EGOKAH AKU?
KAU NI MEMANG EGO! SEBAB TU SEMUA ORANG TAK SUKA KAN KAU. Herdiknya padaku kerana tidak berpuas hati. Aku jenis melawan Arus! aku tak mudah untuk di kawal oleh sesiapa pun, kecuali kalau dah kena ilmu Penunduk. Dengan Ego inilah aku tak mudah terpengaruh dengan mana-mana Tok Guru dan Kumpulan Dakwah. Sehinggakan aku di marahi kerana banyak bertanya! padahal aku ingin jawapan yang pasti dalam perkara apapun. Keegoan inilah yang telah banyak menyelamatkan akidah aku serta tidak akan terikat dengan sesiapa pun, baik berada dalam kepartian atau keagamaan. Aku bukan lembu untuk ikut mana dia orang tarik. Kau hebat macam mana pun aku hanya hormat! tidak sampai nak tunduk memuja. Aku tak bermaksud biadap! tapi terlalu berhati-hati dalam menerima sesuatu keilmuan contohnya. Dalam Parti pun aku lebih gemar berdamping dengan Parti lawan, sebab kalau mereka tak betul! sekurang-kurangnya aku akan berkata dalam hati; BIARLAH! BUKAN PARTI AKU PUN. Padahal Parti yang aku sokong pun lebih kurang sama macam mereka, sebab itu tak nak rapat dengan Parti sendiri agar tidak terlihat sebarang pecah amanah dari Ahli-ahli Kepartian! dan itulah saja caranya untuk aku terus setia dalam Parti sendiri.
Begitu juga ketika mendalami Ilmu Agama, aku tidak akan terus terima bulat-bulat ajaran mereka. Aku akan bertanya pada Guru Agama yang lain pulak, jika lebih daripada 3 Orang Ustaz bagi jawapan yang sama! maka itulah jawapan yang benar di sisi Allah. Sebab satu soalan di tanya dengan berbagai Guru Agama berbagai fahaman, pasti jawapan mereka berbeza-beza mengikut keyakinan masing-masing dan di warisi ilmu dari Tok Guru mereka sendiri. Contoh yang aku nak bagi tentang siapa Nabi Khidir?. Ada yang mendakwa Nabi Khidir Alaihissalam berasal dari Malaikat. Ada satu pihak lagi mendakwa Nabi Khidir berasal dari manusia biasa yang di kurniakan umur yang panjang seperti Iblis hingga ke hari Kiamat. Yang di katakan berasal Malaikat kerana segala perbuatannya tidak akan satu pun manusia sanggup lakukan seperti Khidir yang melawan Arus. Antara perbuatan peliknya seperti menebuk sampan yang molek agar tidak di rampas Penguasa yang zalim. Membunuh seorang budak kerana bila dewasa nanti kanak-kanak tersebut akan jadi sejahat-jahat manusia. Tidak mengambil upah membina dinding rumah anak yatim sedangkan mereka patut dapat upah untuk beli makanan kerana kelaparan. Semua perbuatan Nabi Khidir Alaihissalam tidak di fahami oleh Nabi Musa Alaihissalam sehingga di keluarkan daripada menjadi anak muridnya yang tidak sabar. Dan yang mengatakan Nabi Khidir Alaihissalam manusia sebab perkataan Khidir itu dalam bahasa Melayu Kehijauan! sebab beliau suka pakai jubah hijau, apabila duduk iktiraf di dalam Mesjid! bila bangun dan meninggalkan tempat duduknya... aura kehijauan itu masih ada di tempat beliau duduk untuk beberapa saat. Sebab itu di gelar Khidir ( Kehijauan ). Ia hanya sebuah gelaran yang di berikan oleh orang ramai. Yang menyatakan umur Khidir panjang sebab terminum air abadi! iaitu air tersebut sesiapa yang minum tak akan mati sehingga Kiamat menjelma. Dia hidup di antara orang ramai dan menyamar, sehinggakan ada kisah kononnya pernah bertemu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan sehingga kini pun ada yang mendakwa bertemu Khidir dari jenerasi ke jenerasi seterusnya melalui berbagai Guru Agama yang berbeza fahaman. Tapi orang Ahli Fikir mempersoalkan jika benar Nabi Khidir Alaihissalam masih hidup! kenapa dia tidak bantu Pejuang Islam menentang kafir seperti zionis contohnya. Ini kerana Khidir tidak boleh campur urusan yang bukan urusannya. Sebab berlawanan dengan kehendak takdir yang mana segala urusan tersebut akan di pimpin oleh Imam Mahdi dan Nabi Isa Alaihissalam. Betul atau tidak! itu bukan urusan kita untuk mengkajinya sebab ia membabitkan hal ehwal perkara ghaib.
