pasang Buluh Perindu di bawah bibir, dan kedua belah pipi.

Tapi hairan! jika sebelum ini aku tak pernah lepas mandi letak tuala basah kat belakang badan, tiba-tiba buat pulak. Kelam kabut aku campak tuala tu ke lantai. Dan ia berlaku banyak kali, mujurlah aku sentiasa berjaga-jaga agar tidak lupa pada pantang larang tersebut. Di tempat kerja, selama hidup aku tak pernah-lah ada orang tepuk belakang aku. Namun sejak pasang Buluh Perindu kat Wajah, semua orang nak tepuk belakang aku. Macam Hawau perangai dia orang, sampai tak senang nak buat kerja! asyik-asyik toleh belakang sentiasa berjaga-jaga. Tapi benda ni tak boleh nak kawal, akhirnya terlanggar pantang sebab dah lebih 3 kali orang tepuk belakang aku. Masa ni lah gatal segatal-gatalnya bila dah langgar pantang akibat orang lain. Aku menggigil menahan gatal kat wajah aku tanpa dapat mengaruknya seperti yang di larang Haji Sulaiman. Tak boleh nak gambarkan bagaimana punya seksa menahan gatal! hanya Tuhan yang tahu. Kecewa jugak lah bila Buluh Perindu tak menjadi. Aku tak berhajat nak pulihkan balik Buluh Perindu tu dengan bayar Dam dua kali ganda. Bukan soal tak ada duit! tapi tak tahan menanggung azab punya gatal Buluh Perindu tu bila terlanggar pantang larangnya.

Beberapa tahun kemudian setelah aku belajar Ilmu Tauhid dan bersama Guru Tauhidku serta rakan-rakan seperguruan ke Pulau Tinggi Mersing Johor tahun 1994. Di sana ada perkampungan Bunian di balik belakang Pulau tersebut yang terdapat gunung berapi yang tidak aktif lagi sejak ribuan tahun yang lalu. Kat situ banyak sangat monyet mungkin ratusan jumlahnya sebab ada di tanam pokok durian. Kat situlah aku berkesempatan bertemu dengan gadis Bunian, lalu akupun mintak Buluh Perindu kat Bunian tu. Dia kata tak boleh! kena mintak dengan Raja mereka. Aku pun bagi soalan bodoh kat gadis Bunian tu; KENAL P.RAMLEE TAK?. Bunian tu hanya geleng kepala sahaja tanda tidak kenal. Mestilah tak kenal! sebab dia bukan tengok filem P.Ramlee pun. Bongok betullah aku bagi soalan macam tu. Tapi aku terus pujuk agar dapat Buluh Perindu secara terus macam Tan Sri P. Ramlee dapat tanpa perantaraan sesama manusia. Kata gadis Bunian tu, Buluh Perindu tak boleh buat awak jadi kaya! hanya nama saja jadi pujaan manusia sampai bila-bila. Akupun tak lah meminta lagi sampai aku terlupa nak mintak pada kawan-kawan Bunian yang lain seperti Kak Pabila, Fatimah, Ita, Rahmah, Rupa Binti Ali, Nurul Wahayuni, Muhammad Sabri, Panglima Dengkat dan Rupawan Binti Shufaat. Bersahabat dengan mereka ni selalu dapat batu cincin untuk berbagai perubatan Shifa. Sebahagian aku pulangkan balik dan sebahagian hilang begitu sahaja dan ada yang bagi kat orang bila aku dah tinggalkan Pulau Tinggi. Untuk pengetahuan semua Buluh Perindu memang wujud dan tak nampak dengan mata kasar. Buluh Perindu dari Alam Bunian iaitu Alam Jin, jika ada yang mendakwa Buluh Perindu ada di tanam kat dunia kita! itu satu kebohongan.