Keegoan aku itulah yang menjadikan aku seperti sekarang ini. Boleh bergaul dengan sesiapa sahaja dari fahaman apapun tanpa mempertikaikan keyakinan masing-masing. Kerana aku ada pendirian aku tersendiri sebab Aku Adalah Aku. Pengalaman mematangkan fikiran dan memantapkan akidah. Tapi sejujurnya untuk sampai ke tahap ini banyak pengorbanan terpaksa di hadapi seorang diri tanpa dapat berkongsi masalah dengan sesiapa. Hanya Allah lah tempat mengadu dan Pergantungan hidup. Pengalaman merantau seluruh Semenanjung Malaysia mencari kesempurnaan! rupa-rupanya tidak wujud. Yang ada diri kita sendiri yang harus berusaha untuk jadi sempurna walau tidak capai seratus peratus. Yang penting! kita bukan jenis ikut-ikutan dan hamba kepada Tok Guru yang tiada satu pun lurus jalan mereka kecuali Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebab itulah Umat Muhammad akan berpecah 73 Golongan. Dengan Ego aku inilah sampai Iblis dan Syaitan yang terdiri daripada manusia dan Jin pun tansion dengan aku sebab tak mudah di perdayakan dengan keindahan yang penuh muslihat untuk menghancurkan akidah secara halus. Bunyi macam angkuh! tapi hakikatnya aku terpaksa tanggung berbagai kesakitan yang luarbiasa untuk mempertahankan akidah ku agar sentiasa mengikuti jalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sebenar-benarnya. Jangan terlampau yakin! tapi sentiasa berwaspada dan bermohon pada Allah agar di jauhkan dari kesesatan. Ilmu Allah Maha Luas! malangnya kepercayaan dan keyakinan yang berbeza dari berbagai fahaman telah bercampur aduk antara kebenaran dan Bidaah, akibat campur tangan Iblis dalam menyesatkan Ahli Ibadah agar berpecah-belah melalui berbagai pandangan para Mazhab. Aku bersyukur sangat kerana Allah sentiasa membimbing aku walaupun sedar dosa ni banyak padaNya. Allah Maha Adil dan Maha Pengampun! selagi kita berhajat bantuanNya melalui doa dan usaha, Insyaallah... sentiasa kita di bimbing kejalan yang lurus lagi benar. Tapi tak bermakna aku Alim! aku masih manusia biasa yang banyak lagi kebodohan dan akan terus belajar mendalami Ilmu Agama dari berbagai sudut untuk mencapai tahap tawaduk. Sampai sekarang aku masih tak dapat lagi rasa readha dan tawaduk yang sempurna dalam diri. Yang penting aku jangan lelah berusaha sehingga ke penghujung usia. Keegoan aku yang tebal dan melawan Arus serta di benci oleh kebanyakan mereka yang mengenali aku, telah menyelamatkan akidah aku selama ini dengan izin Allah jua. Aku hidup untuk Allah! tugas aku sebagai hamba-Nya yang kerdil ini untuk tetap Patuh pada PerintahNya. Sebab kita semua di hidupkan atas dunia ini untuk Patuh Kepada-Nya dalam Urusan Agama dan bukan sekadar berbuat baik. Kalau berbuat baik! orang bukan Islam lagi ramai di muka bumi ini berbuat kebaikan. Tapi yang Allah kehendaki adalah Patuh pada Perintah AgamaNya dan berkebajikan sesama manusia, barulah dapat keberkatan dan kejayaan dari Dunia hingga ke Akhirat! Insyaallah. Fikir-fikirkanlah...

















































