Hanya segelintir sahabat P.Ramlee sahaja yang tahu tentang Buluh Perindu yang di hadiahkan oleh Puteri Bunian ( anak Raja Alam Bunian ). Dan apabila P.Ramlee meninggal dunia, mereka yang biadap ini pernah mengali kubur Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk mendapatkan Buluh Perindu tersebut. Mereka pulang dengan hampa sebab sebaik Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia secara automatik Buluh Perindu itu akan hilang dengan sendirinya. Dan jika adapun mereka tak akan jumpa sebab di pasang pada gusi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dan halusnya Buluh Perindu pemberian Puteri Gunung Ledang, tengok dengan kanta pembesar pun tak akan nampak. Jadi! kelebihan Buluh Perindu hanya pada keduniaan sahaja, menjadi pujaan ramai sampai bila-bila termasuk jenerasi hari ini dan akan datang. Tapi tak menjanjikan kekayaan pada sesiapa yang memiliki Buluh Perindu. Apapun ingin aku jelaskan di sini, tanpa Buluh Perindu pun P.Ramlee tetap gah di persada seni! sebab bakat semulajadi Allahyarham atas kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala. Cuma rezeki P.Ramlee lah dapat hadiah Buluh Perindu yang menjadikannya lebih terkenal sepanjang hayat beliau walaupun tidak ada lagi di sisi kita. Keikhlasan P.Ramlee itu yang menyebabkan beliau di beri hadiah dari Alam Ghaib. Dan P.Ramlee tak pernah taksub kerana dalam dirinya sudah ada pegangan Ilmu Tasawwuf.

Sentiasa dalam ingatan dengan doa dan telah bersedekah di tabung Masjid agar pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh buat Allahyarham Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih @ P.Ramlee dan Allahyarhamah Salmah Binti Ismail @ Saloma 🤲 Amin Amin

4/7 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman menggunakan Buluh Perindu memang membuka mata saya tentang keunikan amalan tradisional Melayu dan kepercayaan terhadap alam ghaib. Seperti yang diceritakan, Buluh Perindu bukanlah benda biasa yang boleh kita lihat dengan mata kasar, malah ianya dikatakan berasal dari alam Bunian yang sukar diterjemahkan oleh akal biasa. Sepanjang saya mempelajari dan mendalami cerita Buluh Perindu, saya faham bahawa ini bukan sekadar susuk biasa, melainkan ada unsur spiritual dan pantang larang yang perlu dijaga dengan rapi. Contohnya, siapa yang memakai buluh ini perlu elak dari perkara seperti diletakkan tuala basah di belakang badan atau ditepuk belakang kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti gatal yang teramat sangat. Pengalaman ini sebahagian besar saya sendiri dengar dari mereka yang mencuba sendiri. Yang lebih menarik, Buluh Perindu dikatakan mampu menjadikan pemakainya disukai ramai, tetapi tiada jaminan untuk kaya atau mendapat kemewahan dunia. Inilah yang saya faham bahawa, keistimewaan Buluh Perindu lebih kepada daya tarikan dan aura yang menjadikan seseorang itu dikenali, bukan kekayaan material. Selain daripada cerita peribadi bekas penulis, rakan-rakan saya turut berkongsi pengalaman mereka berkaitan dengan susuk dan Buluh Perindu ini. Ada yang menceritakan bagaimana mereka berjumpa dengan bomoh atau dukun yang menyediakan khidmat susuk, serta dokumen dan ilmu yang perlu difahami bagi menjaga keselamatan dan bahaya jika melanggar pantang larang. Pengalaman bergaul dengan masyarakat di Pulau Tinggi yang dipercayai sebagai kampung Bunian juga menambah lagi dimensi pengertian saya tentang alam ghaib dalam budaya Melayu. Saya dapat lihat bagaimana kepercayaan dan ilmu tasawuf memainkan peranan penting dalam mengawal dan memahami fenomena seperti Buluh Perindu. Saya juga terfikir banyak tentang kisah P. Ramlee dan bagaimana Buluh Perindu dipercayai menguatkan lagi pengaruh dan bakat semulajadinya. Walaupun ada yang cuba mengambil dan mengorek kubur Allahyarham untuk mendapatkan Buluh Perindu, ianya dikatakan hilang selepas kematiannya, menunjukkan ia sangat berkait rapat dengan roh dan keberadaan si pemiliknya. Sebagai seseorang yang menghargai warisan budaya dan cerita orang lama, saya rasa penting kita menghormati kepercayaan ini dengan pandangan terbuka tetapi penuh berhati-hati. Buluh Perindu bukan sekadar mitos, tetapi sebahagian daripada budaya dan sejarah spiritual masyarakat kita yang kaya dengan pelbagai lapisan makna dan pengajaran. Semua ini menunjukkan bahawa walaupun Buluh Perindu memang wujud dalam alam ghaib, kita harus ingat bahawa kekuatan sebenar datang dari keikhlasan, bakat dan ilmu yang kita miliki, seperti Allahyarham P. Ramlee yang tetap dikenang sebagai ikon seni negara tanpa bergantung sepenuhnya pada khurafat atau benda ghaib.

4 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Siaran berkaitan

Gambar menunjukkan Bulu Perindu dalam mangkuk putih berisi cecair kekuningan. Beberapa helai bulu nipis berwarna hijau dan gelap terapung di dalam air, menunjukkan ciri-ciri Bulu Perindu.
bagi mereka yang belum lagi kenal ( BULU PERINDU )
bagi mereka yg blum lahi mengenal bulu oerindu ni lah dia !
tgadlyt

tgadlyt

35 suka

✨beads buluh perindu
Assalammulaikum semuanya 🥰 . Sapa yg terjebak dengan emas 916 buluh perindu ni ? hihi . skrg harga emas melonjak tinggi . Dulu segram murah ja tapi time tu belum minat lagi mau kumpul2 🙃 . skrg harga mahal baru berminat 😂 . Jom la kita pakat kumpul beads sikit-sikit , lama-lama jadi bukit , insh
Chieyla

Chieyla

10 suka

Kolase empat gambar menunjukkan bagian tubuh wanita berbulu lebat (mata, telinga, mulut, lengan) dengan teks "Malu banget!!" dan "Sering dibilang nafsuan gara² berbulu lebat", menyoroti rasa malu akibat stereotip negatif.
Gambar ini membantah mitos bahwa bulu lebat pada wanita berarti nafsuan, dengan tulisan "SALAH X". Dijelaskan bahwa pertumbuhan rambut dipengaruhi genetik, hormon, kondisi medis (PCOS), atau obat-obatan, bukan indikator gairah seksual.
Gambar menjelaskan mengapa anggapan bulu lebat berarti nafsuan itu salah. Libido adalah faktor kompleks, testosteron tidak selalu berbanding lurus dengan gairah, dan hirsutisme (pertumbuhan rambut berlebih) disebabkan genetik, hormon, atau kondisi medis.
BULU LEBAT IDENTIK NAFSUAN‼️ EMANG IYA ⁉️
halo besti lemonade🍋💸 #MaluGak kalo sering dikira nafsuan karna punya bulu lebat di beberapa area tubuh? kalian pernah ngalamin gak? atau pernah denger dan liat temen kalian di becandain hal kaya gini perihal bulu lebat? tau nggak sih padahal bulu lebat bukan berarti nafsuan! tapi ada bebe
𝐹𝑒𝓃𝓊𝓇𝟣𝟦🌻

𝐹𝑒𝓃𝓊𝓇𝟣𝟦🌻

18 suka

JON BAGUL

JON BAGUL

0 suka

Saya tak pernah menyesal berbuat baik, cuma sedikit kecewa, pernah berbuat baik dengan orang yang salah, ternyata benar, jangan terlalu banyak berkorban buat orang lain, kerana ada jenis manusia yang tidak tahu kata terima kasih. Tapi sebaliknya macam kita yang terhutang budi dan menyusahkan mereka
دانيا حميرا

دانيا حميرا

19 suka

Infografik ini memaparkan garis masa peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW dari usia 8 hingga 47 tahun, termasuk perkahwinan dengan Sayyidah Khadijah, turunnya wahyu pertama, dan pemboikotan oleh Kafir Quraisy.
Kenali Perindu Kita ( Rasulullah s.a.w.)
Sempena bulan kelahiran Baginda s.a.w. Jom kita telusuri perjalanan orang yang merindui kita ...Penghulu segala nabi ...bak kata orang tak kenal maka tak cinta .... maka kenalilah perindu kita .....🥰🧐👍 Tawau
Asyi Mizuki

Asyi Mizuki

18 suka

Penyeksaan Buluh 😱
Penyiksaan buluh adalah satu kaedah penyiksaan dan hukuman mati yang dikatakan digunakan di Asia Timur. Seorang individu akan diikat di atas pucuk buluh muda yang tumbuh dengan cepat. Pucuk yang tajam dan cepat tumbuh ini akan akhirnya menembusi dan tumbuh melalui badan mangsa, menyebabkan kesakita
ABANG MISI

ABANG MISI

8 suka

PEMBULI itu wujud ‼️
Assalalmmualaikum mader2 Sblm tu mari kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah2 yg meninggal dunia akibat BULI ‼️.Semoga keadillan berpihak kepada mereka dan pembuli2 tersebut diberi hukuman yg setimpal . Tahun depan mana2 ank yg mula melangkah ke alam menengah aku sarankan mak2 check ler dulu
Lemon8er

Lemon8er

181 suka

Manfaat putri maluuntuk pria
manfaat putri malu untuk pria   +14 Putri malu ( Mimosa pudica) secara tradisional dikenal dalam pengobatan herbal memiliki berbagai manfaat untuk kesehatan pria, terutama yang berkaitan dengan stamina dan kejantanan. Berikut adalah beberapa manfaat utamanya berdasarkan hasil penca
Partoman

Partoman

5 suka

Semoga bermanfaat . Selamat mencoba . Terima kasih
Lemon8er

Lemon8er

6 suka

Imej menunjukkan tajuk "SPM SEHARI DUA PERIBAHASA HARI: 1" dengan huruf SPM yang digayakan. Ia adalah pengenalan kepada siri peribahasa harian untuk persediaan SPM.
Imej ini memaparkan peribahasa "Adat dikelek, hukum dijunjung" berserta maksudnya, iaitu adat dikuatkuasakan dan undang-undang ditegakkan. Sinonim yang diberikan ialah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."
Imej ini menunjukkan peribahasa "Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung" dengan maksudnya, iaitu setiap pekerjaan dan negeri ada peraturannya. Sinonim yang diberikan ialah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" dan "Adat dikelek, hukum dijunjung."
SPM: SEHARI DUA PERIBAHASA (SEDUPER)
Berikut adalah teknik-teknik berkesan untuk menghafal peribahasa yang boleh anda gunakan: Gunakan Ilustrasi dan Visual: Mengaitkan peribahasa dengan gambar, komik, atau ilustrasi berwarna dapat membantu otak mengingati maksud dengan lebih cepat berbanding teks semata-mata. Teknik Kategori (Te
cekamin

cekamin

70 suka

Gambar tangkapan skrin siaran Lemon8 tentang pengalaman memakai gaun perkahwinan, dengan teks besar 'Bila Rasa Diri Terpaling Cerdik Mengomen Jangan Jadi Pembuli' menindihnya, merujuk kepada komen negatif yang diterima.
Pantang betul ada pembuli siber ni
Sebelum ni kita baca terjadi kat orang lain, harini terjadi kat diri sendiri tapi sorry to say la, saya bukan jenis hati tisu. Saya kalau ada jenis kaki pembuli komen tak semenggah ni saya balas je balik. Yang pernah kena macam ni #RelateTak . Pantang betul diri ni kalau wujud pembuli lagi2 je
Diari Suri rumah

Diari Suri rumah

13 suka

benih bunga Pyrethrum (juga dipanggil bunga kekwa)
LILY LOVE🖤

LILY LOVE🖤

15 suka

Imej terbahagi dua menunjukkan rangka ikan duyung dalam kotak kaca di kiri dan patung ikan duyung yang kelihatan realistik terdampar di pasir di kanan. Teks overlay menyatakan 'Nak Jujur Sis percaya ikan duyung tu wujud OK bye'.
Ada yang sama tak 🫣🫣🫣
Secara sains moden, ikan duyung tak wujud — belum pernah ada bukti sahih atau spesimen sebenar yang membuktikan kewujudan makhluk separuh manusia separuh ikan tu. Banyak "penemuan" yang dulu viral (macam mayat duyung atau rakaman laut dalam) biasanya terbukti tipu helah, patung, atau salah
مايسره 👑

مايسره 👑

118 suka

Tanda Keindahan Alam dari Allah 🌿✨
Allah menciptakan segala jenis tumbuh-tumbuhan yang menyenangkan sebagai tanda kebesaran-Nya. Setiap daun, bunga, dan buah mengingatkan kita pada kasih sayang dan kekuasaan-Nya. (Qur'an 50:7) 🌱💛 #KeindahanAlam #TandaKebesaranAllah #Quran50 _7 #Syukur #InspirasiIslam
Estetika 🌿✨ | by Yulma

Estetika 🌿✨ | by Yulma

11 suka

Gambar ini menampilkan judul "Jalur Langit" dan daftar bacaan serta doa penting. Termasuk "Bacaan Selesai Sholat", "Doa Nabi Yunus", "Doa Sapu Jagad", "Ayat Seribu Dinar", dan "Doa Merubah Takdir", dengan nama pengguna @nisardiani di bagian bawah.
Hello 2025! ✨ Mari Kita Upayakan Jalur Langit itu✨
Bismillah… Smoga di 2025 ⭐️ Istiqomah dalam beribadah ⭐️ Kesehatan Jiwa dan Raga untuk diri ini dan seluruh keluarga ⭐️ Kelancaran dalam setiap yang diusahakan ⭐️ Kemudahan, Kelancaran dan Keberkahan Rizqi ⭐️ Diwujudkan dalam setiap impian dan harapan Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 💖 #Lemon
Nisardiani

Nisardiani

2836 suka

Dona si duta berguling-guling🐘 🎬live tt @twa.buluhcina 🧑host: @om Dona🦣 #gajahdona #donagajah #fyp #gajahngatini #twabuluhcina
Shakuyaaa

Shakuyaaa

24 suka

Klinik Utama UMMI Belilas
Klinik Ummi Belilas

Klinik Ummi Belilas

0 suka

Imej sijil kelahiran dengan teks overlay kuning bertulis "Rupanya Waktu Lahir Pun Ada Maksud..", menunjukkan bahawa waktu kelahiran mungkin mempunyai makna tersembunyi.
Dua bayi tidur di atas katil merah dengan teks putih menyatakan "Waktu Lahir Mempengaruhi Sikap" dan menjelaskan ia seperti ramalan zodiak, mengajak pembaca melihat perwatakan anak mengikut jam kelahiran.
Sijil kelahiran dengan teks putih menyenaraikan perwatakan bayi yang lahir pada waktu Subuh (05.00-07.00 pagi) dan waktu Pagi (07.00-09.00 pagi), seperti lembut, berakhlak baik, bercita-cita tinggi, dan jujur.
Bayi Anda Lahir Jam Berapa ?
Korang ingat tak waktu lahir anak korang ? Cuba baca sini ada yang tersama tak ? Jangan percaya bulat- bulat ye. Ini hanyalah ramalah dan pemerhatian sahaja tau . Mana yang baik kita doakan agar anak- anak kita menjada seperti itu, jika buruk dan kurang baik kita akan perbaiki sebaik yang mu
PnSyuhaida

PnSyuhaida

9657 suka

Gambar menunjukkan tajuk "Sebelum Nikah, Korang Kena Tahu Ni Senarai Wali Nikah PENGANTIN PEREMPUAN Wali Nikah juga Waris Asabah", dengan latar belakang orang ramai sedang berbincang.
Baru Tahu Wali Bukan Penting Nikah Je, TAPI...
Korang tahu tak, siapa wali kita mengikut susunan yg betul? Min terjumpa satu posting yg share tentang ilmu baru untuk min. Kalau korg nak tahu, sbnrnya, wali-wali ini juga adalah sebagai waris Asabah mengikut tertib Asabah dalam Hukum Faraid. Jika seorg wanita itu nak berkahwin atau wanita
nuryasminsalleh

nuryasminsalleh

21 suka

Rumitnya urusan pusaka kematian berlapis😩
Saya terbaca urusan pusaka kematian berlapis melibatkan lebih 120 orang waris😱 Bukanlah satu kesalahan bila ada waris yang nak uruskan harta pusaka diselesaikan segera. Itulah yang terbaik. Bukan sebab tamak tapi semakin lama ditangguh urusannya semakin susah dan payah untuk diselesaikan. Seg
Falihin

Falihin

7 suka

BERBUDI PADA TANAH INILAH HASILNYA
SENDAYU TINGGI MISTEA DEALER

SENDAYU TINGGI MISTEA DEALER

6 suka

Gambar menampilkan kotak Kapsul Binahong Ash-Shihhah dengan ilustrasi daun binahong, bertuliskan 50 kapsul dan nomor BPOM TR 9769967M. Terdapat daftar 10 manfaat kesehatan produk, seperti menjaga jantung, mengontrol tekanan darah, dan mengatasi diare, serta nama Khalizha Herbal.
🌿 BUKTIKAN SENDIRI KEAMPUHAN KAPSUL BINAHONG ASH-S
🌿 BUKTIKAN SENDIRI KEAMPUHAN KAPSUL BINAHONG ASH-SHIHHAH! 🌿 Ingin kesehatan pembuluh darah dan tekanan darah lebih terkontrol? Ingin tubuh lebih bugar dengan detoks alami? Kapsul Binahong Ash-Shihhah solusinya! Terbuat dari 100% ekstrak daun Binahong (Anredera cordifolia) berkualitas tinggi, pro
Santya Cut Andika

Santya Cut Andika

0 suka

Lihat lagi